23- TK

51 3 0
                                    

HARI ini pagi-pagi lagi Ivan dah naik hantu tanpa sebab. Dia mengarahkan semua ahli pasukan nya untuk berkumpul di depan bilik bujang mereka dengan kadar segera.

Kelam kabut mereka dibuatnya, Danny yang baru sudah mandi selesai sahaja dia memakai pakaiannya dia terus berdiri di tempat yang Ivan arahkan. Aryan , Shah dan Kimi yang baru sahaja terbangun dari tidur pun terus berdiri di luar bilik bujang mereka seperti yang diarahkan.

Aryan yang tak sempat bersiap hanya mengenakan kain pelikat dan tshirt lengan pendek tetap berdiri teguh seperti yang diarahkan. Shah dan Kimi lebih teruk keadaannya, muka tak sempat dibasuh terus keluar setelah menerima arahan.

"Bau masam semua, eh kau Night apahal pakai kain pelikat pulak ni? Sky kau datang dengan muka belengas , tak mandi ke? Oi Star , dah tak rupa macam Star. Dah rupa macam Starfish je aku tengok, air liur meleleh kau ingat kau baby ke?! " Bentak lelaki itu pada mereka semua sambil bercekak pinggang.

"Maaf Tuan! Saya baru bangun, tak sempat nak mandi lagi tuan dah suruh berkumpul disini. "Balas Star jujur sambil mengelap mukanya dengan bantal busuknya yang dibawa sekali tanpa segan.

"Kau pergi simpan bantal frozen kau sekarang! Aku suruh berkumpul, bukannya nak pergi piknik siap bawa bantal bagai. "Ujar Ivan tegas, langsung tiada senyuman di wajah nya. Ahli yang lain sudah menahan tawa sehingga muka mula kemerahan malah Ivan masih tegas seperti tiada apa yang berlaku.

"Baik Tuan! "Ucap Star sepatah sebelum dia berlari masuk ke dalam bilik bujang mereka untuk meletakkan bantal di katilnya semula.

Ahmad Ezrishah atau lebih dikenali sebagai Star, 25 tahun , anak kelahiran Taiping, Perak. Oleh kerana minat , dia gagahkan diri untuk mengisi pemohon kemasukan TLDM beberapa tahun lepas dan mencabar diri untuk menempuhi cabaran selama lebih 3 bulan lagi untuk mengambil kursus asas komando Paskal. Walaupun keputusannya ditentang keluarga , tetapi dia tetap teguh pendirian sehingga ke hari ini.

"Hah kau ni Night, nak aku cabut kain pelikat kau ke? "Ujar Ivan tanpa simpati sambil matanya merenung tajam kearah lelaki itu atas bawah.

"Saya pergi tukar kejap tuan, sorry eh. "Ucap Night selamba sebelum dia juga turut berlari masuk semula kedalam bilik bujang mereka.

"Habis kau Sky? Biar je muka kau berlengas? Nak aku cuci kan ke? "Ujar Ivan lagi, kini giliran ahli termuda mereka pula dituju.

"Tuan nak cuci kan ke? Kalau tuan offer saya okay je. Saya pun ngantuk lagi ni tuan. "Balas lelaki itu tanpa segan sambil tertawa kecil.

"Sini aku cuci kan pakai berus jamban nak? Pegi cuci muka kau sekarang! "Bentak nya sekali lagi. Serta merta lelaki muda itu berlari masuk ke dalam tandas bilik bujang mereka.

Kini yang tinggal hanya lah Ivan dan Danny berdua sahaja. Danny hanya memandang lelaki itu tanpa berkata apa-apa.

"Kau kalau ye pun broken , apasal kitorang pulak yang kena? "Ujar Danny dalam nada tidak puas hati.

Gila ke apa Ivan ni, sekarang ni masih pukul 4 pagi tahu tak. Subuh pun belum apa yang nak dibuat nya pagi-pagi buta ni?

"Saja , kita kan ibarat adik-beradik jadi kalau aku sakit biar semua rasa sakit tu sama rata. Kan adil macam tu. "Ucap Ivan bersahaja.

"Adil kepala otak kau, ngantuk la setan. Kau ye la bukan manusia memang la tak rasa penat. Dah jogging 3 jam lepastu kau nak dera kitorang pulak. "Balas Danny sambil memberikan jelingan tajam. Sakit hati dibuatnya dengan perangai jantan sorang ni.

Melihatkan semua ahli sudah kembali ke tempat masing-masing, Ivan mula bersuara.

