9:30 Pagi , Rabu
Matahari sudah naik menerangi pagi di bumi Malaysia, bunyi suara manusia dan bau ubat-ubatan menandakan ruangan hospital kembali sibuk seperti sedia kala.
"Assalamualaikum Jannah. "Tegur dokter Leo ringkas.
"Waalaikumussalam dokter Leo, amboi ceria muka pagi-pagi ya dokter. "Balas Jannah sambil tersenyum mesra.
"Ada-ada aja awak Jannah, ni makanan yang saya janji kan. Favourite awak, nasi lemak lauk ayam berempah sambal lebih. "Ucap lelaki itu sambil menyerahkan satu paperbag berisi bekas makanan.
"Widih dokter Leo memang mantap! Terima kasih dokter, jimat duit saya untuk beli lunch hari ni. "Balas Jannah ceria.
Siapa ja tak ceria kalau dapat makanan kesukaan kita awal pagi kan.
"Iya la Jannah, saya pergi dulu. Jangan lupa makan. "Ucap Leo sebelum beredar.
Jannah hanya membalas dengan senyuman dan beredar ke arah ruang kecemasan untuk kembali bekerja.
•••
"Umi tunggu sini ya, Qhal pergi daftar kejap. "Ucap lelaki itu sebelum meninggalkan ibundanya sendirian di kerusi menunggu.
"Iya la. "Balas Puan Adibah ringkas.
Sedang melihat keadaan sekitar pandangan Puan Adibah tiba-tiba melekat kearah seorang gadis yang dikenalinya.
"Ya Allah, Auliya ke tu? "Detik hati wanita itu.
Kaki nya melangkah laju kearah gadis itu tetapi langkah nya tidak dapat maju kerana dihalang oleh anak lelakinya.
"Umi, nak pergi mana? Sesat nanti umi, ni bukan tempat kita. "Tegur anak lelaki nya sambil memegang lengan ibundanya lemah lembut.
"Qhal, umi nampak student umi. Dah lama umi cari dia tapi tak jumpa. "Jawab wanita itu samhil matanya masih liar mencari kelibat gadis itu yang semakin menghilang.
"Student umi? Umi silap orang kut, tak apa la umi mari kita duduk nanti tak ada tempat duduk umi lenguh nak berdiri. "Balas anak lelaki nya.
Dia akhirnya bersetuju untuk kembali duduk di kerusi apabila kelibat anak gadis itu semakin menghilang, dia menganggap diri nya tersalah melihat orang.
"Umi, student yang umi tercari-cari tu siapa? "Tanya Qhalish Ivan bagi memecahkan kesunyian.
"Auliya namanya, umi ajar dia subjek biologi waktu dia tingkatan 5. Tak silap umi, dia muda 2 tahun dari Qhal. "Balas wanita itu suram.
"Umi nampak sayang betul dengan dia, kenapa umi? "Tanya nya lagi.
"Dia pelajar cemerlang umi, dia baik tapi sayang dia perlu dewasa sebelum waktunya. Ayah dia kawan abah sama-sama bekerja satu kem dulu. Ayah dia meninggal sebab kegagalan payung terjun waktu mereka tengah buat latihan penerjunan. Pada hari yang sama Auliya ambil keputusan SPM, sebak bila umi yang kena beritahu dia ayah dia meninggal di tempat kejadian sebab dia nampak ceria nak tunjukkan keputusan cemerlang dia pada ayah dia tetapi Allah tu lagi berkehendak ayah dia tak sempat nak tengok keputusan SPM dia. Umi ingat lagi, dia tahan air mata dia setitik pun tak keluar waktu dia tahu berita tu tapi sebaik sahaja dia sampai di hospital dia meraung bila tengok jasad ayah dia tak lagi bernyawa. "Ucap Puan Adibah yang turut sebak menceritakan kejaddian pahit itu.
"Untung nya Qhal masih memiliki umi abah yang boleh raikan kejayaan Qhal kan umi. Tak apa la umi, kita doakan semoga dia terus kuat menghadapi segala ujian Allah di masa akan datang, aamiin. "Balas Ivan sambil memujuk uminya yang semakin terbawa-bawa emosi.
"InsyaAllah, aamin. "Balas Puan Adibah ringkas sambil menahan air matanya.
•••
"Umi Qhal dah settle, Qhal nak jumpa kawan kejap umi duduk dalam kereta dulu boleh? "Ucap lelaki itu."Kawan lelaki atau perempuan? Amboi pandai dah anak umi ni.. "Balas wanita separuh umur itu, saja mengusik anak jantannya.
