PENGEBUMIAN jenazah Qiesya diuruskan oleh pihak anggota tentera darat Malaysia. Oleh kerana Qiesya ialah anak dari pesara tentera jadi gadis itu layak mendapatkan penghormatan sebegitu.
Pengebumian selesai pada pukul 10:00 pagi. Orang ramai mula beransur pulang, kini tinggal ahli keluarga terdekat sahaja yang masih kekal. Oleh kerana mereka tidak mahu menyeksa jenazah, mereka membuat keputusan untuk tanam jenazah Qiesya di tanah perkuburan terdekat, Sungai Petani Kedah.
Ivan masih setia disisi bahagian kepala arwah manakala puan Adibah dan encik Zaidi berada di hadapan lelaki itu. Jannah dan Amila tidak dapat hadir atas faktor kerja. Yang ada menemani Ivan hanyalah Aryan. Danny dan rakan kerjanya yang lain sibuk kerana mereka masih bercuti.
Tidak disangka, cuti dua minggu yang diperolehinya kali ini adalah cuti yang paling suram buat dirinya. Adik nya seperti tahu-tahu saja mahu pergi saat abang nya bercuti. Sejak tamat bacaan talkin, Ivan masih berdiam diri.
Ivan membacakan talkin buat adik perempuannya sendiri dengan lemah. Bacaan talkin diiringi tangisan, tersedu-sedu lelaki itu sepanjang membacakan talkin. Allahuakhbar.
"Sya..Tenang la dekat sana, aku akan jaga anak kau macam anak aku sendiri. "Ucap Ivan setelah sekian lama berdiam diri.
Ucapannya diringi dengan air mata yang mengalir di pipi. Buat pertama kali nya, Aryan melihat Ivan dalam keadaan selemah ini.
"Bro, jom kita. "Ucap Aryan sambil menyentuh bahu lelaki itu perlahan.
Ivan tidak menjawab, dia hanya mengangguk dan berdiri. Sebelum melangkah, dia melihat sekali lagi kubur adiknya yang masih merah, ditenungnya lama sebelum dia mula berbicara kembali.
"Abang ada dengan Sya, jangan takut nak jawab pertanyaan dari malaikat. Sesungguhnya, kematian bukan la sesuatu permainan. "Ucap nya sayu, matanya masih merenung kearah kubur adiknya.
Dia seakan-akan memandang adiknya yang sedang tidur lena.
Puan Adibah akhirnya bersuara.
"Mari, kita pergi tengok cucu umi pula ye. "Ucap wanita itu.
"Baik umi. "Balas Ivan ringkas dan kaki nya melangkah mengikuti ayahanda nya dari belakang.
•••
"B of Qiesya Ivani. "Ucap Ivan perlahan. Matanya masih tidak lepas dari memandang tag nama di katil baby itu.
Melihatkan nama adik perempuan nya disitu membuat kan dia semakin beremosi.
"Alhamdulilah baby Zaryan dah dapat penderma susu. Ada wanita yang baik hati sudi jadi ibu susuan untuk Zaryan. Kalau tuan dan puan setuju tolong sign disini ya.. "Ucap dokter Hannah sambil memberikan beberapa helai kertas pada Puan Adibah dan Encik Zaidi untuk menanda tangan.
"Kita boleh nak bagi susu hospital sekiranya tiada penderma susu badan, tapi bila kita fikir semula sekarang ini adalah masa paling berharga untuk baby. Baby kena minum susu badan dari ibu , baru baby boleh lebih sihat dan cergas. Alhamdulilah , Allah hadirkan ibu susuan buat Zaryan di masa yang paling sesuai. "Tambah dokter wanita itu lagi.
Ivan hanya mendiam kan diri, sejujurnya dia sudah tahu siapa ibu susuan yang dimaksudkan oleh dokter itu, tetapi dia lebih memilih untuk diam.
"Boleh ke saya tahu dokter siapa yang baik hati nak jadi ibu susuan untuk cucu saya ye? "Ucap Puan Adibah sebak.
"Apabila sampai masanya , penderma tu akan datang jumpa tuan dan puan sendiri. Saya minta maaf, tapi ini adalah kehendak penderma tersebut. "Ucap dokter itu lemah lembut.
![](https://img.wattpad.com/cover/369952547-288-k980106.jpg)
YOU ARE READING
Takdir Kita ( OG )
RomansaAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...