5 Bulan berlalu sejak kejadian itu, Jannah tidak pernah lagi terserempak dengan Ivan atau Danny. Jujur dirinya juga berminat untuk mengenali mereka berdua dengan lebih dalam tetapi masa tidak mengizinkan.
"Amila, aku nak tanya something boleh? "Tanya Jannah.
"Tanya lah Anna, buat macam tak biasa pulak. "Jawab Amila, pelik dengan kelakuan sahabatnya itu.
"Kau ada terserempak tak dengan dua orang lelaki tu? Ivan dan Danny. "Tanya nya lagi.
"Tak ada pula, kenapa kau tiba-tiba tanya pasal mereka? "Tanya Amila semula.
"Aku cuma teringat dekat diorang, tak apa la kalau tiada. "Ucapnya ringkas, sebelum meninggalkan Amila sendirian.
"Lain macam perempuan ni tiba-tiba tanya macam ni. Pelik betul dia ni. "Omel Amila sendirian melihat kelakuan Jannah yang semakin hari semakin pelik.
Secara tidak lansung, Amila juga berharap untuk dipertemukan lagi dengan Danny. Jujur dia berkata, dia berminat akan lelaki pemalu itu walaupun dia tahu ada benteng tinggi yang sentiasa menghalangi mereka iaitu agama.
"Amila, Jannah mana? "Tanya dr. Leo.
"Eh doktor, Anna pergi ambil darah pesakit rasanya, saya tengok dia tolak rak tadi. "Balas Amila bersahaja.
"Oh yeke, tak apa la kalau macam tu. Ni ada lebih creampuff saya buat pagi tadi, kongsi dengan semua. "Ucap lelaki itu sambil memberikan dua paperbag berisi creampuff pelbagai perisa.
"Ya Allah sedap nya!! Terima kasih doktor sebab ingat pada kami. "Balas Amila teruja. Oleh dek kerana bergaul dengan ramai orang islam, dia pun terikut istighfar seperti orang islam lainnya..
"Macam-macam lah awak Amila, saya balik dulu." Balas dr.Leo sambil tersenyum manis.
"Okay doktor, take care." Balas Amila mesra sebelum dia mengeluarkan creampuff itu dan diletakkan atas meja kerja mereka.
Creampuff itu dikongsi beramai-ramai termasuklah doktor pelatih dan jururawat yang bertugas waktu itu.
Ini lah kehidupan di hospital, kalau tak sibuk baru dapat makan kalau banyak kes dan hospital sibuk, lapar pun tak terasa. Hebatnya pejuang-pejuang kita yang berada di hospital, mengorbankan masa muda untuk menyembuhkan sakit orang lain.
Seperti yang dinyata kan dalam surah Ar-Rahmaan 55:59 dan 55:60.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
( Ar-Rahmaan 55:59 )Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
(Ar-Rahmaan 55:60)Semoga Allah sentiasa merahmati semua pejuang-pejuang kita. Aamiin.
***
Telefon milik Jannah berdering menandakan masuk panggilan buat dirinya.
"Assalamualaikum cinta hati Anna. "Ucap Jannah mesra.
"Walaikumussalam anak ibu. Anak ibu sihat tak? Dah makan ke belum?" Tanya wanita separuh umur itu.
"Alhamdulillah sihat, Anna baru lepas makan dengan Amila tadi. Ibu dah makan? "Tanya nya semula, sudah lama dia tidak pulang kerumah menjenguk ibunya. Walaupun mereka tinggal dalam satu negeri yang sama tetapi berlainan daerah. Hal itu membuatkan Anna susah untuk pulang kerumah jika tiada cuti panjang.
"Ibu pun baru lepas makan sayang. Bila kakak nak balik sini? Ibu dah rindu sangat dekat kakak ni. "Balasnya mesra.
