SEKEJAP sahaja masa berlalu. Tahu-tahu hari ni Zaryan sudah mencecah enam bulan. Bersamaan dengan itu, enam bulan juga tempoh Jannah telah menjadi ibu kepada bayi kecil itu.
Ivan yang sudah lama tidak memberi khabar berita, membuatkan hati Jannah sedikit tersentap. Ada kalanya lelaki itu menghubunginya, tetapi yang ditanya hanyalah soal Zaryan. Langsung lelaki itu tidak menanyakan soal dirinya, sihat atau tidak, sudah makan ka belum, tiada. Tiada pertanyaan yang dianjurkan lelaki itu padanya.
Sejak Jannah menolak lamarannya enam bulan lepas, sejak itu jugala Ivan mula menjauhkan diri.
"Assalamualaikum... Umi, abah. "Ucap Jannah mesra di hadapan pintu.
"Waalaikumussalam, ya Allah Auliya.. Anak umi.. "Balas Puan Adibah mesra sambil memeluk gadis itu.
Zaryan? Awal-awal lagi sudah diambil oleh tok abah nya. Zaryan yang berusia enam bulan itu sudah mula mengenal orang, badan nya juga sudah semakin berisi akibat susu dan makanan yang diberi.
Dari awal lahir beratnya hanyalah 2.8 kg sahaja , kini sudah mencecah 7.9 kg. Sikit lagi mahu 8 kg. Semakin lenguh la hendak mendukung bayi kecil itu.
"Auliya cuti berapa lama kali ni? "Ujar Puan Adibah sebaik sahaja gadis itu melabuhkan punggung di sofa.
Perjalanan jauh membuatkan dirinya extra letih. Mana hendak menjaga Zaryan sekaligus hendak drive kereta. Mahu tak pening gadis itu.
"Anna ambil 2 minggu juga umi. Penat la, dah lama tak cuti panjang. "Balas Jannah mesra.
"Bagus la macam tu, boleh rehat lama sikit. Boleh la umi dengan abah main dengan Ayan lama sikit. "Ujar Puan Adibah.
Sesungghnya Puan Adibah dan Encik Zaidi sangat la merasa terhutang budi pada gadis itu. Sewaktu mereka tahu Jannah la ibu susuan Zaryan, mereka amatla bersyukur sehingga Puan Adibah menangis kesenggukkan, bersyukur dengan rezeki yang diberi. Melihat kan kesungguhan gadis itu , membuat mereka semakin sayang dengannya.
Diusia muda , dia sanggup memenatkan diri menjaga anak yang tiada pertalian darah. Sanggup menyakiti diri sendiri, menggalas tanggungjawab yang besar. Sering kali Puan Adibah mahu Zaryan duduk dengan mereka , tetapi sering kali itu lah Jannah menolak. Katanya jika tiada pengasuh yang mahu menjaga , dia akan bawa ke hospital. Sanggup dia bahagikan diri menjadi ibu walaupun mereka tiada pertalian darah, besar sungguh pengorbanan gadis itu.
"Auliya dh makan ke belum ni? Kalau belum umi siapkan makanan. Lepastu kamu rehatla, dah drive jauh dari Kedah sorang-sorang. Pergi la tidur, Ayan umi jagakan. "Ucap Puan Adibah mesra.
"Iyela umi, Anna nak mandi dulu lepastu Anna makan okay? "Balasnya lemah lembut. Kini dia telah menjadi anak perempuan dikeluarga mereka.
Puan Adibah hanya mengangguk , dan berlalu pergi ke dapur ingin menyiapkan makanan.
Jannah pula melangkah kearah bilik mandi mereka di hujung dapur. Biasalah rumah kampung, bilik mandi pasti di dapur.
Setelah beberapa minit berlangsung, akhirnya dia telah siap membersihkan diri. Tetapi alangkah malangnya nasib, dia terlupa membawa tudung sarungnya kedalam bilik mandi sekali untuk dipakai. Tudung bawal yang dipakai nya tadi telah dibasahi peluh.
Dia terdiam beberapa saat sebelum meminta bantuan kepada uminya yang berada di dapur.
"UMI !! TOLONG ANNA AMBILKAN KAIN APA-APA UMI !! "Jeritnya sedikit kuat.
"Anna lupa nak bawak tudung sarung, taktahu nak pakai apa nk keluar ni. "Sambung nya lagi.
Tiada balasan,
Selepas beberapa saat tiba-tiba ada yang mengetuk pintu bilik mandinya.
Dia menbuka sedikit pintu tersebut dan menghulurkan tangan. Tak sampai beberapa saat, terletak elok satu kain batik diatas tapak tangannya.
"Terima kasih umi.. "Ucapnya lemah lembut sebelum kembali menutup pintu bilik mandi dan menyarungkan kain batik itu dikepala.
Setelah selesai, dia melangkah keluar. Dan ya, sekali lagi dia disergah.
"Sama-sama sayang saya.. "Ucapnya dalam nada suara yang nakal. Sengaja mahu mengusik.
"Tok hang sayang! "Latahnya tanpa sengaja , serta merta kain baju ditangannya juga di libaskan kepada si empunya suara.
"Ya Allah Ivan !! Sorry saya tak sengaja.. "Ujar nya sebersalah setelah melibas lelaki itu.
Ivan hanya menayangkan wajah tenang tanpa reaksi. Pandanganya mula kembali seperti dahulu. Pandangan penuh cinta setiap kali melihat Jannah.
Mereka bertentangan mata untuk beberapa saat.
"Awak sihat? "Ujar lelaki itu tanpa reaksi.
"Alhamdulilah, awak? "Balasnya ringkas.
"Alhamdulilah, sihat cuma.. "Ucap nya perlahan.
"Terlalu rindu kan awak. Dan pekara itu membuatkan saya tak sihat. "Sambungnya lagi.
Serta merta Jannah mengukirkan senyuman tanpa sedar. Geli hati mendengar ucapan dari Ivan.
"Gatal. "Ucap Jannah sepatah sebelum dia berlari anak masuk kedalam biliknya ingin menukar tudung.
Manakala Ivan sudah tertawa kecil melihatkan gelagat Jannah. Suka benar dia mengusik gadis itu.
••••
SELESAI mereka makan , mereka berempat melepak dihadapan rumah sambil minum teh hangat menikmati senja.
Zaryan yang sudah elok terlentok didalam dakapan Ivan mereka biarkan. Si kecil itu mahu melepaskan rindu pada baba nya setelah lama tidak berjumpa.
Sedang elok mereka bercerita tentang hal -hal yang berlaku sepanjang enam bulan itu tiba-tiba Ivan menyampuk.
"Qhal nak kawin umi. "Ujar Ivan serius.
Serta merta semua mata tertumpu padanya.
"Awak nak kawin dengan siapa? "Ujar Jannah hairan.
"Entah nya Qhal ni, tiba-tiba balik sini cakap nak kawin. Dah berkenan dengan perempuan dekat Sabah tu ka? "Kini giliran Encik Zaidi pula bersuara.
"Dia cantik bah, cantik sangat. Lemah lembut je orang nya, Qhal suka. Suka sangat. "Ucap Ivan penuh kasih sayang.
Jika dilihatkan cara Ivan menyampaikan ucapan itu, dia benar-benar jatuh cinta pada nya. Siapa lah gadis bertuah itu ?
"Kalau Qhal kawin, nanti Qhal boleh ambil Ayan duduk dengan Qhal. Tak ada la nak susah kan Auliya lagi. "Ucapnya serius. Reaksi mukanya menunjukkan dia benar-benar memaksudkannya.
"Apa maksud awak, awak nak ambil Ayan? Ayan tu anak saya. Mana boleh sesuka hati ambil macam tu. "Ucap Jannah dingin.
"Kenapa pula tak boleh? Awak ibu susuan aja kan?Saya penjaga utama. "Balas Ivan tidak mahu mengalah.
"No! Dia anak saya okay. Awak nak kawin itu awak punya pasal la. Ayan jangan ambil, dia anak saya. "Ucap Jannah tegas, nada suaranya mula naik satu oktaf.
"Sayang betul awak dengan Ayan, kalau la awak sayang saya sama macam awak sayang kan Ayan.. Saya tak akan cari orang lain. "Ucap Ivan penuh makna.
"Ahh tak ada! Tak payah nak memujuk, awak nak kawin kan? Ha pergi buat anak lain, Ayan ni anak saya. "Ucap Jannah tegas dan serta merta dia merampas Zaryan yang sedang tidur lena didalam dakapan Ivan.
Serta merta bayi kecil itu menangis, kerana tidurnya diganggu.
"Pergi la sana, jangan dekat-dekat dengan anak saya. "Ucap Jannah sebelum dia melangkah masuk kedalam rumah sambil mendukung Zaryan didalam dakapan.
Serta merta Ivan tertawa kecil. Mereka bertiga saling berpandangan sebelum akhirnya ketiga-tiga mereka ketawa.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita ( OG )
RomanceAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...