SESUDAH mereka membeli-belah dan berjalan-jalan, mereka pulang ke rumah. Puan Adibah dan Jannah bersemangat benar nak memasak. Mahu meluang kan masa berdua katanya.
"Umi nak masak apa sayur ni? "Ujar Jannah pada Puan Adibah sebaik sahaja dia melibat sayur kangkung yang sudah dibasuh didalam besin bertapis.
"Nak buat kangkung belacan, lama umi tak makan. "Balas wanita itu mesra.
"Oh.. Okay-okay. "Ucap Jannah sambil mengangguk faham.
Sedang elok mereka bergelak tawa di dapur tiba-tiba nama Jannah diseru.
"Auliyaa.. Anak nangis ni, lapar susu kut. "Ujar Ivan cemas.
"Saya dah bagi susu tadi, baru je. Takkan lapar dah kut? "Balas Jannah hairan.
Puan Adibah memberi isyarat agar Jannah pergi melihat keadaan anak kecilnya dahulu. Jannah hanya mengangguk dan berlalu pergi ke bilik Ivan tanpa membantah.
Setibanya dia dihadapan pintu dia mengetuk terlebih dahulu. Risau kalau kejadian sebelum ini berulang, malu gila.
"Ivan..Saya ni Jannah. "Ucap Jannah sambil mengetuk pintu bilik lelaki itu.
"Masuk la sayang... Pintu tak kunci. "Balas Ivan mesra.
Jannah sempat mengukir senyuman sebelum kakinya melangkah masuk ke bilik lelaki itu. Sebaik sahaja dia melangkah masuk dia terlihat Ivan yang sedang mendukung Zaryan yang sedang menangis tanpa henti. Pintu bilik dia biarkan terbuka, tak mahu umi dan abah mereka salah faham.
"Kenapa ni? Tiba-tiba meragam pula.. "Tanya Jannah hairan sambil menghulurkan tangan mahu mengambil Zaryan dari lelaki itu.
"Tak tahu.. Tapi badan Ayan panas ni, demam kut. Cuba awak check. "Balas Ivan cemas sambil memberikan Zaryan kepada gadis itu.
Sebaik sahaja Jannah memeluk erat anak kecil itu, dia terkejut.
"Ya Allah panas nya.. Ayan demam ni. "Ucap Jannah serta merta sambil meraba-raba leher anak kecil itu mahu merasakan suhu nya.
"Saya tinggal sekejap aja, saya tukar baju tadi. Tiba-tiba Ayan meragam, saya minta maaf.. "Ucap Ivan cemas dan sebersalah.
"Tak apa la, bukan salah awak. Tak apa la saya bawa turun bawah, mandi kan sekejap. Bagi hilang sikit panas tu. "Balas Jannah tenang sambil tersenyum.
Sudah kebiasaan baginya melihatkan anak kecil yang tiba-tiba demam tanpa apa-apa gejala. Sudah terlalu banyak kes yang dia dapati seperti ini di hospital bahagian kecemasan. Biasanya kalau tak kerana jangkitan kuman paru-paru mungkin juga kerana perubahan cuaca.
"Saya..Saya minta maaf. "Ucap Ivan sebersalah. Jujur, dia tak tahu apa yang hendak dilakukannya saat ini.
"Tak apa Ivan.. Bukannya awak minta pun, baby kan biasalah kalau sakit. Lagi pun sistem imun baby ni lemah, jadi senang terkena jangkitan. Jangan risau la , saya bagi mandi kejap lepastu saya bagi ubat. Nanti okay la ni.. "Balas Jannah mesra sambil tertawa kecil. Lucu pula bila dilihatkan Ivan cemas begini.
Tanpa membalas , Ivan hanya mengangguk dan bersetuju dengan ucapannya.
Sejurus itu, Jannah terus keluar dan membawa Zaryan ke bilik mandi di tingkat satu. Selepas beberapa minit , mereka selesai.
"Umi.. Ada ubat demam air tak? Yang sirap tu. "Tanya Jannah kepada Puan Adibah.
"Tak ada la pulak, sebab umi dan abah makan ubat panadol aje kalau tak sihat. "Balas Puan Adibah sambil memikirkan pekara itu.
Jannah hanya mengangguk tanda faham. Dia juga sedang memikirkan apa yang harus dilakukan.
"Saya keluar pegi farmasi. Nak beli ubat apa? "Tanya Ivan tergesa-gesa sambil mencari kunci keretanya.
"Minta dekat ahli farmasi tu, nak ubat demam budak bawah tiga tahun. Nanti dia bagi. "Balas Jannah sambil menyarungkan pakaian pada Zaryan sesudah bayi itu dimandikan.
"Okay, saya pergi beli kejap. Umi abah, Qhal keluar kejap ye. "Ucap Ivan sopan sebelum dia melangkah keluar dari pekarangan rumah.
Manakala Jannah menyambung kembali tugasnya menyiapkan Zaryan. Bak kata uminya, Qiesya sewaktu bayi pun sangat sensetif dan selalu sakit akibat sistem imun yang rendah. Oleh kerana itu, tak la Jannah risau sangat dengan keadaan anak kecilnya.
Selesai Jannah memakaikan Zaryan pakaian, anak kecil itu diberikan kepada tok babah nya. Jannah sebaliknya pergi menyiapkan susu suam buat anak kecil itu.
Tak sampai beberapa minit, tahu-tahu Ivan sudah kembali dari farmasi. Dia melangkah masuk dengan tergesa-gesa membawa plastik ubat dari farmasi.
"Auliya, ni kan ubat nya? "Tanya lelaki itu.
"Iya.. Eh banyak nya, awak beli apa? "Ujar Jannah semula.
Jannah mendekati lelaki itu untuk melihat isi dalam plastik yang baru dibelinya.
"Ya Allah Ivan, banyak nya. Buat apa beli semua sayang oi. "Ucap Jannah spontan setelah melihat lima botol ubat demam budak, coolfever bayi tiga paket dan ubat panadol empat papan didalam plastik itu.
"Kalau Ayan tak nak makan ubat air boleh makan panadol kan? "Balas lelaki itu tanpa segan.
"Otak ang, Ayan nak telan lagumana ? Ish dia ni. "Ucap Jannah hairan, geram betul la perangai dia ni.
Jannah dan Puan Adibah mengelengkan kepala melihat kelaku Ivan. Haih la budak sorang ni.
Jannah mengambil Zaryan dari tok babah nya untuk diberikan ubat. Panas nya semakin berkurang setelah mandi, tangisannya juga semakin reda, cuma meragam nya saja yang masih tidak lega. Biasalah budak kalau sakit, meragam nya tak lalu nak dilayan.
"Kita makan ubat okay sayang mama.. Alololo kesiannya dia demam ye, kita makan ubat okay? "Ucap Jannah mesra sambil memujuk Zaryan untuk membuka mulut.
Nasib la Zaryan ni sejenis budak yang tidak takut pada ubat, jadi senang la kerja mahu menyuapkan ubat pada anak kecil itu. Tak ada la sampai nak berperang seperti ibu-ibu yang lain.
Sedang elok Jannah menepuk-nepuk anak kecilnya dia terdengar satu suara yang aneh . Apabila dipandang, rupa-rupanya Ivan.
"Yang sakit nya Ayan, kamu yang menangis ni kenapa Qhal ?" Tanya Encik Zaidi sambil tertawa kecil, begitu juga dengan Puan Adibah yang sudah turut tertawa melihatkan ragam Ivan.
"Kenapa awak nangis ni Ivan? "Ujar Jannah sambil menahan tawa melihatkan air mata lelaki itu yang sudah membasahi pipi nya.
"Saya takut.. "Balas nya perlahan sambil merenung kearah Zaryan yang sedang tersenyum kepada baba nya. Tahu-tahu sahaja dia, baba nya menangis kerana dia.
"Ya Allah Ivan.. Anak awak ni demam je, tak teruk pun ish. Kata paskal, tak kan anak demam pun dah menangis? "Ucap Jannah sambil tertawa. Pada akhirnya dia sudah takdapat menahan tawa.
Ivan hanya mencebik tanpa menjawab. Di pegang nya erat jari-jemari Zaryan. Takut sangat kalau terjadi apa-apa pada anak kecilnya itu.
"Jangan over la Ivan.. Buat malu je. "Ucap Jannah lagi, kini seluruh ahli keluarga tertawa lepas melihatkan Ivan yang menangis macam hilang anak.
Nampak sahaja keras diluar, padahal hatinya selembut tisu dibelah enam.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita ( OG )
RomanceAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...