Begitulah kehidupan seharian mereka, berkongsi cerita jika ada waktu lapang. Hospital sangat sibuk selepas negara dilanda covid-19 beberapa tahun lepas yang membuatkan Anna semakin susah untuk mendapat cuti.
"InsyaAllah buu, Anna nak ambil cuti hujung bulan ni. Kalau tak ada apa, Anna balik ya? Ibu jaga kesihatan tau. "Ucap gadis muda itu.
Dia kehilangan sosok seorang ayah pada usianya 18 tahun yang membuatkan sekarang ini dia hanya bergantung pada ibundanya sahaja.
"InsyaAllah sayang, kalau Anna nak ambil cuti hujung bulan ni bagus lah. Rehat kan diri tu, jangan kerja keras sangat ye nak. "Ucap ibundanya.
"Baik Puan Ratna Iman. Siap menerima tugasan! "Balas Jannah, bergurau dengan ibundanya.
"Iye la, ibu nak pergi kelas mengaji ni. Anna jaga diri baik-baik ya. "Ucapnya, tak putus-putus pesanan yang diberikan wanita itu.
"Baik buu, Anna akan jaga diri untuk ibu. Anna sayang ibuu.. "Balasnya sebak, menahan kerinduan.
"Ibu pun sayangkan Anna. Assalamualaikum anak Ibu."Balas wanita itu.
"Walalaikumussalam buu.. "Ucap Jannah sebelum menamatkan panggilan mereka.
Malah bahagia nya tidak lama, sebaik sahaja seorang lelaki berbaju loreng tentera darat, berberet maroon lalu dihadapan gadis itu mukanya kembali masam mencuka.
Iya dia benci, benci akan anggota tentera. Kerana dia tanamkan dalam hatinya, tentera dan kerajaan lah yang menamatkan nyawa ayahnya. Tentera lah punca dia kehilangan sosok ayah pada hari bahagianya,
Ahmad Azman bin Said, ayah kepada Jannah. Meninggal pada tahun 2016 pada usia 46 tahun, pada hari keputusan SPM keluar. Ya keputusan SPM Jannah keluar adalah hari yang sama ayahnya menghembuskan nafas terakhir di awangan.
Kegagalan payung terjun telah menyebabkan kematian ayahnya, ibundanya kehilangan sosok seorang suami pada hari yang sama. Tangisan gembira dan tangisan kesedihan bercampur. Gembira kerana Jannah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan tangisan kesedihan kerana kehilangan seorang suami.
Kerana itu, Jannah nekad bahawa dirinya tidak akan pernah berkenalan atau suka dengan mana-mana anggota tentera. Takut yang teramat jika pekara yang sama berulang, dia sudah tidak kuat hendak menghadapi pekara itu lagi.
Dikala gembiranya dia mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam masa yang sama ayahnya sedang bergelut dengan kematian akibat kegagalan payung terjun. Memikirkan pekara itu membuatkan dirinya rasa bersalah untuk begembira dengan keputusan cemerlang yang dia perolehi.
Al-fatihah, ayah. Anna rindukan ayah.
Jannah mengalih kan pandangan dari anggota tentera yang dia lihat. Melajukan langkah untuk beredar dari situ, sedaya upaya mengawal diri supaya tidak berlaku pekara yang diluar kawalannya.
***
Al-fatihah (dibaca), buat semua mangsa dan takziah untuk seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat.Nahas helikopter yang melibat 10 orang wira dan wirawati negara. Kehilangan mereka dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Semoga mereka semua ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, aamiin.
Pesawat Agusta Westland HOM:
1. Komander Muhammad Firdaus Ramli - Pegawai Memerintah Skuadron 503
2. Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin
3. Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi
4. Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun
5. Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy
6. Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar
7. Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna
Pesawat Fennec:
1. Komander Muhamad Amir Mohamad - Pegawai Memerintah Skuadron 502
2. Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan
3. Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi
YOU ARE READING
Takdir Kita ( OG )
RomanceAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...