JANNAH membuat keputusan terburu-buru apabila melihat sahabatnya dalam keadaan begitu. Tanpa dia sedar dia telah pun mendekati Amila, mungkin hanya memerlukan tiga langkah lagi untuk dirinya dapat menyentuh tubuh gadis itu.
Lantas lengannya ditarik laju oleh seseorang yang mengdorongnya kebelakang dan lelaki itu berada dihadapannya. Iya lelaki yang sama yang menghalang Jannah sebentar tadi. Bunyi azan isyak yang berkumandang di telefon seseorang membuatkan semua orang semakin cemas.
"Kau dekat, aku bunuh perempuan ni. "Ucap lelaki itu sambil mengacah-acah meletakkan parang itu lebih dekat dengan Amila. Wajah gadis itu sudah dibasahi air mata yang mengalir akibat takut.
"Lepaskan kawan aku! "Bentak Jannah memberanikan diri. Lelaki didepannya juga turur tersentak, terkejut apabila mendengar suara Jannah membentak penyangak itu.
"Aku dah letak bom dekat kapal ni, kalau semua nak selamat serahkan semua wang, barang kemas dan harta yang korang ada. Aku akan lepaskan korang dengan mudah, aku cuma nak wang! " Bentak penyangak itu semula tanpa segan sambil tertawa jahat.
Semua penumpang yang ada disitu mula berlari bertaburan akibat takut , anak-anak kecil mula menangis , keadaan menjadi huru-hara dan semakin tidak terkawal. Para pegawai tentera tadi semua nya cuha menenangkan para penumpang agar tidak cemas dan menambahkan masalah.
Bunyi azan yang masih berkumandang mengiringi suara tembakan yang terbit dari luar kapal persiaran itu. Lelaki di depan Jannah juga turut menghalakan pistol kearah penyangak itu tanpa gentar.
"Kau tembak, aku bunuh perempuan ni! Aku bunuh semua orang dalam kapal ni! Aku ada bom! Kau dengar tak! "Bentak penyangak itu , melihatkan keadaan nya dia semakin mula ragu dan takut apabila melihat lelaki dihadapan Jannah juga turut mempunyai senjata.
Tetapi segala ugutan itu tidak berhasil , pistol yang dihalakan tidak berganjak sedikitpun dari sasarannya. Malah lelaki itu melepaskan tembakan kepada penyangak tersebut dan tepat mengena di bahu penyangak itu.
Serta merta tubuh Amila tertolak sedikit kedepan dan Jannah menyambutnya tanpa berfikir panjang.
Apa yang lebih terkejut adalah, ada bom kecil yang diikat pada kaki Amila yang membuatkan gadis itu menangis semakin tak terkawal. Amila memberi isyarat menyuruh Jannah pergi terlebih dahulu untuk menyelamatkan diri.
Mereka mula membalas tembakan , dalam keadaan yang genting begitu tiba-tiba kapal persiaran itu blackout. Keadaan menjadi gelap gelita, kedengar bunyi mereka berbalas tembakan membuatkan Jannah dan Amila memeluk erat tubuh masing-masing.
"Aku takut Naa..Aku takut. "Ucap Amila gagap, sambil air matanya semakin laju mengalir.
"Arghh !!" Jerit Jannah apabila lengannya terasa seperti dihiris sesuatu yang tajam, lengan bajunya mula basah akibat darah yang mengalir. Jannah menekup bahagian luka di lengannya sambil mengerang kesakitan.
Jujur , ini adalah sakit yang teramat dia pernah rasakan sepanjang kehidupannya. Sakit dan takut yang tak dapat dia gambarkan buat masa ini. Dia hanya berharap agar semua ini mimpi dan keadaan akan pulih seperti sedia kala.
"Anna, kenapa? "Tanya Amila cemas apabila mendengar jeritam dari Jannah.
"Sakit, lengan aku sakit. "Ucap Jannah sambil menahan tangisannya dari meletus.
"Night! Bawak perempuan tu keluar. Sun dengan aku akan bawa mangsa seorang lagi keluar selepas kami matikan bom. "Ujar lelaki berpakaian serba hitam tadi jelas.
Tak sampai beberapa saat datang seorang lelaki berpakaian tutup likup bewarna hitam juga tiba di sisi Jannah. Dia memegang lengan Jannah yang sebelah kiri memandangkan lengan Jannah sebelah kanan sudah tercedera.
