MEREKA meletuskan tawa melihatkan sisi cemburu Ivan keluar, punya la simpan selama ni last-last kantoi macam tu aje.
"Eee kuat cemburunya dia. "Ucap Jannah bersahaja.
Selesai kerjanya menyapukan ubat pada bahu Edrin, dia pergi membasuh tangan dan kembali untuk mengambil Zaryan dari Aryan.
"Aryan, sini saya nak bagi susu kejap dekat Zaryan. Dia lapar la ni, last minum susu petang tadi lepastu membuta. "Ujar Jannah mesra sambil menghulurkan tangannya mahu mengambil Zaryan.
"Macam sesuai aje kan kalau saya jadi daddy Zaryan, nama pun lebih kurang. "Balas Aryan sambil tertawa.
Dia juga turut menghulurkan Zaryan kepada Jannah , tetapi niatnya terbatal apabila Ivan menyelit diantara mereka.
Huluran Aryan disambut oleh Ivan. Selepas itu baru dia menyerahkan Zaryan pada Jannah. Mereka masing-masing terkedu melihat perbuatan Ivan.
"Awak ni kenape Ivan? Sama aje kan , boleh je kalau saya yang ambil Ayan dari dia. Ish awak ni.. "Balas Jannah sambil mendukung Zaryan dan menepuk anak kecil itu perlahan.
"Tak sama, nanti dia ambil kesempatan pegang tangan awak. Dia ni gatal, jangan percaya dekat dia. "Ucap Ivan sambil mencebik tanda mahu merajuk.
"Iyolah Muhammad. Macam-macam la awak ni.. "Balas Jannah sambil menggelengkan kepala melihat perilaku lelaki itu.
Begitu juga dengan uminya, mereka berdua bersama-sama turut menggelengkan kepala menyampah dengan perilaku lelaki itu. Mengada sangat.
"Kita kawin kan cepat sikit la bang mereka berdua ni, anak kita tu dah gatal sangat. "Ucap Puan Adibah spontan.
Encik Zaidi juga mengangguk tanda setuju dengan kenyataan itu.
"Boleh umi, Qhal suka. "Balas Ivan sambil mengangguk kan kepalanya tanda sangat setuju.
"Amboi gatal la kau ni, ish anak siape entah. "Ucap Puan Adibah sebelum membawa diri kedapur ingin membuatkan minuman untuk mereka.
Jannah sudah berada dibiliknya bagi memberikan Zaryan susu terlebih dahulu. Sebelum budak kecil tu meragam, baik kenyangkan dulu perutnya.
Masa berlalu dengan amat pantas , masing-masing hanya berkongsi cerita sehingga waktu isyak.
••••
Keesokkan harinya pagi-pagi lagi mereka berlima itu sudah membuat senaman pagi. Punya la bersemangat, selepas subuh masing-masing keluar berjongging.
Kira-kira pukul 8 pagi baru la Jannah keluar dari bilik setelah selesai menyiapkan anak kecilnya. Dia melihat ke dapur, mencari uminya.
"Umi, masak apa ?" Ujar nya sopan santun.
"Umi masakkan nasi lemak, tu budak-budak bertuah tu nak makan. "Ucapnya mesra sambil menggaul sambal diatas dapur.
"Meh Anna potongkan timun dengan telur. "Balas gadis itu sambil tersenyum.
"Boleh sayang," ucap uminya mesra.
"Umi nak tanya, Auliya okay ke kalau pernikahan Auliya dengan Qhal berlangsung lima bulan dari sekarang? "Tanya wanita itu.
"Anna okay je umi, Anna ikut aje mana yang terbaik. "Balasnya mesra.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita ( OG )
RomanceAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...