29- TK

11 3 0
                                    

"KITA kawin. "Ucap Ivan dalam nada serius sambil merenung tepat kearah Jannah.

Gadis itu terkedu, matanya langsung tidak berkelip memandang lelaki dihadapannya.

"Ya Allah Qhal, syarat apa ni? Kita tak boleh paksa orang kawin dengan kita. "Ucap Encik Zaidi sepontan.

Puan Adibah juga turut memandang anak lelakinya, hairan.

"Qhal..Umi tahu niat Qhal baik tapi bukan macam ni caranya. "Ujar Puan Adibah serius. Baginya hal perkahwinan ini bukan la hal yang boleh dibuat main dan dibawa bergurau.

Ivan masih berdiam diri, tidak mengendahkan ucapan dari kedua orang tuanya. Malah pandangan nya masih tidak lekang memandang kearah Jannah yang masih terkedu.

"Apa jawapan awak? "Ujar Ivan ringkas.

"Saya.. Tak nak, "balas Jannah sebersalah.

"Saya nak jadi ibu Zaryan, tapi saya tak nak kawin dengan awak. "Tambah gadis itu lagi.

"Kenapa? Saya tak cukup bagus ke untuk dijadikan suami? "Ujar nya dalam nada serius.

Bayi kecil di tangan sudah mula merengek perlahan, tangannya serta merta menepuk perlahan tanda memujuk agar bayi itu kekal tenang.

"Saya yang tak layak untuk dijadikan isteri. "Ucap Jannah sebersalah. Pandangannya di lemparkan ke lantai, dia tidak sanggup mahu memandang kearah muka Ivan sekarang.

"Kalau macam tu, saya kawin dengan orang lain la. "Balas Ivan dingin dan memalingkan muka dari arah Jannah.

Dia menepuk perlahan bayi kecil didalam pelukannya. Memujuk dengan penuh lemah lembut.

Jannah serta merta terkedu selepas mendengar jawapan dari Ivan. Jujur, hatinya sedikit tersentap apabila Ivan berkata sebegitu.

"Haih Qhal, jangan nak merepek. Sudah la tu, jangan kamu berdua nak bergaduh pula. "Ucap Puan Adibah sambil menjeling kearah anak lelakinya.

Tak sampai beberapa saat, bayi kecil itu mula menangis. Teriaknya yang kuat, seperti bayi kelaparan.

"Biar saya bawak Ayan pergi jumpa ibu susuan dia, mungkin dia lapar ni itu yang meragam. "Ujar Jannah sopan sambil menghulurkan tangannya kepada Ivan tanda mahu mengambil Zaryan dari dakapan lelaki itu.

Tanpa bersuara lelaki itu memberikan bayi kecil itu pada Jannah. Bayi yang tadinya meragam serta merta mula senyap sebaik sahaja berada didalam dakapan gadis itu.

"Shuh..Shuhh.. Kita pergi minum susu ye.. "Ucap Jannah lembut pada bayi kecil didalam dakapannya.

Baru sahaja mahu menoleh dan melangkah keluar dari bilik itu, hujung bajunya ditarik dan ianya menghentikan langkah gadis itu.

Hujung bajunya ditarik sedikit kuat dan telah menyebabkan dia secara tidak sengaja terhempas sedikit di dinding.

"Argh.. "Ucapnya spontan. Mengerang kesakitan sebaik sahaja terhempas di dinding.

Tak lain , tak bukan memang kerja Ivan. Siapa lagi kalau bukan lelaki itu.

"Awak ni kenapa ? Belakang saya ni sakit tak apa, tapi kalau buatnya Zaryan ni terjatuh macam mana? "Ujar Jannah dingin, hairan dengan kelakuan Ivan hari ini.

Ivan mendekatinya sehingga terasa deruan nafas lelaki itu di dahi Jannah. Serta merta pekara itu membuatkan Jannah mula cemas. Naik habis bulu roma gadis itu.

"Aku akan pasti kan kau kawin jugak dengan aku, faham? "Ucap Ivan perlahan dan dingin. Walaupun dalam nada perlahan tetapi ianya masih mampu didengari oleh Jannah.

Jannah terkedu, tak mampu berbuat apa-apa.

"Qhal.. "Tegur Encik Zaidi.

Serta merta lelaki itu melangkah menjarakkan kedudukan mereka yang tadinya rapat kini berjarak lebih kurang dua langkah besar.

