25- TK

52 4 0
                                    

"IVAN tunggu la..Saya nak cakap dengan awak. "Ucap Jannah mengah akibat mengejar Ivan.

Selangkah Ivan bersamaan dua langkah Jannah. Lelaki tegap berketinggian 187cm itu langsung tidak menghiraukan panggilan Jannah. Gadis itu berlari anak mendapatkan Ivan, walaupun kehadirannya tidak dihiraukan dia tetap berusaha mahu bercakap bertentang mata dengan lelaki itu.

"Ivan!! Tunggu la saya.. "Ucapnya lagi, kali ini permintaanya di turuti lelaki itu.

Ivan hanya diam dan memandang Jannah tanpa reaksi. Pandangannya seolah-olah kosong, tiada lagi pandangan penuh cinta seperti dulu.

"Jangan la marah Qiesya sampai macam tu sekali. Dia tak sengaja, kita tak berada di tempat dia jadi kita tak boleh nak menghukum dia. Dia masih mempunyai iman di dada, buktinya dia masih simpan anak tu walaupun lelaki yang sentuh dia tu suruh dia gugurkan kandungan. "Ujar Jannah panjang lebar.

Namun reaksi Ivan masih sama. Diam, tanpa reaksi.

"Lagi satu, saya tahu awak marah tapi tolong la kawal mulut awak. Jangan malu kan dia depan orang ramai, dia pun tak minta semua ni terjadi. Jadi tolong, bawa bersabar dan kekal tenang. "Ujar gadis itu lagi apabila Ivan tidak membalas ucapannya.

"Dah ? "Tanya Ivan sepatah.

Jujur hati Jannah tersentap dengan balasan nya. Ivan dah berubah.

"Pandai pulak berawak saya, waktu tengah marah hari tu siap beraku kau. "Ucap Ivan dingin. Jannah terdiam dek fakta yang diberikan oleh Ivan.

"Saya minta maaf. Saya terlalu ikut kan perasaan. "Ucap Jannah perlahan tetapi masih mampu didengari lelaki itu.

"Dengar sini Nurjannah Auliya binti Ahmad Azman. Urusan Qiesya serahkan pada saya, banyak lagi pesakit lain yang memerlukan rawatan dari dokter hebat macam awak. Jadi mulai sekarang awak tak perlu nak masuk campur hal saya , hal keluarga saya atau apa pun yang berkaitan dengan saya. Faham? "Ucapnya panjang lebar. Suaranya dengan nada yang tegas sedikit mengejutkan hati Jannah.

Janna rasa seperti mahu menangis apabila Ivan melayan nya begini, Ivan tak pernah berkasar dengannya dulu. Kini Ivan berrubah seratus peratus.

"Sa..Saya minta ma..Maaf. "Ucap Jannah gagap akibat menahan tangisan. Jujur dia takut dengan Ivan sekarang. Apabila dilihat semula, wajah Ivan dah lain.

Tak lagi mulus seperti dulu, kini pipi kirinya telah berparut. Berparut seperti toresan pisau yang tajam. Hati Jannah mula terjentik apabila melihat luka itu.

"Pipi awak kenapa Ivan? Sakit? "Ujar Jannah lemah lembut sambil tangannya secara tersendiri ingin menyentuh bekas luka itu.

"Tak payah tahu la. Orang macam saya tak berguna pun untuk orang hebat macam awak, kami tentera gaji kecil, hidup menyusahkan orang ramai , tak perlu la orang hebat macam awak nak ambil tahu tentang tentera cikai macam saya ni. "Ucap Ivan dingin sambil tangannya menepis tangan Jannah yang mahu mendekatinya.

Jannah tersentap, dia terdiam. Air mata nya mula mengalir membasahi pipi perlahan.

Ivan hanya memberikan pandangan yang tajam sebelum dia berlalu pergi meninggalkam Jannah berseorangan di luar ruangan kecemasan itu.

Jannah terdiam dan masih berdiam diri. Dirinya terasa di tolak oleh satu-satunya lelaki yang dia harapkan kasih sayang.

"Ya Allah teruknya aku buat dia dulu. Aku dah benar-benar kehilangan dia, Allahuakhabar."Omel hati Jannah.

••••

"Jantan mana yang tanam benih dalam perut kau? "Tanya Ivan dingin.

Takdir Kita ( OG ) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang