TIGA hari berlalu begitu pantas , Jannah dan Amila akan kembali bekerja pada keesokkan harinya. Keluarga Ivan juga akan turut pulang ke Melaka pada esok hari.
Kediaman yang dulunya meriah dengan bebelan dari sang ibu kini mula suram dan sunyi. Hilangnya ibu maka hilang lah separuh kebahagiaan di dunia. Jannah mendekati satu pokok bunga didalam pasu bewarna merah jambu, bunga kesukaan ibunya.
Jari jemarinya mengelus lembut pasu itu sambil tersenyum hambar, merindukan ibundanya yang sudah kembali ke negeri abadi. Sedih,kecewa,hancur dirinya apabila dia hanya mampu melihat tanpa berbuat apa-apa ketika ibu nya menghembuskan nafas terakhir.
Pelajaran perubatan dan pembedahan selama 7 tahun yang dia usahakan pun tak mampu menyelamatkan nyawa ibunya. Segala ilmu yang dia terapkan didalam kepalanya takmampu dia ubatkan ibunya. Allahuakhbar, sungguh hebat ujian Allah kepadanya. Punca dan penguat semangat nya sudah tiada lagi.
"Auliya.. "
"Kita keluar jalan-jalan nak? "Ujar Ivan setelah lama dia berdiam diri memerhatikan gadis itu melayan perasaan.
"Saya tak ada mood la Ivan, awak pergi la ya. Saya minta maaf. "Balas Jannah suram. Pandanganya kelihatan amatlah kosong, pandangan tawar hati pada keadaan sekeliling.
"Saya tahu tapi awak kena juga ambil angin luar, pulih kan semangat awak semula sebelum kembali bekerja besok. Jom ikut saya jalan-jalan ya? "Pujuk lelaki itu lagi.
"Saya pergi bersiap kejap. "Balas Jannah sambil menguntum senyuman sebelum berlalu pergi mahu bersiap.
Ivan hanya mengangguk dan melabuhkan punggung di sofa rumah gadis itu. Puan Adibah sedang asyik memasak di dapur dengan Amila. Selain Amila, Danny juga turut dipaksa untuk bersama-sama menyediakan santapan buat mereka.
Alhamdulilah Amila sudah sah bergelar mualaf dua hari lepas. Apa yang lebih membahagiakan hati gadis itu ialah solat subuh pertamanya setelah masuk islam di pimpin oleh kekasih hati. Wajahnya tak lepas dari senyuman sepanjang mereka solat, entah kusyuk entah tidak. Mendengarkan bacaan merdu ayat suci al-quran yang keluar dari bibir Danny membuatkan dirinya bersemangat seharian sehingga Jannah pun tak larat nak melayan.
Sedang asyik menunggu Jannah bersiap, Ivan mengambil peluang untuk menangkap gambar foto-foto sewaktu Jannah masih kecil yang di hiaskan di atas rak. Wajah anak kecil yang menguntum senyuman manis , mata yang sepet, terlihat amat bahagia tetapi alangkah sedihnya apabila kebahagian itu semuanya tidak berkekalan.
"Ivan, saya dah siap." Ujar gadis itu sebaik sahaja dia tiba di tingkat bawah.
Jannah melihat wajah Ivan yang kusyuk melihat foto-foto sewaktu dirinya masih kecil membuatkan dia sedikit sebanyak berasa malu.
"Dah la Ivan, jom la. Tak payah la tengok lama- lama. "Ujar gadis itu lagi apabila Ivan tidak berganjak dari melihat foto-foto sewaktu dirinya masih kecil.
"Iya iya , kita bagitahu umi dulu ya. "Balas nya sambil tertawa kecil melihat gelagat Jannah kerana malu.
Jannah hanya mengikuti langkah Ivan untuk berlalu pergi kearah dapur, mahu berjumpa uminya terlebih dahulu.
"Umi, Qhal keluar kejap ya dengan Auliya. "Ujar nya mesra sambil tersenyum.
"Iya , hati-hati ya nak. Jaga Auliya baik-baik. "Pesan uminya sambil tersenyum manis kearah Jannah.
"Bahagia eh kau dapat lari, aku pulak yang tersekat dekat sini. "Ujar Danny sambil memandang kearah Ivan tidak puas hati.
Walaupun mulut kata tak rela tetapi tangannya masih setia memotong segala jenis sayuran seperti yang disuruh.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita ( OG )
RomansaAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...