"Anna pergi dulu ya umi, abah. "Ucap Jannah tergesa-gesa sebelum melangkah keluar dari ruangan tersebut.

Kini semua mata tertumpu pada Qhalish Ivan.

"Abah tak ajar kamu dekat-dekat dengan anak dara orang. "Ucap Encik Zaidi dingin. Geram melihatkan perangai anak lelaki nya itu.

"Qhal ajak dia kawin, dia yang tak mahu. "Balas Ivan selamba.

Puan Adibah sudah menggelengkan kepala melihat perangai anak lelaki nya. Penat mahu ditegur, tak ditegur makin menjadi-jadi.

"Pujuk, bukan nya paksa. "Ucap Encik Zaidi. Jujur jika bukan di hospital, sudah dia ajarkan anak nya itu. Perangainya makin melampaui batas.

"Sudah la bang, marilah kita. Kalau dilayan budak ni, darah tinggi kita yang naik. "Balas Puan Adibah, cuba memujuk sang suami.

Encik Zaidi hanya mendiam kan diri dan mengikuti arahan dari Puan Adibah. Memandangkan Ivan kata dia mahu menunggu sehingga Zaryan selesaikan disusukan , baru dia pulang. Jadinya Puan Adibah dan Encik Zaidi mengambil keputusan beransur pulang terlebih dahulu. 

••••

Melihatkan bayi kecil itu tidur lena didalam dakapan membuatkan dirinya semakin tenang. Diusap perlahan wajah bayi itu lemah lembut. Cantik, walaupun Zaryan lelaki tapi dia dikurniakan wajah yang cantik, sama persis ibunya.

Tidak dinafikan, arwah Qiesya merupakan seorang gadis yang cantik. Kulit nya yang putih gebu, matanya yang bulat , senyuman yang manis, mampu membuatkan semua orang jatuh cinta pandang pertama.

Selesai dia menyusukan bayi kecil itu, dia meletakkan bayi yang sudah elok tertidur didalam katil kecilnya. Perlahan-lahan dia melangkah keluar agar bayi itu tidak terjaga.

Elok pintu ruangan itu ditutup rapat, dia disergah dari belakang.

"Kenapa awak tak nak kawin dengan saya? "Ujar lelaki itu dingin.

"Otak ang hijau! "Latahmya kuat. Serta merta dia menoleh kearah empunya suara yang bertanya.

"Awak ni kenapa hah? Suka sangat buat saya terkejut. "Rengus nya. Geram dengan perangai lelaki itu.

"Otak warna hijau ke? Bukan warna pink ke? "Ujar nya tanpa perasaan.

"Diam lah! Awak nak apa hah? Jangan kacau saya boleh tak? "Ucap nya dngin. Malas mahu melayan lelaki itu. Sudah la suka mengusik, perasan bagus pulak tu.

"Saya nak tanya awak, kenapa awak tak nak kawin dengan saya? "Tanya lelaki itu lagi buat kali yang ketiga.

"Sebab saya taknak la. Tiada sebab! "Balas gadis itu tegas sambil menjeling.

"Ohh.. Tuh, pergi tukar baju. "Ucap nya tiba-tiba.

Pandangan lelaki itu semakin kebawah, pandangannya tertuju pada bahagian dada gadis itu. Dia memberikan isyarat agar gadis itu menutup kesan air susu yang telah membasahi bajunya, sebelum dia membuang pandangan kearah lain.

Serta merta gadis itu menarik coat putihnya dan ditutup rapat. Mukanya sudah mula memerah seperti tomato akibat malu. Dia berlari anak kearah lift dan meninggal lelaki itu berseorangan.

Lelaki itu hanya melihat dan membiarkan kejadian itu berlalu. Tak mahu memaksa, cukup la dia hanya ingin tahu jawapan dari gadis itu.

Dan jawapan yang diberikan ialah , tidak.

Dia akur, walaupun berat tetapi dia akan terus berusaha selagi mampu. Dia hanya memilih untuk mengikuti kehendak gadis itu , dan tidak lagi memaksa.

"Akur la, jangan pernah memaksa seseorang yang takmahu berkongsi cerita hidupnya dengan dirimu. "

"Kerana, paksaan itu adalah sesuatu yang sia-sia dan menyakitkan. "

Takdir Kita ( OG ) Where stories live. Discover now