5 -TK

51 5 0
                                    

8:30 Pagi

Hari ini shif kerja Amila dan Jannah tidak sama, Jannah bekerja shif pagi manakala Amila bekerja shif malam.

Keadaan sewaktu pagi di bahagian unit rawatan kecemasan tidaklah sibuk seperti malam kerana klinik-klinik kerajaan juga beroperasi waktu pagi hingga petang. Pesakit lebih memilih untuk pergi ke klinik berbanding hospital pada waktu pagi, kecuali kes-kes serius.

"Doktor Jannah, jom breakfast ?"Pelawa seorang doktor pelatih bernama Nurul Yasmin.

"Alaa Yasmin, saya dah makan sebelum datang kerja tadi. Lain kali saya join okay? Awak semua pergi la sarapan. "Balas Jannah mesra.

Walaupun Jannah seorang senior pada mereka tetapi Jannah tidak pernah memilih kasih antara mereka, semua nya di ajar sama rata dengan pengalaman yang dia perolehi.

"Alaa baru ingat nak belanja doktor makan. "Ucap Yasmin, kecewa.

"Alah dandan awak nak belanja saya, mentang-mentang baru lepas gaji. "Jawab Jannah sambil tertawa mesra.

"Yela doktor, kami ni mengharapkan duit gaji aje la. Tak ada orang yang nak masak kan untuk kami, lain lah doktor ada doktor Leo yang suka bagi makanan free. "Balas Yasmin.

Hubungan baik Jannah dan Leo membuatkan ramai teman sekerja salah faham ingatkan mereka bercinta, padahal dia hanya menganggap Leo tidak lebih dari seorang abang.

"Amboi Yasmin, suka mengusik saya ya? Saya report dekat doktor Leo biar dia bagi awak shif malam seminggu, nak? "Balas Jannah sambik tertawa. Saja mahu menakutkan gadis polos itu.

"Doktor tak aci, guna cable besar. " Balas Yasmin sambil tertawa. Dia tidak mengambil hati, dia tahu Jannah bergurau.

"Sudah lah Yasmin, pergi sarapan cepat nanti ada kes tak sempat pula awak nak isi perut. "Arah Jannah pada gadis itu.

"Baik lah doktor, saya pergi dulu bye. " Ucap gadis itu sebelum meninggalkan ruangan unit kecemasan dan berlalu ke kafeteria hospital.

Jannah hanya membalas dengan senyuman,

"Ivan dah makan ke belum eh agak-agak? Tangan dia sakit lagi ke eh?" Detik hati Jannah sendirian, tiba-tiba hatinya teringat pada Ivan yang berada di dalam wad sendirian.

"Kalau aku pergi lawat dia, agak-agak dia syak tak? Nanti dia cakap aku suka dia pula, macam mana eh? "Omel Jannah sendirian.

"Jannah, kenapa cakap sorang-sorang ?" Tanya doktor Leo yang datangnya entah dari mana.

"Pak ang biru! " Latah Jannah secara tidak sengaja.

"Amboi marah sangat sampai cakap ayah saya warna biru? Awak pikir apa Jannah sampai bercakap sorang-sorang pulak ni? "Ucap doktor Leo sambil tertawa.

"Eh bukan-bukan, doktor saya mintak maaf. Doktor yang buat saya terkejut, saya bukan nya nak kurang ajar hm. "Jawab Jannah serba salah.

"Saya tak cakap awak kurang ajar pun kan? Saya tahu awak melatah, jangan risau saya tak ambil hati. "Balas Leo sambil tersenyum.

Seperti biasa apabila mereka berjumpa Leo pasti akan memberikannya makanan, Leo suka memasak dan membakar kek,biskut. Anak kelahiran Taiping Perak ini sangat-sangat  menepati ciri-ciri calon suami idaman.

"Hari ini doktor tak ada makanan nak bagi saya ke? Selalunya doktor mesti datang jumpa saya bawa makanan. "Ucap Jannah sedikit kecawa apabila melihat Leo yang datang dengan tangan kosong.

"Saya tak sempat nak masak pagi tadi, saya minta maaf ya Jannah. Saya janji, esok saya masakkan awak special menu tanda minta maaf saya. "Balas Leo mesra sambil tersenyum manis kearah Jannah.

"Saya bergurau je la doktor." Ucap Jannah ringkas.

