"IBU , kakak nak turun ke ruang kecemasan. Kalau ada apa-apa ibu tekan butang kecemasan ni ya. "Ucap Jannah mesra.
"Baik lah nak, kamu pergi la kerja. "Ucap wanita itu lembut sambil tersenyum manis.
"Boleh tak kalau ibu panggil kakak , Anna? Macam dulu-dulu, kakak rindu nak dengar. "Ujar Jannah lembut.
Sukar untuk dirinya menerima keadaan itu, ibu yang hidup kembali selepas kematian adalah satu keajaiban Allah yang tidak terhingga dia bersyukur tetapi tipu la jika dikatakan dia tidak terasa, jujur dia terasa apabila ibunya tidak mengingati dia. Tetapi siapa la dia nak melawan takdir Allah yang maha esa.
"Anna anak ibu.. "Ucap wanita separuh umur itu lemah lembut sambil mengusap kepala Jannah yang berlapikkan kain tudung.
Serta merta air mata gadis itu mengalir, sudah lama dia menunggu saat itu tiba akhirnya Allah makbulkan juga.
"Alhamdulilah.. "Ucap Jannah perlahan. Syukur yang tidak terhingga terhadap ilahi.
Tanpa dia sedari , ada sepasang mata yang memerhatikan dirinya dari luar.
Tak mahu menganggu detik manis itu , jadi dia memilih untuk pergi.
••••
Jannah meneruskan hasrat nya untuk pergi ke ruangan kecemasan. Sedang leka dia berjalan sambil melihat telefon bimbit nya dia mendengar ada suara yang mengikutinya dari belakang.
"Antara bebunga yang menyeri hidup, kau jadi ratu. Antara delima yang menyinar lama , kau berkilauan. "Nyanyi lelaki itu secara bersahaja. Pagi-pagi lagi dah bersemangat menyanyi.
Jannah secara tidak lansung menolehkan kepalanya untuk melihat empunya suara.
"Ivan! Terkejut saya, awak ni ish. "Ucap Jannah sambil menampar perlahan lengan lelaki itu tanpa disedarinya.
"Uish automatik ya kalau terkejut tangan tu melayang sekali. "Balas Ivan sambil tersenyum manis kepada gadis itu.
"Oh sorry, saya tak sengaja. "Ucap Jannah sebersalah, malu dengan kelakukannya yang sepontan itu.
Sudah la Jannah ni melatah, lagi suka di usik nya.
"Seronok saya tengok awak senyum macam ni, dua tiga hari ni awak asyik nangis je. Kalau awak senyum macam ni kan manis. "Ujar Ivan mesra.
"Macam mana awak tahu manis? Pernah rasa ke? "Balas Jannah, sekali sekala dia mahu juga mengusik lelaki itu.
"Boleh rasa ke? Kalau boleh saya nak jadi orang pertama yang rasa. "Ucap Ivan bersahaja sambil tersenyum nakal pada gadis itu.
Wajah Jannah mula membahang, langkah kaki nya dilaju kan ingin menjauhkan diri dari lelaki itu.
"Jannah, saya nak tanya sikit boleh? "Ujar Ivan sambil berlari anak kearah gadis itu.
Jannah hanya mengangguk tanpa bersuara.
"Waktu pertama kali saya jumpa awak, kenapa awak menangis? "Ujar lelaki itu penuh tanda tanya.
"Sebab patient saya meninggal, saya rasa diri saya gagal tak dapat selamatkan orang. "Ucap gadis itu perlahan. Jujur setiap kali dia harus mengistiharkan kematian pesakitnya , setiap kali itulah hatinya bagai dihiris pisau yang tajam.
YOU ARE READING
Takdir Kita ( OG )
RomanceAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...