"SIAPA ni Qhal? "Tanya perempuan itu hairan.
"Saya isteri dia. Kenapa, ada masalah ? "Ujar Jannah kembali dengan yakin.
Ivan sudah terkedu disisinya , tak disangka-sangka sisi cemburu Jannah bakal sebahaya ini.
"Isteri ? Ewah kau, tak jemput pun kawin. "Balas perempuan itu mesra sambil tertawa.
Serta merta Jannah hairan.
"Aik bukan dia ni skandal Ivan ke? Kenapa gelak pulak ni ish. Tarik tudung kang. "Omel hatinya sendiri.
"Sayang.. Kenal kan, ni Huda isteri kawan abang Kamal. Kamal on the way, kitorang tak rancang pun nak lepak tahu-tahu terserempak dekat sini. "Ucap Ivan sambil tersenyum mengusik kearah Jannah.
Jannah yang mukanya sudah memerah akibat menahan malu, mula menarik tangannya dari lengan Ivan perlahan.
Ivan hanya tersenyum dan tertawa kecil melihat gelagat Jannah. Pandai cemburu rupanya.
"Huda sorry la , isteri aku tak sihat pula. Tak jadi la lepak eh , nanti lain kali kita lepak lagi. "Ucap Ivan tiba-tiba setelah melihat Jannah yang sudah tak senang duduk.
"Oh tak apa la , kau pergi balik kang melarat pula isteri kau tu. Pergi balik rest. Nanti aku cakap dekat Kamal. "Balas Huda mesra.
Ivan hanya mengangguk. Serta merta dengan itu Jannah bersalaman dengan Huda dan mereka sama-sama berjalan ke arah kereta masing-masing. Setelah berbincang mahu kemana akhirnya mereka memutuskan untuk ke Sungai Melaka.
••••
Suasana malam yang meriah, ditemani cendol dengan permandangan Sungai Melaka yang indah mengisi malam mereka.
"Ada apa awak cari saya sampai kemalam ni? "Ujar Ivan bersahaja.
"Awak tu, tak reti balik ke ? Keluar dari pagi malam tak balik lagi. "Balas Jannah tak mahu kalah.
"Okay salah saya. So now, apa awak nak? "Tanya Ivan ringkas, malas mahu memanjangkan cerita bukannya dia boleh menang pun.
"Saya nak..Kita kawin. "Ucap Jannah tiba-tiba.
Serta merta Ivan yang sedang meneguk air tersedak. Nasib baik tidak disemburnya ke muka gadis itu.
"Uhuk.. Awak ni kenapa, tiba-tiba ajak saya kawin. "Balas Ivan hairan. Pelik-pelik aja lah perangai perempuan ni.
"Betul la, saya tak bergurau. Awak tak payah la kawin dengan orang lain, kawin je dengan saya. "Ucap Jannah bersungguhan.
"Apa saya dapat kalau saya ikut cakap awak? "Ujar Ivan pula, sengaja mahu menguji kesungguhan Jannah.
"Kita check in hotel malam ni. "Ucap Jannah selamba.
"Awak ni kenapa Auliya, lain macam je malam ni. "Balas Ivan hairan, mukanya jelas terkejut dengan balasan dari Jannah.
"Ye betul la, jom check in. "Ucap nya lagi tanpa reaksi. Nampaknya sangat serius ucapan gadis itu kali ini.
"Okay boleh, jom. "Balas Ivan selamba, sengaja mahu mengikuti permainan gadis itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita ( OG )
RomansaAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...