"Kita kena keluar cepat. Mari cik. "Ucapnya tegas sambil menarik Jannah untuk dibawa keluar.
"No! Saya takkan tinggalkan sahabat saya sorang-sorang disini. "Balas Jannah, degil.
"Cik cuba lihat dikaki sahabat cik, kita tak banyak masa. Hanya ada 50 saat sahaja lagi sebelum bom itu meledak dan akan hancurkan kita yang berada didalam ruangan ni. "Ucap lelaki itu tegas. Mereka harus cepat, masa sudah tidak banyak apa-apa sahaja bisa terjadi dalam masa 50 saat itu.
"Tak nak! "Bentak Jannah semula, dia masih berdegil mahu tetap disitu dengan Amila.
"Pergi Anna! "Ujar Amila dengan tangisan. Walaupun perit tetapi dia tak boleh pentingkan diri sendiri.
Jannah harus keluar jika mahu selamatkan diri. Dalam keadaan lemah Amila menyuruh Jannah keluar dari situ dan pergi selamatkan diri.
Melihatkan ketibaan dua orang lagi berpakaian bertutup likup kepada Amila, Jannah menjadi semakin cemas. Mereka berdua mencuba mencari cara ingin memberhentikan bom tersebut sebelum ianya meledak.
"Night, kau bawak perempuan tu keluar dengan cara apa sekali pun. Cepat! "Bentak salah seorang dari mereka dengan tegas.
Tanpa berlengah dalam keadaan terpaksa , lelaki yang dipanggil "Night" tadi memaksa Jannah agar mengikuti langkahnya untuk keluar dari situ.
Akibat kekalutan yang terjadi, mereka terpaksa menaikki heli untuk terbang dahulu menyelamatkan diri.
Angin kuat yang disebabkan kipas helikopter tersebut membuatkan selendang Jannah tak mahu duduk diam. Dalam keadaan terpaksa dia menaikki dan duduk di kerusi didalam helikopter sebelum helikopter itu diterbangkan di awangan.
"Selamat kan kawan saya juga! Takkan nak biar mereka dibawah?! "Bentak Jannah tidak sabar. Dia menjadi tak keruan apabila melihat kapal persiaran yang mewah , megah bertukar menjadi kapal yang gelap gelita dan menakutkan ketika ini. Memikirkan keadaan sahabat baiknya yang masih berada didalam kapal tersebut membuatkan dirinya menjadi semakin tak keruan.
"Sabar Cik, kami akan lakukan sebaik mungkin untuk selamatkan semua orang. Lengan cik cedera, kena rawat sebelum melarat. "Ucapnya lemah lembut sambil meneliti lengan Jannah yang sudah berlumuran darah.
"Saya tak apa-apa. Saya risaukan kawan saya. Selamat kan lah dia! "Ucapnya lagi, suara naik seoktaf apabila lelaki itu tidak menghiraukan permintaannya.
"Ye saya faham tapi tolong, saya merayu kita bersihkan dulu kecederaan Cik. Lepasni saya janji saya teman Cik meraung sama-sama. "Balasnya masih lemah lembut walaupun Jannah dah mengamuk seperti singa kelaparan.
Tanpa persetujuan Jannah, seorang tentera udara menggunting dan menuangkan cairan iodine kepada lengannya dibahagian kecederaan tersebut. Tanpa dia sedari dia tergigit bahu lelaki yang dipanggil "Night" itu tanpa belas kasihan, akibat kesakitan yang dia rasai dia tanpa sedar telah menyakiti orang lain.
"Tahan sikit Cik , kita tak mahu kena jangkitan kuman. "Ucap tentera udara itu sambil membalutkan luka itu dengan kain putih dan diikat dilengannya.
Mereka memberikan ubat tahan sakit yang mengantuk kepadanya untuk meredakan sakitnya.
Pekara akhir yang dia lihat sebelum dia tertidur akibat kesan sampingan ubat ialah sebahagian kapal persiaran itu meletup dan kapal itu perlahan-lahan mula karam. Sejurus kejadian itu diiringi air mata sebelum Jannah benar-benar terlelap sepenuhnya.
Wajah gadis itu sembab akibat menangis , kepalanya elok terlentok diatas bahu milik lelaki yang dipanggil "Night". Walaupun tadi dia sempat menggigit lelaki itu, tetapi lelaki itu langsung tidak marah malah memujuknya untuk bertenang.
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya."
(Qs Albaqarah : 286)

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita ( OG )
RomanceAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...