36-TK

12 2 0
                                    

"JANGAN tinggal kan saya Ivan.. Ivan,Ivan.. "

Ucap gadis itu sambil air matanya mengalir membasahi pipi. Disaat mata masih terpejam, mulutnya setia memanggil nama lelaki itu dalam tangisan.

"Ivan..Ivan! "Ujar nya dan serta merta matanya tercelik.

Dia tersedar, bahawa dia berada didalam biliknya. Dia melihat keadaan sekeliling sambil mencari sosok seseorang.

"Mana Ivan? Ivan?! "Panggil nya sedikit jerit. Kakinya laju melangkah keluar dari bilik untuk mencari lelaki itu.

Air mata nya masih setia mengalir, sambil bibir nya masih tidak lepas dari memanggil nama lelaki itu.

"Ivan, mana awak? "Ucap nya lagi. Kaki nya melangkah keluar dari rumah, ralit mencari tahu-tahu dia sudah berpijak pada tanah tanpa memakai kasut.

Pedih yang terasa dikaki tidak diendah kan, selagi dia tak jumpa lelaki itu, dia tidak akan tenang.

"Ivan!! "Jerit nya lagi, kini lebih kuat dan jelas. Tangisan nya makin laju apabila melihatkan tiada balasan dari panggilannya.

"Ivan..Jangan tinggal kan saya,"

"Saya janji saya akan jadi isteri yang baik untuk awak, tolong jangan tinggal kan saya. "Ujar gadis itu sambil melutut di tanah dengan tangisannya yang semakin melaju.

"Sayang.. Kenapa tak pakai kasut ni? Mana tudung awak sayang? Kenapa menangis ni? "Ujar seseorang.

Serta merta Jannah melihat kearah empunya suara. Dia terkedu, tangisannya semakin melaju. Perlahan-lahan dia menarik lengan lelaki itu tanpa segan. Dirinya seperti kehilangan arah tuju.

"Kenapa awak nangis ni Auliya? Awak mimpi bukan-bukan ye? "Ucap lelaki itu lagi sambil meletakkan sehelai kain batik bagi menutupi rambut gadis itu yang terdedah.

Punyala takut, sampai tak sedar bahawa dirinya keluar dari bilik tanpa menutupi kepalanya.

"Saya takut..Awak tinggal kan saya. "Ujar gadis itu perlahan sambil menangis teresak-esak.

"Ya Allah sayang.. Saya tak akan tinggal kan awak, percaya lah. Dah-dah tak mau menangis macam ni. Pakai selipar saya ni, pergi masuk basuh kaki, basuh muka sekali. Pakai tudung elok-elok, anak-anak buah saya datang. "Balas Ivan lemah lembut, memujuk agar gadis itu tenang.

"Tak nak.. Nanti awak tinggal kan saya, saya panggil awak banyak kali tadi tapi awak tak menyahut pun. "Ujar gadis itu lagi sambil menggelengkan kepala.

"No sayang, saya tak dengar.. Saya minta maaf ye. Saya janji lepas ni saya tak buat lagi. Saya minta maaf okay? Now, pergi masuk. Luka kaki ni kalau terkena benda tajam nanti. "Ucap lelaki itu sambil menunjukkan jari kearah kaki Jannah yang tidak bersarungkan kasut atau selipar.

Jannah hanya mengangguk sambil mengesat air matanya. Seperti yang diarahkan, dia berlalu pergi dan masuk kedalam rumah untuk membersihkan diri.

Ivan menoleh kebelakang dan seperti yang dia sedia maklum, pasti anak-anak buah nya sedang melihat perbuatan nya dengan Jannah sebentar tadi. Iya benar, pekara itu memang berlaku.

Masing-masing mengukirkan senyuman nakal mahu mengusik ketua mereka. Sky dan Star sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk sambil mengunyah buah rambutan yang di kait mereka sebentar tadi.

Takdir Kita ( OG ) Where stories live. Discover now