24- TK

15 3 0
                                    

Sungai Petani, Kedah.

KIRA kira telah tiga bulan berlalu sejak kejadian ngeri kapal persiaran itu. Bersamaan dengan itu, Jannah dan Ivan tidak lagi menanyakan khabar tentang diri masing-masing.

Kadang-kadang Amila dan Danny ada juga berjumpa tetapi secara rahsia. Takut kalau diketahui Jannah, gadis itu akan berang. Jadi Amila dan Danny hanya berjumpa secara rahsia.

"Dokter!! Bleeding!! "Teriak jururawat muda itu sebaik sahaja Jannah tiba di ruangan kecemasan tersebut.

Jannah berlari kearah jururawat itu untuk melihat pesakit yang dibawa, mereka meletakkan pesakit itu di jatil zon merah kerana nadi dan oksigen yang turun mendadak.

"Cik , boleh saya tahu siapa nama cik? " Ujar Jannah sebaik sahaja pesakit itu diletakkan di atas katil.

"Apa yang dah jadi sampai bleeding macam ni sekali cik? "Ujar Jannah lagi apabila gadis itu hanya kekal membisu.

Melihat dari kad pengenalan diri nya , dia merupakan seorang pelajar universiti kerajaan berumur 21 tahun. Dilihatkam dari keadaannya dia nampak amat lemah sehingga tak mampu mengucapkak sepatah kata pun.

"Siapa yang bawa dia kesini nurse? "Ujar Jannah kepada jururawat muda tersebut.

"Ada dua orang perempuan yang bawa dia kesini, katanya dia ternampak patient terduduk di depan sebuah kedai dalam keadaan berdarah-darah. "Ucap jururawat itu tergesa-gesa sambil memasang segala wayar kepada pesakit tersebut.

"Saya check nak tengok punca pendarahan ya cik, maaf ya sila beri kerjasama. "Ujar Jannah dan beberapa dokter yang lain sebelum mereka memulakan rawatan selanjutnya.

Setelah beberapa minit mereka melalukan rawatan untuk melihat punca pendarahan akhirnya mereka memandang sesama sendiri. Jannah terkaku sebelum dia mula bersuara.

"Cik dah kawin? "Ujar Jannah tegas.

Jika dilihatkan pendarahan ini nampak gayanya macam tanda-tanda keguguran. Dilihat dari umurnya kemungkinan besar dia sudah berkahwin muda. Oleh kerana itu, Jannah terfikirkan soalan itu untuk ditanya.

Gadia itu tidak menjawab menggunakan suara , malah dia hanya menggelengkan kepala tanda 'tidak' pada soalan Jannah.

Jannah dan beberapa orang dokter yang lain saling berpandangan tanpa bersuara. Mereka menghela nafas berat sebelum meneruskan rawatan.

"Macam ni cik, lepas pendaftaran dibuat kami akan tolak cik masuk ke bahagian radiography untuk kita buat ultrasound dan buat pemeriksaan rahim. Kami syak ini tanda-tanda keguguran. Cik mengandung? "Ujar Jannah lagi, kini dengan nada suara yang lebih tegas.

Gadis itu membeku, dia tidak menjawab.

"Baik tak apa, kita cuci darah dan kita akan tolak cik untuk buat pemeriksaan rahim dulu ya.. "Ucap Jannah tenang. Walaupun pada batinnya dia sudah menahan amarah. Jika benar gadis itu mengandung maknanya? Ya Allah, mengapa sampai jadi begini?

Dilihatkan gadis itu elok bertudung , berpakaian selayaknya seperti seorang muslim. Tetapi mengapa?

Selesai mereka membersihkan gadis itu, mereka terus menolaknya ke bahagian radiography seperti yang dirancang. Jannah hanya memerhati ketika dokter bahagian radiography menjalankan tugasnya. Apabila dilihat di mesin ultrasound, jelaslah bahawa gadis itu sah mengandung.

Dari penjelasan dokter yang bertugas, kandungan gadis itu sudah mencecah 9 bulan. Perutnya yang kelihatan kecil membuatkan orang lain tidak perasan bahawa gadis itu sedang mengandung.

Selesai di bahagian ultrasound, mereka terpaksa memanggil dokter bahagian Obgyn ( Obstetrician Gynecologist ) datang dan memeriksa keadaan gadis itu. Mereka difaham kan bahawa gadis itu telak melakukan hubungan seks diluar nikah dan mengandung tanpa disedarinya. Saiz bayi yang kecil membuatkan perut gadis itu tidak kelihatan walaupun sudah berusia 9 bulan.

"Qiesya Ivani, sedap nama. Kalau saya nak tanya beberapa soalan boleh ?" Ujar Jannah sopan santun.

"Boleh dokter. "Ucap gadis itu lemah lembut.

Kalau dilihatkan dari perwatakannya , dia pasti seorang anak yang baik dan solehah. Entah apa yang telah menyebabkan dia terpaksa melalui ujian seperti ini, hanya Allah yang tahu.

"Awak kena rogol atau rela? "Ujar Jannah tanpa berlapik. Lebih baik gadis itu jujur jika tidak mahu menerima apa-apa masalah.

"Saya rela.. "Ucapnya perlahan. Jelas wajahnya menunjukkan bahawa dia sebersalah.

"Awak pelajar universiti terbaik di Malaysia, kenapa awak boleh jadi sampai macam ni Qiesya? Awak muda lagi sayang, kenapa pilih jalan ni? "Ujar Jannah lembut sambil menghela nafas berat.

"Saya terikut kawan, saya sunyi. Saya seronok hidup senang sampai lupa agama. Tapi, saya tak ada niat pun nak buang baby ni. "Ucapnya sebersalah sambil mengalirkan air mata.

"Awak sedar yang awak mengandung selama ni? "Tanya Jannah lagi.

Gadis itu mengangguk perlahan sambil memegang perutnya yang sedikit membuncit.

"Saya nak simpan cumanya lelaki itu yang tak nak. Dia suruh saya buang sebab dia tak nak bertanggungjawab. Jadi saya makan nenas sebab dia suruh buang.  "Ucap nya sebak. Sedaya upaya menahan tangisan walaupun sukar.

"Saya di sini bukan nak judge awak tapi awak tahu tak apa yang awak buat sekarang ni? Apa reaksi keluarga awak kalau mereka tahu? Awak tak fikir ke sebelum buat Qiesya? Ya Allah.. "Ucap Jannah sambil mengucap panjang mendengarkan balasan dari gadis itu.

"Saya tahu saya salah. Saya takut..Tolong jangan beritahu keluarga saya dokter. Jangan beritahu abang saya. "Ucap nya tergetar-getar sambil memegang lembut tangan Jannah.

"Telefon bimbit awak tiada pada saya, saya pun tak tahu jika jururawat atau dokter yang lain dah beritahu keluarga awak. Saya minta maaf. "Ujar Jannah jujur.

"Assalamualaikum, kau buat apa ni Qiesya Ivani binti Zaidi?! "Ucap satu suara dalam nada sedikit meninggi.

Serta merta Jannah menoleh kearah empunya suara. Allahuakhbar, bukan sahaja gadis itu malah Jannah juga turut terkesima dengan tuan badan empunya suara.

"Aku tanya ni, kau buat apa dekat sini? Kau belajar ke jadi pelacur dekat uni tu? "Ucap nya lagi dengan nada suara yang dingin.

"Sya..Syaa tak sengaja. Sya minta maaf, abang. "Ucap gadis itu ketar-ketar kerana takut melihat abang nya yang sudah naik hantu disitu.

"Otak kau letak mana? Tak sengaja kau cakap?! Dah tak ada iman sangat ke sampai sanggup jual diri? "Ucap lelaki itu lagi, kini giliran Jannah yang cuba menyelit mahu menenang kan kedua-dua belah pihak.

"Sabar Ivan.. Kita dengar dulu cerita dia, jangan main sambur aje. "Ucap Jannah berhati-hati.

Iya, lelaki itu ialah Ivan. Leftenan komander Muhammad Ivan Qhalish.

Ivan tidak menjawab , dia malah pergi meninggalkan mereka disitu tanpa balasan. Wajahnya sudah merah menyala akibat menahan amrah yang dipendam dalam diri.

"Saya pergi bincang dengan abang awak kejap ya. Awak rehat kan diri, jangan kusutkan fikiran." Ujar Jannah sebelum dirinya juga turut berlari mengejar langkah Ivan.

Besar sungguh ujian buat mereka, Ya Allah..

Takdir Kita ( OG ) Where stories live. Discover now