Jannah seboleh-bolehnya tidak mahu terlalu rapat dengan doktor Leo, bukan kerana tak selesa tetapi dia tidak mahu Leo jatuh hati padanya. Dia tak mahu hubungan baiknya dengan Leo musnah hanya kerana percintaan satu pihak.

"Iya la doktor Jannah, saya nak pergi ronda wad. Saya pergi dulu, assalamualaikum. "Ucap doktor Leo sebelum dia berlalu pergi dari unit rawatan kecemasan itu dan menghala ke arah lif untuk naik ke wad.

Jannah kembali buntu dengan fikiran nya sendiri, sama ada mahu pergi melihat Ivan atau mendiam kan diri sahaja?

Dia pun tidak tahu.

                                ***
Wad Kenanga 8

Iya pada akhir nya Jannah melangkah kan kaki untuk pergi ke wad Kenangan 8 tempat dimana Ivan ditempatkan.

Kaki nya melangkah laju ke arah katil PS08, sebaik sahaja tiba dia lihat Ivan sedang berusaha sebaik mungkin untuk membutangkan baju nya. Rambutnya juga masih basah, kesulitan yang dia hadapi adalah kerana tangan kanannya yang sudah disimen akibat retak.

"Hai doktor cantik. "Tegur Ivan sambil tersenyum manis kearah Jannah.

Wajah Jannah semakin memerah akibat malu apabila terlihat badan Ivan yang terdedah kerana butang bajunya yang tak dibutang habis.

"Oh maaf. "Ucap lelaki itu lagi apabila melihat Jannah yang berupaya memalingkan muka dari dirinya.

"Saya bawak kan awak makanan, makan la kalau tak malu." Ucap Jannah sambil menghulurkan plastik makanan pada Ivan.

"Awak perli saya ke? Saya nak butangkan baju pun tak lepas, awak nak suruh saya suap makan pula. "Balas Ivan sambil menunjukkan memek muka sedih.

"Guna la tangan sebelah lagi nak suap makan, itulah kegunaan tuhan bagi dua tangan. "Ucap Jannah tidak mahu kalah.

"Tolong la saya butang kan baju dulu. Lepasni saya makan. "Jawab lelaki itu sambil tertawa halus.

Jannah terdiam, tak tahu mahu berikan jawapan apa. Jika dia tidak tolong, nampak kejam pula dia sebagai seorang petugas perubatan. Kalau ditolong nanti Ivan ingat Jannah suka ambil kesempatan pula kan?

"Tolonglah saya, doktor cantik. "Rayunya lagi, kini dengan nada suara yang semakin dilembutkan.

Jujur, Jannah luluh dengan rayuannya kali ini.

"Saya tolong sebab kita ni sama-sama manusia ye, bukan sebab saya nak tengok badan awak ke atau saya suka awak tau! "Ucap Jannah tegas, dia tahu Ivan pasti akan mengusik nya lepas ini.

"Saya tak cakap, awak yang cakap. "Balas Ivan perlahan tetapi masih mampu didengari oleh Jannah.

"Awak buatlah sendiri, saya tak jadi nak tolong dah. "Ucap Jannah protes, kaki nya kembali melangkah menjauh kan diri dari Ivan.

"Okay doktor, saya tak akan usik doktor lagi. Tolong saya butang baju dulu, sejuk ni sebenarnya. "Balas Ivan, akhirnya menyerah dengan kelakuan Jannah.

"Diam jangan gerak-gerak, jangan cakap apa-apa pun. Kalau tak saya bukak balik semua butang baju awak. "Tegas Jannah, kaki nya melangkah mendekatkan diri debgan Ivan.

"Baik cip! "Balas Ivan tegas, tetapi masih dalam senyumannya.

Jannah melalukan tugasan yang telah dia janjikan, dia membutangkan satu persatu butang baju milik Ivan. Ivan juga mengotakan janji untuk tidak bercakap apa-apa perkataan.

"Kenapa ni, mesti sakit kan? "Tegur Jannah polos, sambil jari jemari nya menyentuh bekas-bekas luka pada bahagian perut milik Ivan.

"Saya buas kecik-kecik dulu selalu jatuh basikal, tu banyak luka. "Balas Ivan janggal, cuba menyorokkan punca sebenar luka itu.

"Tapi ini bukan bekas luka jatuh basikal, ini bekas toresan pisau. Macam mana awak dapat luka ni, Ivan ?" Tanya Jannah sekali lagi, kali ini lebih tegas dari sebelumnya.

"Saya ber... "

Takdir Kita ( OG ) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang