SELEPAS beberapa jam berehat akhirnya mereka berkumpul di tempat riadah diluar. Jannah dan Puan Adibah juga turut ikut serta, Encik Zaidi ada hal diluar jadi tak dapat turut serta.
"Korang nak buat apa tengah-tengah hari ni? Panas nyah. "Ucap Jannah selamba sambil mengipas dirinya menggunakan kipas lipat.
Dia dan uminya nya sudah bermandi peluh disitu, Zaryan masih seronok tertawa dengan bapa-bapa angkat nya. Bukan main seronok sampai dah tak kisah cuaca panas.
"Burn la anak aku nanti, bapak nya jaga memang macam ni lah. Diajar nya buat comando rest la, side roll la. Ade jugak aku roll kan bapaknya nanti. "Ujar Jannah selamba.
Serta merta Ivan meletuskan tawa. Dia memandang kearah Jannah penuh cinta sebelum dia berbicara.
"Kena ajar biar Ayan jadi kuat macam baba, baru nanti boleh lindungi mama dia. "Balas Ivan mesra sambil tersenyum.
"Baba dia la lindung mama dia, kenapa pula nak anak yang lindung? "Ucapnya hairan.
"Baba tak selalu ada dengan mama, macam Ayan. "Jawab Ivan ringkas.
Jelas wajahnya menunjukkan rasa sebersalah. Jannah juga serta merta terdiam setelah mendengar jawapan dari Ivan.
Masing-masing mendiam kan diri, keadaan menjadi janggal.
"Tuan, kita batu seremban jom? "Ujar Endrin , memecahkan kesunyian.
"Aku tak main batu seremban, aku main batu Nilai je. "Ucap Ezrishah bersahaja.
"Batu Nilai? Batu apa tu tuan? "Tanya nya polos.
"Alah batu Nilai ni cara main dia macam kau genggam semua batu, lepastu baling ke awang-awangan. "Ucap Ezrishah sambil mencari batu-batu kecil di halaman rumah.
"Ade ke permainan macam tu tuan? Saya tak tahu pun. "Balas Endrin, dia juga turut sama-sama mencari batu dengan Ezrishah.
"Adaa , kau tu budak lagi sebab tu kau tak tahu. "Ucap nya selamba. Endrin hanya mengangguk tanda faham dengan ucapan Ezrishah.
"Bengap betul budak ni. "Ucap Danny selamba apabila melihatkan Endrin yang percaya akan ucapan Ezrishah.
"Dah lah bengap, slow pulak tu. "Sambung Aryan, sambil menggelengkan kepalanya melihat gelagat mereka.
"Bagus la, sorang bengap sorang lagi lembab. Macam tu je gula-gula. "Kini giliran Ivan pula bersuara.
Mereka masing-masing menggelengkan kepala melihat gelagat dua orang itu.
Selepas beberapa minit mancari , baru lah merekah berdua menghampiri mereka berempat.
"Tuan, ajar la saya main batu Nilai. "Ucap Endrin polos.
"Ye , aku nak ajar la ni. Kau tengok elok-elok, fokus eh. "Ujar Ezrishah bersungguhan.
Manakala Ivan, Aryan , Danny dan Jannah hanya memerhati gelagat mereka berdua.
Ezrishah menggenggam kesemua tujuh biji batu kecil itu dan dilambung ke awangan, dia membiarkan batu-batu itu jatuh ke lantai tanpa menyambutnya.
Seterusnya dia mengambil sebiji batu itu dan disua ke arah mulut Endrin. Dengan polosnya Endrin membuka mulut, tanpa ucapan Ezrishah menyuap batu tersebut kedalam mulut lelaki itu.
Serta merta mereka semua tertawa riang melihatkan kepolosan Endrin. Ezrishah juga turut tertawa sakan melihatkan Endrin sudah meluakkan batu tersebut.
"Tuan ape ni, tuan tipu saya eh? "Tanya nya polos sambil memaparkan wajah tidak puas hati.
"Mana ada aku tipu, aku ajar kan kau cara main batu Nilai la. "Jawab Ezrishah sambil tertawa sakan.
"Kau la bodo, percaya sangat si Shah ni. Sama-sama bengap. "Ucap Aryan selamba.
"Ooo tuan tipu saya rupanya. Tuan jangan sampai saya buang bantal frozen tuan. "Ucap Endrin tidak puas hati.
"Amboi kau, bantal frozen aku jangan kau sentuh eh. Aku benam kepala kau dekat ketiak aku kang. "Ujar Ezrishah, masih setia tertawa dengan gelagat Endrin.
"Bantal frozen? "Tanya Jannah, hairan.
"Bantal frozen ni si budak Shah ni. Dia punya bantal corak kartun frozen tu, dia kata nak jadi olaf biar si budak Elsa tu peluk dia. "Ucap Ivan, menerang kan hal itu.
Serta merta Jannah tertawa kuat, tangan nya juga turut serta menampar bahu dan peha Ivan yang berada disisinya.
"Ye sayang..Saya tahu lawak, tapi jangan la tampar saya kuat sangat. "Ucap Ivan lemah lembut.
Serta merta Jannah menghentikan kelakuannya, sambil dia mengukir senyuman manis tanda minta maaf.
Noah Aryan yang sedang memangku Zaryan Ridwan hanya tersenyum manis melihat mereka berdua bemesraan.
"Syukur awak selamat dalam jagaan Allah. Dr. Nurjannah Auliya. "Omel hati Noah Aryan.
3 TAHUN SEBELUM ITU.
Sedang elok lelaki itu berjoging di taman, tiba-tiba dia terlihat akan satu sosok perempuan yang sedang menangis di hujung taman berseorangan.
Dia menghampiri gadis itu dengan niat, mahu bertanyakan keadaan gadis itu.
"Cik? Kenapa cik menangis disini, cik okay ke? "Ujar nya mesra.
Namun tiada balasan yang dia perolehi. Gadis itu masih diam dan menangis.
"Cik..Kenapa ni, ada orang ganggu cik ke?" Tanya nya lagi.
Kalini gadis itu menggelengkan kepala sambil tapak tangannya masih menekup muka nya.
"Saya penat, saya dah tak nak belajar. "Ucapnya tersekat-sekat kerana menangis.
"Cik belajar di mana? Ada orang buli cik ke di universiti? "Tanya lelaki itu mesra.
"Tak..Prof saya marah sebab saya lambat hantar assigment. Saya nak behenti medical school, saya tak tahan dah. "Ucapnya suram. Tangisannya masih setia mengiringi ucapan.
"Ohh bakal dokter ye? Saya pasti, cik mesti akan jadi dokter yang baik dan bijak di masa depan. "Ujar nya mesra, mahu memujuk.
"Tak nak, saya dah tak nak jadi dokter. "Rengus nya sambil menghentakkan kaki di tanah.
"Percaya la cakap saya, awak bukan tak nak jadi dokter tapi awak cuma merajuk sebab prof awak marah awak kan? Satu hari nanti, awak akan jadi dokter yang cemerlang dan hebat. Dokter Nurjannah Auliya. "Ujar nya lemah lembut sambil memujuk.
Gadis itu perlahan-lahan mengangkat wajahnya mahu melihat empunya suara yang memujuk.
"Saya doakan awak semoga berjaya di kedepannya. "Ucap lelaki itu sambil tersenyum.
"Terima kasih,"
"Nama awak siapa?" Ujar gadis itu."Night." Ujar lelaki itu sebelum dia meneruskan lariannya.
"Terima kasih , abang Night. "Ucapnya perlahan.
Dia hanya melihat lelaki itu meneruskan lariannya, semakin lama lelaki itu semakin menjauh.
Danny hanya memerhati perilaku Aryan yang terlihat sedang merenung Jannah dalam diam. Mula terdetik pelbagai sangkaan dalam hatinya.
Ivan terlihat amat bahagia dengan adanya Jannah dalam hidupnya. Masing-masing berharap agar tiada orang lain mengambil kesempatan dalam kebaikkan mereka.
••••
"Kadang kala, sebelum kita akan ada orang lain yang lebih dahulu mengharapkannya. Semuanya akan berjalan mengikuti aturannya tanpa ada sedikit pun yang terplesot dari landasannya. Jika kita mahu kan dia, pasti akan ada orang lain yang lebih mahukan dia. Lebih dari kita." - Takdir Kita.
YOU ARE READING
Takdir Kita ( OG )
Любовные романыAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...