35-TK

7 2 0
                                    

TAHU-TAHU sudah seminggu berlalu, cepat sahaja masa berlalu. Minggu depan Jannah sudah mula bekerja dan Ivan juga akan pulang ke Sabah hujung minggu ini.

Sedang mereka elok bersarapan tiba-tiba Ivan mengucapkan sesuatu yang membuatkan semua orang terkedu.

"Qhal nak kawin dengan Jannah. Umi abah izinkan ?" Ujar nya selamba.

Jannah disisi nyaris-nyaris mahu tersedak makanan. Gila betul la dia ni, tak kena tempat.

"Hah ? Betul ke ni Qhal? "Tanya Encik Zaidi untuk kepastian.

"Iya bah, nak buat kecil-kecil aja. Qhal balik Sabah ni, Qhal terus nak buat pemohonan pernikahan. "Balas Ivan serius.

"Bagus la kalau macam tu. Auliya macam mana? Setuju ke tak? "Tanya Encik Zaidi, kini ditujukan pada gadis itu.

"Se..Setuju bah. "Balas Jannah sambil mengangguk.

"Qhal paksa kamu atau kamu yang rela? "Tanya lelaki separuh umur itu lagi.

"Anna rela bah. "Balas nya ringkas sambil tersenyum

Jawapan itu sudah cukup buat Puan Adibah tersenyum manis. Puan Adibah serta merta memeluk erat tubuh gadis itu. Tak disangka-sangka, gadis itu bakal menjadi menantu nya.

"Nikah 5 bulan dari sekarang. "Ucap Encik Zaidi tiba-tiba.

"Cepatnya abang.. "Balas Puan Adibah spontan.

"Permudahkan , nikah kan dulu sanding nya kemudian. "Ucap lelaki separuh umur itu ringkas.

Ivan di sisi hanya mengangguk faham. Jannah pula tak membantah, hanya mendiamkan diri. Jauh termenung melihatkan makanan didalam pinggan nya.

"Abah kalau boleh nak percepatkan lagi majlis kamu supaya nanti senang, nak kemana-mana dah halal. Tak mahu orang bercakap bukan-bukan. "Balas Encik Zaidi.

"Anna tak kisah pasal tu bah, Anna cuma terfikir siapa nak uruskan semua ni? Anna tak ada sesiap dah bah, Anna ada abah dan umi aje. "Ucap Jannah sebersalah.

Dia tidak ada ibu atau ayah yang boleh menguruskan hal perkahwinan nya, dia sudah berseorangan sekarang.

"Tak mengapa, umi dan abah akan settle kan hal itu. Kamu siapkan diri aje , pada hari pernikahan kamu siap cantik-cantik dan nikah. Tak perlu fikir apa-apa, duit semua biar Qhal yang tanggung. Biar dia belajar, susah nya nak halal kan anak dara orang. Baru nanti dia tak sia-sia kan kamu. "Ucap Encik Zaidi terang dan jelas. Sekali-sekali dia memandang kearah Ivan yang sudah terkedu mendengarnya.

Jannah hanya tersenyum dan mengangguk dengan ucapan abah nya. Tak disangka-sangka, dia bakal mendapat ibu dan ayah mertua yang sebegini rupa. Langsung tak berkira, tak dibezakan anak dan menantu. Sungguh idaman semua manusia.

Lima bulan? Masa yang amat singkat, entah berjaya entah tidak. Segala pemohonan dipohon kan kepada Allah yang maha esa.

•••

Ivan meminta Jannah mencarikan surat beranak dan salinan ic nya didalam fail. Seperti yang diminta, Jannah tidak membantah dan hanya menuruti.  Sedang membelek-belek dokumen, tiba-tiba dia terlihat nombor ic Ivan.

"951110-02-0503 ? 95? 1995? Umur Ivan 30 tahun ke? "Omel hati Jannah sendirian. Tak silap , awal dulu dia kata umurnya 27 tahun. Dia berasa hairan, laju saja kaki nya melangkah dan pergi kearah Ivan yang sedang mengemas didapur.

"Ivan? Umur awak berapa? "Tanya Jannah tiba-tiba.

Ivan merasa hairan, tiba-tiba sahaja menanyakan umur.

"30 tahun, kenapa? "Ujar nya hairan.