"Okay hari ni aku nak bagi ganjaran sikit semperna korang semua dah jadi tentera paling terbaik abad ni. "Ucap Ivan penuh bangga dengan suara yang lantang.

"Kita mula kan dengan larian 3.5km , push up 50 kali, guling 50 kali dan terakhir komando rest 30 minit. Lepastu korang boleh rehat seharian. Setuju? "Ujar nya lagi. Dengan riak yang angkuh dia mengarahkan anak-anak buahnya agar membuat senama pagi.

"Ni bukan ganjaran, ni bala. "Ucap Sky dalam nada suara yang perlahan, takut kalau Ivan akan mendengarinya.

Sky atau nama sebenarnya Endrin Hakimi, anak kelahiran Pulau Pinang berumur 24 tahun. Anak bongsu dari tiga adik beradik, memiliki senyuman yang manis sehingga mampu membuat semua orang yang memandang cair dalam sekelip mata.

"Tabah jela dapat ketua gila macam dia ni. "Ucap Star pasrah.

"Bro, kau yang kena reject tapi kitorang pulak disabit nya. Kitorang tak buat salah pun. "Ujar Aryan tidak puas hati. Kalau ye pun geram , tak kan lah diorang pula yang jadi tempat pelepas geramnya.

"Okay disebabkan Night tak setuju, jadi aku tambah. Komando rest sekarang!! "Bentak nya lantang.

Semua ahli sudah memandang Night tidak puas hati. Malah Night hanya melemparkan muka tanpa reaksi. Walaupun terpaksa, mereka semua tetap turuti arahan dari ketua mereka. Berbaris mereka berempat "pacak kepala" diatas tar, nasib lah masih awal pagi jadi cuaca agak sedikit sejuk. Kalau disuruh nya tengah hari, memang berkicap semua.

Ivan juga tidak lari dari "ganjaran" itu, dia juga turut melakulan pekara yang sama. Masing-masing berdiam diri menahan kesakitan dikepala. Setelah beberapa minit berlangsung , akhirnya Ivan berdiri seperti sedia kala.

"Dah bangun. "Ucap nya ringkas tanpa reaksi.

Mereka semua hanya menuruti arahan yang diberikan. Ivan merenung tajam muka masing-masing sebelum dia memulakan ucapannya.

"Terima kasih atas usaha korang semua beberapa hari lepas. Semua penumpang kapal persiaran tersebut selamat atas jasa kita. Tapi jangan lupa, kita ni hanya la hamba yang Allah hantar untuk tolong hamba-hamba nya yang lain. Jangan pula kita berasa angkuh bila kita berjaya selamatkan nyawa orang. Paham! "Ucap nya lantang sambil berdiri tegak.

"Paham tuan! "Ucap mereka serentak. Peraturan keras yang tentera terapkan sentiasa menjadi panduan hidup mereka. Berdisplin , selaras dan kemas.

"Kita tak perlu kan ucapan terima kasih dari sesiapa pun, kita buat semua ini kerana ini tugas kita. Selangkah masuk kedalam dunia ketenteraan tiada lagi jalan pulang untuk hidup seperti biasa walaupun selepas pencen nanti. Tentera dah sebati dengan kita. Apa pun yang kita lakukan, asalkan bekerjasama kita akan menjadi sentiasa yang terbaik. "Ucap Ivan penuh makna dengan menekankan perkataan 'sentiasa yang terbaik' seperti didalam slogan kata Paskal.

"Baik tuan! "Ucap mereka lagi.

"Tuan, lapar. "Ujar Sky tiba-tiba sambil memegang perutnya yang berbunyi.

"Nah, makan kaki aku ni. "Balas Ivan selamba.

Sky hanya berdiam diri menahan tawa nya dari meletus. Ahli yang lain juga begitu.

"Aku berlanja makan, tapi sebelum tu habiskan 3.5km dalam masa 10 saat dari sekarang. "Ujar Ivan lagi.

"10,8,6,2,1.. Mula! "Ucap lelaki itu tiba-tiba.

"Pelik betul cara kiraan jantan ni. "Ucap Night sebelum kakinya mula berlari meninggalkan yang lain.

Danny, Shah dan Kimi turut berlari mengikuti Aryan dari belakang. Mendengarkan bahawa Ivan akan berlanja makan semua nya laju melangkah ingin menghabiskan 3.5 km itu.

"Aku berlanja tapi Danny yang bayar. "Ucap Ivan perlahan sambil tertawa halus melihat gelagat mereka.

Takdir Kita ( OG ) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang