"Ibuu.. Bangun ibu.. "Ucap Jannah, berharap agar ibundanya membalas panggilannya tetapi apakah daya, tiada balasan yang dia perolehi.
Tangan gadis itu masih setia menepuk tubuh ibunya untuk membangunkan ibundanya. Harapan dihati masih berharap agar ibundanya hidup kembali. Hidupnya bakal gelap gelita jika syurganya juga pergi menyusuli ayahandanya.
"Ibu, kakak minta maaf ibu.. "Rayuan Jannah semakin keras, memaksa ibundanya untuk sedar kembali.
Amila dan staf perubatan yang lain hanya berdiam diri melihat keadaan Jannah yang sudah tak keruan itu.
Jannah menangis sepuasnya sambil memeluk tubuh badan wanita itu. Alangkah terkejut nya mereka apabila graf di mesin naik sedikit demi sedikit, menunjukkan bahawa nadi wanita itu kembali. Dengupan jantung yang terhenti kambali berdetak perlahan, pekara itu mengejutkan semua orang yang berhampiran.
"Alhamdulilah, syukur ya Allah. "Ucap Jannah perlahan.
Hanya itu yang mampu dia katakan saat itu, mata ibundanya masih tertutup rapat tetapi dia bersyukur apabila detak jantung wanita itu kembali.
"Alhamdulilah Anna. "Ucap Amila yang turut memeluk tubuh Jannah dari belakang.
Amila cuba menenang kan keadaan gadis itu, mata nya sudah membengkak akibat menangis terlalu lama.
Dokter Ikhmal hanya mampu menepuk tubuh Jannah perlahan, memberi isyarat untuk memeriksa keadaan ibu Nurjannah Auliya.
"Anna.. "Panggil Amila, sambil manarik perlahan tubuh gadis itu kebelakang untuk memberi ruang pada staf perubatan yang lain untuk memeriksa.
"Syukur ya Allah, alhamdulilah. "Ucapan Jannah menambahkan lagi sebak Amila.
Pada akhirnya , mereka berdua menangis sambil berpelukan. Jannah memeluk erat tubuh Amila, melepaskan tangisan yang disimpan seorang diri.
"Alhamdulilah, puan Ratna Iman sudah terlepas dari kondisi kratikal tetapi kita masih perlu memantau dengan lebih teliti sehingga puan Ratna sedarkan diri. Doa banyak-banyak semoga Allah permudahkan segalanya. Jannah, saya minta maaf untuk hal tadi. "Ucap dokter Ikhmal sebak.
"Tak apa dokter, saya tak salah kan dokter. Saya minta maaf, saya terlalu terbawa emosi. Saya minta maaf sangat-sangat. "Balas Jannah sambil menundukkan kepalanya tanda hormat.
"Tak apa, saya faham. Jaga diri awak dan jaga ibu awak sebaiknya Jannah. Pekara sebegini jarang berlaku, ini bermakna Allah beri awak peluang kedua untuk berbakti pada ibu awak. "Ujar dokter Ikhmal, sejujurnya dia juga terkejut apabila jantung puan Ratna kembali berdetak.
Keajaiban kuasa Allah, tiada tandingan. Allahuakhbar.
"Terima kasih dokter, terima kasih banyak-banyak. "Ucap Jannah bersungguh.
"Buat solat sunat syukur, syukur dan berterima kasih kepada Allah ya Jannah. Saya serah kan kes ini pada awak memandangkan awak juga di bidang cardiologi. Saya pergi dulu. "Ucap dokter Ikhmal sebelum beredar meninggalkan Jannah dan Amila.
Jannah mengangguk faham dengan kenyataan dokter Ikhmal.
Inilah penyebab utama Nurjannah Auliya bersungguh mencapai cita-citanya ingin menjadi seorang dokter di bahagian cardiologi. Dia sedia maklum keadaan jantung ibundanya, kerana itu la dia mahu menjadi salah seorang dokter jantung demi menyembuhkan penyakit jantung ibunya.
"Dokter Ikhmal dah ambil sample darah pesakit ? "Tanya Jannah kepada salah seorang jururawat disitu.
"Belum dokter, sebab tadi pun kami dapat panggilan mengatakan puan Ratna jatuh di depan kedai bakery. Orang awam syak puan Ratna kena serangan jantung jadi mereka terus call ambulans tetapi disebabkan jalan sesak kami maklumkan pada mereka kami akan lambat tiba di tempat kejadian. Disebabkan itu, ada seorang lelaki ni tawarkan diri nak hantar puan Ratna ke hospital terlebih dahulu. Jadi kami setuju saja. "Balas jururawat itu panjang lebar menceritakan kejadian tadi.
YOU ARE READING
Takdir Kita ( OG )
RomanceAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...