Ivan tidak menjawab malah hanya memilih untuk tersenyum manis sebelum beredar.
Ivan berlari anak memasuki ruangan kecemasan mencari kelibat gadis yang dirinduinya.
"Dia shif pagi ka shit malam eh? Moga-moga dia shift pagi. "Detik hati Ivan, beraharap agar dapat berjumpa dengan gadis itu sebelum dia pulang ke lumut.
Sedang matanya meliar mencari kelibat gadis itu tiba satu ambulance dan terlihat sosok gadis yang dicarinya keluar dari ruangan zon merah menuju kearah ambulance itu.
Terlihat dokter Auliya yang sedang sibuk menangangi pesakit yang baru tiba dia memilih untuk diam dan tidak mengganggu.
"Kemalangan jalan raya, kereta pesakit masuk gaung katanya sebab ngantuk kami dah periksa bahu kanan patah dan pendarahan yang serius pada kepala. "Ucap petugas kesihatan itu sebaik sahaja mereka mengeluarkan pesakit lelaki itu dari ambulance.
"Baik, cuci luka dan ambil x-ray bahu kanan pesakit. Cepat, kita kena hentikan pendarahan dahulu. "Balas Auliya tegas, sambil menolak katil pesakit itu masuk kebahagian red zone.
"Nampaknya tak ada rezeki la kita nak jumpa dokter cantik, semoga Allah sentiasa melindungi setiap langkah mu. "Detik hati Ivan.
"Maaf ganggu, tolong sampaikan kertas ni pada dokter Jannah, dokter yang tadi. "Ucap ivan sebelum beri sehelai kertas pada petugas keselamatan di red zone tersebut.
"Baik encik, nanti saya sampaikan. "Ucap petugas keselamatan itu.
"Baik, terima kasih dan selamat bertugas bro. "Balas Ivan sebelum beredar meinggalkan pekarangan hospital itu.
•••
'Semoga kita berjumpa lagi di masa dan tempat yang lebih baik pada masa akan datang. Selamat bertugas dokter cantik, maaf terpaksa tinggalkan awak tanpa sebarang kata-kata, semoga sentiasa dalam jagaan Allah. Assalamualaikum. '
014-752-***-Ivan
Itulah isi surat yang diberikan Ivan pada Auliya.
"Weh sweet nya abang Ivan kau ni Jannah, siap tinggalkan surat cinta amboi. "Ucap Amila sambil tersenyum manis melihat isi surat itu.
"Petugas keselamatan bagi aku surat tu tadi waktu aku keluar beli air, dia kata lelaki itu datang waktu aku tengah sibuk dengan patient yang accident tadi. "Ucap Jannah, jelas kecewa.
"Kau sedih apa lagi Jannah, text la dia kan dia dah bagi number tuu. "Cadang Amila.
"Malu la, takkan aku yang nak buat first move? Ish maluu. "Balas Jannah sambil menggeleng kan kepalanya.
"Haritu bukan main meroyan waktu dia tinggalkan kau , ni dia dah cari balik kau jual mahal. Sebelum aku lempang muka kau sampai lebam, baik kau pergi text dia. "Ucap Amila sambil mengunyah keropok duriannya.
"Iya aku text, tapi masalah nya sekarang ni yang kau makan keropok durian dalam bilik aku sampai habis bau durian satu bilik ni kenapa? Kau ni nak kene ke ?"Balas Jannah, habis bau durian satu biliknya.
Amila tidak menjawab, hanya tersenyum membuat muka seposen.
Jannah memberani kan diri menghuhungi Ivan melalui nombor yang diberikan oleh lelaki itu.
"Assalamualaikum. "Ucap Jannah sopan sebaik sahaja panggilan itu berhubung.
"Waalaikumussalam, siapa ni?" Tanya seorang wanita.
Jannah mula panik, adakah dia mengganggu mereka atau sebenarnya Ivan adalah suami orang ?
"Saya Jannah, ini nombor telefon Ivan kan?" Ujar Jannah menanyakan untuk kepastian.
"Oh maaf, tapi ini bukan Ivan ni uminya. "Balas wanita separuh umur itu.
Terdiam kerana panik dan dia mahu menjerit kerana malu sekarang ni.
"Ivan memang nak kena ni! Ish. "Omel hati nya sendiri.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita ( OG )
Roman d'amourAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...