IVAN merebahkan diri dan bersandar di pintu bilik Jannah. Menghembus nafas berat sebelum dia mengeluarkan kata-kata yang disimpan.
"Auliya.. Saya minta maaf. "Ucap Ivan sebersalah.
Namun tiada balasan dari gadis itu. Keadaan masih sunyi di tingkat dua kediaman itu.
"Ibu awak ingat awak Nurjannah Auliya. Dia titipkan amanah supaya saya jaga awak dengan baik selepas dia pergi, dia sebut nama awak sebelum dia nazak. "Ucap nya lagi, jujur dia juga masih terkesan dengan kepergian wanita itu.
"Saya takmampu untuk sentiasa berada di sisi awak setiap saat, tapi terima lah rayuan saya. Saya merayu untuk awak jaga diri awak sendiri , jangan sakitkan diri sendiri walau sesedih mana pun awak. Saya minta maaf atas ucapan saya di kubur tadi, saya tahu saya melampau tapi itu saja cara agar awak tak lagi memendam perasaan sedih awak sendirian. Tak salah nak melepaskan tangisan bila kita sedih, kami semua sentiasa ada dengan awak Auliya. "Ucap Ivan panjang lebar. Dia juga turut menyeka air matanya yang jatuh berciciran.
"Betul ke ibu saya dah ingat saya ?" Ujar gadis itu, suaranya berada dekat dengan Ivan bermakna gadis itu juga mendiamkan diri di sebalik pintu biliknya.
"Iya, saya jumpa ibu awak dan dia minta saya untuk jaga awak dengan baik. Awak dewasa sebelum umur , dia risau kalau dia pergi awak akan hilang kawalan dan tiada orang yang nak kawal sikap awak macam yang dia buat dulu. Puan Ratna sayang kan awak lebih dari dia sayangkan diri dia sendiri Auliya. Dia bangga dengan pencapaian awak sekarang. "Balas Ivan lemah lembut.
"Terima kasih Ivan, terima kasih sebab imamkan solat jenazah untuk ibu saya. "Ucap gadis itu sambil tersekat-sekat akibat menangis.
"Sama-sama kasih dokter cantik. Kalau awak dah puas menangis, keluar la makan ya. Awak dari pagi tak makan, umi kita risau. "Ujar Ivan bersahaja.
"Iyaa.. "Balas Jannah ringkas.
Keadaan kembali sunyi, hanya bunyi tangisan dari gadis itu yang tersisa.
Ivan masih setia menunggu di hadapan bilik Jannah sambil dia membacakan ayat-ayat al-quran secara perlahan.
Tangisan Jannah semakin reda apabila suara Ivan terdengar di telinganya. Alunan merdu ayat-ayat suci al-quran membuatkan gadis itu semakin tenang. Jannah meletakkan telinga nya di pintu untuk mendengar bacaan ayat-ayat suci al-quran dari Ivan diluar.
Sedar tidak lansung gadis itu mengukir senyuman manis apabila dia mendengar suara merdu lelaki itu diluar. Jujur keajaiban ayat-ayat suci al-quran tiada tandingannya.
" Sadaqallahul azim.. "Ucapan akhir dari Ivan apabila dia menyelesaikan bacaan nya membuatkan Jannah kembali tersedar.
Jannah membuka pintu biliknya perlahan dan secara tidak lansung matanya dan mata Ivan bertembung. Masing-masing hanya memandang tanpa berkata apa-apa.
Jannah hanya menguntum senyuman sebelum dia beredar turun ke tingkat bawah kediaman dan Ivan hanya mengikutinya dari belakang tanpa berkutik.
Melihat sahaja kelibat Jannah turun ke dapur , Puan Adibah terus mendekati gadis dan memeluknya erat.
"Syukur , mari makan ya nak. Ni umi dah siapkan nasi untuk Auliya, makan yaa. "Ucap wanita itu sambil tersenyum manis. Tetapi dari sudut pandanganya ,terserlah kesedihan yang dipendam apabila dia melihat sosok gadis itu.
"Terima kasih cikgu sebab banyak tolong saya, saya minta maaf susahkan cikgu dan keluarga cikgu. "Ucap Jannah sambil menahan tangisan , cukupla dia sudah menangis seharian harini.
"Kamu tak susahkan umi pun nak.. Auliya anak umi. "Ujar wanita itu.
Ucapan Puan Adibah berjaya memecahkan tangisan gadis itu. Air mata sudah membasahi pipi , tudung yang basah akibat menangis tadi pun masih tidak kering ini pulak ditambah lagi.
Jannah memeluk tubuh wanita itu kemas, tangisannya dilepaskan setelah sekian lama memendam. Puan Adibah juga turut melepaskan tangisan yang dipendam.
Kesakitan kehilangan sahabat bercampur dengan kesedihan kehilangan ibu membuatkan mereka terbawa-bawa emosi.
Danny, Ivan , Encik Zaidi , Amila dan saudara mara yang lain hanya melihat anak gadis itu menangis dan meraung akibat kebilangan ibundanya. Beberapa orang makcik sebelah ibu Jannah turut bermalam di rumah itu bagi menemani Jannah.
"Diba.. Auliyaa.. Cukup la nak, tak baik tangiskan orang yang dah tiada secara berlebihan. Kamu dah guna banyak sangat tenaga hari ni, kamu makan lepastu pergi rehat kan diri ya Auliya.. "Kini giliran Encik Zaidi pula menhenti mereka dari terus terbawa emosi.
"Iya, Auliya kamu makan lepastu pergi rehat ya.. "Ucap Puan Adibah samhil menyeka airmata nya. Cuba menguatkan diri di hadapan gadis itu.
Jannah hanya menganggukkan kepala sambil dia menganbil tempat duduk di meja makan. Menyeka air matanya sendiri sambil berusaha untuk kembali tersenyum di hadapan mereka semua.
Amila yang bera di sampingnya hanya mengelus lembut kepala Jannah sambil tersenyum memberi semangat.
Jannah turut tersenyum, cantik apabila melihat Amila berpakaian sopan seperti sekarang. Amila mengenakan jubah labuh bewarna biru kehitaman dan mengenakan shawl bewarna hitam yang diselempang kan belakang, manis sungguh gadis kelahiran Sarawak ini.
"Cantik kau pakai macam ni. "Ucap Jannah kearah Amila sambil tersenyum manis.
"Anna, aku nak masuk islam. "Ujar Amila bersahaja.
Serta merta semua orang terkejut mendengar ucapan gadis itu, secara spontan. Jannah yang berada disebelahnya turut menekup mulutnya kerana terkejut.
"Betul ke ni Amila? "Tanya Jannah untuk kepastian.
"Yaa, keajaiban Allah hidup kan ibu kau semula haritu memberi impak besar pada aku. Aku mula percaya Allah tu sentiasa ada dengan hambanya, kau adalah bukti kesabaran dan redho yang islam terapkan. Kau hilang ayah dan ibu tapi kau masih kuat untuk senyum, kau masih solat sebab kau bersyukur dengan segala anugerah yang Allah beri. Aku nak jadi macam kau. "Ujar Amila sambil tersenyum kearah Jannah.
"Ya Allah syukurr , alhamdulilah Amila. "Balas Jannah sebelum dirinya secara tidak lansung memeluk tubuh gadis itu mesra sambil tersenyum kerana teruja.
Syukur alhamdulilah , Allah tarik ibunya tetapi Allah hadirkan sahabat nya hidayah untuk masuk islam setelah sekian lama dia berdoa.
"Tak sabar nak solat sama-sama nanti. "Ucap Amila sambil tertawa kecil.
"Alhamdulilah , syukur.. "Ucap Puan Adibah sebelum dirinya juga turut memeluk kedua gadis itu.
Para lelaki hanya memandang sambil tersenyum bahagia. Sekurang-kurangnya kesedihan Jannah digantikan dengan khabar baik yang lain. Alhamdulilah, terima kasih ya Allah.
Setelah beberapa minit para wanita itu berdrama akhirnya mereka mula menjamu selera. Jannah hanya menjamah sedikit nasi yang disediakan Puan Adibah. Walaupun tiada selera tetapi gadis itu tetap memaksa dirinya untuk makan agar dapat menguatkan diri di kedepannya.
Dia berharap agar semua ini akan berlalu dengan segera, cukupla dirinya sudah tidak mampu menganggung kesedihan yang bakal melanda. Hati berharap agar pelangi akan segera muncul didalam kehidupannya di masa akan datang.
°°°
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا * إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Maka sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya besama kesulitan itu ada kemudahan.” (Al-Insyirah: 5-6)
YOU ARE READING
Takdir Kita ( OG )
RomanceAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...