"Tapi ini bukan bekas luka jatuh basikal, ini bekas toresan pisau. Macam mana awak dapat luka ni, Ivan ?" Tanya Jannah sekali lagi, kali ini lebih tegas dari sebelumnya.
"Saya ber... "Ucapan Ivan terhenti apabila datang seorang jururawat kearah mereka.
"Doktor? Maaf saya ganggu, saya nak ambil tekanan darah dengan nak check kencing manis pesakit. "Ucap jururawat tersebut sebaik sahaja dia memasuki ruangan itu.
"Kejap, baju saya belum butang sepenuhnya. Saya minta tolong doktor Auliya butangkan baju saya. Saya tak boleh nak buat sendiri. "Balas Ivan, dia tahu Jannah pasti gelabah sekarang. Lihat dari wajah nya saja sudah dapat diketahui bahawa Jannah sedang menahan malu.
"Baiklah, saya periksa patient sebelah dulu la ya maaf menganggu. " Ucap jururawat itu sebelum beredar meninggalkan mereka berdua.
Sementara itu Jannah sudah siap membutangkan kesemua butang di baju Ivan.
"Dah siap, nanti makan nasi saya beli tu. Makan aje la dengan tangan kiri pun, terdesak tak apa tak berdosa. "Ucap Jannah bersahaja.
Malu, ya dia malu apabila jururawat tersebut nampak perbuatannya dengan Ivan. Walaupun tiada apa yang berlaku diantara mereka tetapi ianya akan menimbulkan fitnah, dia tak suka di padankan dengan mana-mana lelaki.
"Rambut saya, tolong lap kan boleh? "Tanya Ivan lemah lembut.
"Amboi mengada, bagi betis minta peha pula. "Jawab Jannah dingin, menyampah dengan perangai Ivan.
"Tak baik doktor fitnah saya, masa bila saya minta peha doktor? Amboi doktor suka ye, saya bagi tengok perut nak tengok lebih-lebih pula. "Usik Ivan, sengaja dia mengusik Jannah supaya Jannah marah dan membebel kepadanya.
"Ewah sedap mulut, ni kalau orang lain dengar diorang fikir bukan-bukan pula ish. Jaga sikit mulut tu, tampar kang. "Ugut Jannah, risau jika ada orang yang terdengar perbualan mereka boleh jatuh fitnah.
"Rugi la kalau tampar, lebih baik cium. Doktor nak cuba tak? "Ucap Ivan sambil tertawa halus. Suka benar dia mengusik Jannah.
"Diam lah ish! Lap lah rambut awak sendiri, menyampah saya dengan awak ni. "Balas Jannah sambil memalingkan muka sebelum dia melangkah keluar dari ruangan itu meninggalkan Ivan sendirian.
Malas dia nak melayan lelaki itu, tak habis-habis mengusiknya dari pertemuan pertama, memang sah Ivan ni seorang playboy sejati.
***
"Jannah, kau rapat jugak eh dengan Ivan tu. "Ucap Amila.
Sekarang sudah pukul 5 petang, jadi Amila sudah tiba di hospital untuk masuk bekerja shif malam.
"Rapat apa nya, aku lawat dia pun sekali sekala. "Balas jannah, mencuba menyorokkan kejadian pagi tadi.
"Oh yeke sekali sekala? Siap butangkan baju dia tu tak rapat ke? "Ucap Amila tak mahu kalah.
Dia bertanya kerana dia terdengar jururawat-jururawat bergossip pasal Jannah dengan Ivan.
"Aaa kau salah faham ni Amila, cerita dia macam ni aku tolong Ivan butangkan baju dia sebab tangan dia sebelah lagi kena simen jadi susah dia nak butang baju sendiri. Kebetulan aku datang, aku tolong butangkan. "Jawab Jannah, membela diri.
"Oh macam tu, aku bukan lah apa Anna. Aku cuma terdengar nurse-nurse dekat luar tu bergossip pasal kau dengan Ivan, aku tak nak orang salah faham dengan kau. "Ucap Amila, menyatakan sebab pertanyaannya.
"Iya Amila aku faham, aku tak marah pun. Lagipun kau tahu-tahu jela, Ivan tu kan suka mengusik aku perangai macam budak-budak menyampah aku. "Balas Jannah sambil matanya masih tertumpu pada file-file pesakitnya.
"Menyampah tapi suka jugak kan? Aku kenal kau dah lama lah Anna, aku tengok cara kau pandang dia pun aku dah tahu yang kau suka dia kan? "Tanya Amila bersahaja.
"Mana ada lah! Aku anggap dia kawan je, kau jangan nak melebih ye. "Balas Jannah tidak senang duduk.
Jujur, perasaan nya pada Ivan sudah mula muncul sedikit demi sedikit tetapi dia takut perasaannya akan menyakiti diri nya sendiri.
"Yeke tak suka? Habistu yang kau menangis sakan waktu dia separuh nyawa haritu kenapa? "Tanya gadis itu lagi, dia sengaja mahu provoke Jannah supaya jujur dengan perasaannya sendiri.
"Aku takut tengok kematian orang, aku ternangis. "Balas Jannah sambil memalingkan mukanya dari Amila, takut kalau-kalau Amila dapat tahu tentang perasaannya.
"Tipu, kau tak pandai menipu la Jannah. Baik kau bagitahu aku sebelum aku sendiri pergi jumpa Ivan tanya hubungan korang berdua, nak? "Ugut gadis Sarawak itu.
"Amboi kau, ish! Yela yela aku suka dia, suka sikit je. Sebab bila aku dengan dia, aku rasa aku terlupa kejap semua penat lelah aku, segala trauma aku disebabkan lawak-lawak bodo dia tu. "Ucap Jannah jujur.
"Boleh pun nak mengaku, konon jual mahal. Aku boleh nak restu korang berdua tapi kau kena tolong aku satu benda. "Balas Amila sambil tersenyum manis.
"Tolong apa? Kau jangan minta yang pelik-pelik cukup lah. "Jawab Jannah, hairan.
"Tolong kenalkan aku dengan Danny, kawan Ivan haritu. "Balas gadis itu sambil tersenyum lebar.
"Amboi kau gatal, tapi Amila aku bukannya tak nak kenal kan cumanya aku tengok Danny tu macam lelaki yang soleh-soleh sikit macam ustaz. Kau tu nonmuslim, nak ke dia? "Ucap Jannah serba salah.Dia hanya jujur dengan apa yang dia lihat, lebih baik dia beritahu awal daripada akhirnya nanti sahabatnya akan disakiti oleh harapan sendiri.
"Aku tahu, sebab tu aku suka. Tengok cara dia tunduk pandangan waktu jumpa kita hari tu, dia malu-malu nak bercakap dengan perempuan ish aku suka. "Ucap Amila sambil tersenyum manis mengingatkan memori 6 bulan lepas.
"Aik, lain macam kau ni. Nak log in ke? "Tanya Jannah bersahaja sambil tertawa.
"InsyaAllah, siapa tahu satu hari nanti kita boleh solat sama-sama kan? Doakan aku ye, Anna. "Balas Amila sambil tersenyum, wajahnya manis seperti biasa.
Jannah yang terkejut dengan jawapan dari Amila berdiam diri, dia niat hanya bergurau tak sangka Amila akan memberi jawapan yang begitu positif.
Jannah tidak menjawab malah dia melangkah mendekatkan diri dengan Amila sebelum memeluk tubuh kecil gadis itu erat.
"Aku sentiasa doakan kau dapat hidayah dari Allah, aku tak akan paksa kau tapi sekiranya kau dah bersedia kau bagitahu aku ye? Aku tolong mana yang aku mampu. "Ucap Jannah lembut sambil mengusap mesra belakang badan Amila.
Setiap kali dia solat, dia akan panjatkan doa buat sahabatnya minta Allah lembutkan hati untuk beriman kepada Allah dan masuk islam dengan ikhlas satu hari nanti.
Walaupun payah tetapi tiada yang mustahil jika Allah berkehendak.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita ( OG )
RomanceAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...