"Bukan 27 ke? Awak kata 27 hari tu. "Balas Jannah. Rasanya dia tidak silap dengar haritu.

"Haah, saya cakap je 27 tahun tapi saya tak suruh percaya pun.."Balas Ivan sambil tertawa kecil.

"What? Tak macam 30 pun! Awak tipu saya lagi ke? "Tanya Jannah sekali lagi untuk kepastian. Jujur, muka Ivan langsung tak nampak seperti orang dah berumur 30 tahun.

"Saya awet muda. "Balas Ivan sambil tertawa mengusik.

"Okay pak cik. Selamat jalan. "Ucap Jannah dan terus berlalu ke bilik nya meninggalkan Ivan berseorangan di dapur.

Ivan hanya tertawa melihatkan balasan dari Jannah. Alahai comel nya marah.

Manakala Jannah didalam biliknya sudah tak tentu arah bercakap sorang-sorang.

"Tak kan la aku suka orang tua? Tapi tak ada la tua mana, 5 tahun aje bezanya. "Omel Jannah sendirian.

"Aish tapi tak kan la? Muka tak nampak 30 pun, nampak macam 20 ada la. "Ucap nya lagi sambil kehulur kehilir didalam biliknya.

Zaryan di atas katil hanya tersenyum manis melihatkan ibundanya yang bercakap seorang diri.

"Oh no, tak nak kawin dengan orang tua. "Ucap Jannah lagi.

"Tapi hot, aish! "Sambung nya.

Tanpa sedar, Ivan memasang telinga disebalik pintu biliknya. Punya la kusyuk nak mengata lelaki itu sehingga tak perasan pintu biliknya tidak tertutup rapat.

Ivan hanya tertawa mendengarkan omelan dari gadis itu, adakala nya memuji adakala nya membenci. Emosi Jannah yang berubah-ubah setiap saat sudah menjadi kebiasaan bagi lelaki itu.

Malas mahu menyampuk, Ivan meneruskan tugasnya didapur. Dia hanya membiarkan Jannah melepaskan perasaanya seorang diri didalam bilik tanpa diganggu.

••••

Hari yang sepatutnya menjadi kebanggaan nya, malah bertukar tragedi. Siapa sangka, hari ini dia akan menerima dan mengistiharkan kematian suaminya sendiri?

Angin meniup lembut membuatkan dia tersedar akan dunia nyata yang sedang berjalan,
Sepayah-payah nya keadaan, pasti akan ada jalan penyelesaiannya,
Tetapi kalini tidak, dia sudah hancur sepenuhnya.

"Maaf, kami tak dapat selamat kan suami puan. Leftenan Komander Muhammad Qhalish Ivan, gugur di lautan. "

Tubuhnya rebah di lantai, hatinya ibarat direntap kasar. Ucapan yang paling dia benci, akhirnya diucapkan. Hatinya ibarat dihiris-hiris pisau yang tajam. Sudah tak mampu lagi dia menahan perasaan ini, dia tewas. Dia tewas dengan perasaanya. Tak mampu lagi kuatkan diri seperti selalu. Semuanya hancur lebur.

Tangisan? Tangisan pun sudah tidak mampu lagi meluahkan perasaan sedihnya. Lelaki itu pergi didepan matanya. Dia tak mampu lakukan apa-apa, mahu pun sebagai kekasih atau dokter, dia tak mampu. Dia hanya mampu melhat, tanpa berbuat apa-apa.

Tangisnya sambil memeluk seragam loreng milik suaminya , dicium lembut rantai berukirkan nama suami nya. Tak disangka, penungguannya selama ini hanya dibalas dengan jasad yang tiada nyawa. Hilang separuh jiwanya, dibawa pergi bersama suami tercinta.

"Kenapa abang pergi sendiri? Bawa la saya sekali dengan abang, saya boleh teman kan abang. "Ucap gadis itu sambil memeluk erat uniform itu. Tangisannya telah pun membasahi separuh uniform itu.

Hancur lebur hatinya, tak mampu berkata apa-apa lagi. Layak kah dia mahu menghalang takdir? Tetapi mengapa? Mengapa takdir ini sangat kejam? Menapa takdir kita sangat kejam?

"Jangan tinggal kan saya Ivan.. Ivan,Ivan.. "

Takdir Kita ( OG ) Where stories live. Discover now