10- TK

14 4 0
                                    

SEBULAN telah berlalu, keadaan di hospital masih sibuk seperti biasa. Tetapi staf kesihatan masih teguh berdiri untuk meneruskan tugas mereka tanpa lelah.

Setiap hari mereka menerima beratus pesakit, beratus penyakit yang harus mereka sembuhkan. Tanggungjawab yang besar sentiasa dipikul dibahu mereka tanpa rungutan. Setiap hari mereka akan menempuh ujian berlainan, setiap hari berhadapan dengan kematian pesakit yang gagal diubati, alangkah baiknya jika sehari sahaja mereka tidak perlu mengumunkan kematian kepada ahli keluarga pesakit.

Lelah yang teramat apabila harus menguatkan diri apabila berhadapan dengan kematian pesakit-pesakit mereka.

"Jannah, 1 Jun ni kita minta cuti nak tak? "Ujar Amila bersahaja.

"1 Jun? Cuti untuk apa? "Ujar Jannah semula, hairan dengan cadangan Amila.

"Ulang tahun TUDM ke-66 , diorang buat dekat Lumut. Jom pergi, nak tengok pertunjukkan diorang mesti gempak. "Cadang Amila, teringin mahu melihat pertunjukkan itu di depan mata.

"Pergi la kau, aku tak nak pergi buang masa aku je. Dah la panas, tak ada faedah pun kalau pergi. "Balas Jannah dingin.

Begitu lah reaksi yang akan ditunjukkan oleh Jannah apabila mereka bersembang tentang tentera. Anti-soldier benar Nurjannah ni.

"Kau ni cuba la positive sikit , sampai bila kau nak benci dan pikir negetif tentang mereka? Mereka tentera, mereka yang jaga sempadan untuk pastikan kita dapat tidur lena setiap malam. "Ucap Amila, cuba memujuk sahabat baiknya agar berfikiran positif tentang pewira negara.

"Pewira yang kau agungkan sangat tu, mereka la yang bunuh bapak aku Amila. Kau dengan pendapat kau, aku dengan pendapat aku. "Balas Jannah dingin, reaksi wajahnya menunjukkan bahawa dia sangat-sangat membenci mereka.

"Jangan kau benci sangat, nanti yang kau benci tu la yang kau sayang. Orang tua-tua pesan macam tu. "Ujar Amila selamba.

Kadang Amila juga hairan dengan sikap sahabat nya itu, namanya islam tetapi dia sendiri tidak dapat menerima takdir dan ketentuan yang Allah aturkan. Mau dicepuk aja rasanya gadis itu.

"Aku pergi dulu, lapar."Ucap Jannah sebelum meninggalkan Amila berseorangan di ruangan kecemasan.

Kejadian pahit didalam hidup Jannah sudah berlalu lapan tahun lepas, tetapi baginya kejadian itu masih menghantui nya sehingga hari ini.

LAPAN TAHUN LEPAS

"Ayah , kakak punya keputusan SPM dapat besok ayah. Ayah kerja ke besok ?" Ujar gadis itu mesra.

"Alaa ayah kerja la besok kakak, tapi ayah janji lepas habis kerja ayah balik rumah kita pergi keluar makan ya. Makan manisan yang kakak suka tu, apa nama nya ais krim yogurt ke bingcu ?" Balas Encik Ahmad Azman, bapa Nurjannah Auliya.

"Hahaha, bingsu la ayah. Bukan bingcu. "Ucap Jannah sambil tertawa kan ayahnya.

"Oh bingsu nama nya, ayah ingat bingcu hahaha. Kita pergi makan bingsu tu besok ya, tanda minta maaf ayah tak dapat teman kakak ambil keputusan SPM kakak besok. "Balas lelaki itu mesra.

Hubungan dua beranak itu sangat rapat oleh dek kerana Jannah satu-satu nya anak Encik Ahmad Azman dan Puan Ratna Iman.

Kehadiran puteri kecil mereka itu melengkapkan impian pasangan itu, hadir nya Jannah membawa kemesraan dan kebahagian yang tidak terhingga.

"Okay ayah sayang.. Kakak tuntut ya janji ayah, kalau ayah mungkir janji kakak merajuk tak nak cakap dengan ayah sebulan. "Ujar gadis bersahaja.

"Abang berjanji sangat dengan anak dara abang sorang ni. Abang macam tak tahu perangai dia, tak dapat kang habis di ungkit nya. "Ucap Puan Ratna yang datang dari dapur sambil membawa sepinggan cucur pisang yang baru selesai digoreng oleh nya.

"Tak apa, abang pun free aja lepas habis kerja jadi apa salahnya kalau nak bawa anak dara kita pergi makan bingsu dia tu. "Balas Encik Azman sambil tangannya mengambil sebiji cucur yang dibuat oleh isterinya.

"Tiup dulu bang, panas lagi. "Tegur Puan Ratna apabila melihat cucur yang masih berasap itu sudah digigit oleh suaminya.

"Ayah memang tak menyabar ibu, hahaha. "Ucap Jannah sambil tertawa suka.

Air mata Jannah menitik membasahi pipi nya, menyedarkan dirinya dari lamunan itu. Rindu, rindu yang teramat pada bapanya yang tersayang.

"Ayah.. Kakak rinduu. "Omel dirinya berseorangan.

Demi melarikan diri dari menunjukkan sedih nya pada Amila, dia mengatakan bahawa dia mahu pergi makan kerana lapar tetapi sejujurnya dia melangkah pergi ke koridor tempat kesukaannya melepaskan perasaan.

Semakin rindu pada bapanya , semakin banyak kenangan yang terimbas didalam fikiran tentang arwah ayahnya yang membuatkan tangisan gadis itu makin keras.

Sejak dari hari itu Jannah mengharamkan dirinya sendiri untuk memakan bingsu walaupun pada awalnya manisan itu ialah manisan kegemarannya. Sehingga ke harini, jangan cakap kan makan malah melihat bingsu saja akan membuatkan dirinya beremosi.

Marah? Iya marah yang teramat dalam kepada ayah nya kerana mungkir janji, hanya Tuhan yang mengetahui segila mana dirinya pada hari itu. Cuba menerima segalanya dalam masa yang singkat, melihat ibunya yang pernah cuba untuk membunuh diri beberapa kali kerana tidak mampu menahan rindu kepada si suami membuatkan dirinya bertambah benci pada sektor ketenteraan.

Baginya, jika ayah nya bukan lah seorang tentera pasti ayah nya masih disini melihat kejayaan yang dia perolehi pada hari ini.

Dia cuba menguatkan diri untuk kembali bekerja. Cukup la setakat ini sahaja dia menangis mengingatkan pekara lampau.

Sedang dia cuba menenangkan diri untuk kembali ke ruangan kecemasan, dia disergah oleh Amila yang membuatkan dirinya semakin tidak keruan.

"Anna! Ibu kau masuk red zone. "Ucapan Amila yang telah membuatkan Jannah berlari ke ruangan kecemasan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Amila juga turut mengikuti Jannah dari belakang berlari ke ruangan kecemasan untuk melihat keadaan ibu gadis itu.

Melihatkan betapa cemasnya Jannah membuatkan Amila juga turut cemas. Air mata Jannah mengalir tanpa henti , laju kaki nya berlari, laju lagi air matanya membasahi pipi gebu gadis itu.

"Ya Allah ya Tuhan ku, selamatkan lah ibu ku ya Allah. "Detik hati Jannah berulang kali. Segala doa dipanjatkan ke Ilahi, hati hanya berharap bahawa keadaan akan menjadi baik belaka.

Kaki gadis itu laju melangkah masuk ke ruangan red zone, serta merta matanya tertancap pada sosok tubuh wanita yang amat dikenalinya.

"Ibu !! "Ucap Jannah sebelum berlari kearah ibundanya yang sedang diberikan bantuan pernafasan, CPR.

Melihat keadaan ibunya yang sudah separuh nyawa, melihat segala wayar yang disambungkan membuatkan dirinya terkedu seketika.

Dokter Ikhmal senior kepada Jannah, sedang melakukan CPR kepada Puan Ratna Iman malangnya tidak berjaya. Mereka terpaksa memilih untuk menggunakan mesin defibrilator untuk mengejutkan jantung pesakit. Semua orang diarahkan menjauh apabila mesin defibrilator dihidupkan.

Malangnya keadaan tidak berpihak kepada mereka apabila graf di mesin menunjukkan nadi Puan Ratna menurun drastik yang membawa maksud 'tiada denyutan jantung' terhasil.

"Jannah, saya minta maaf.  Waktu kematian 5:30 pe.. "Ucapan dokter Ikhmal terhenti apabila Jannah memotong ucapan nya.

"Stop! No.. No ibu.. "Ujar Jannah sambil menghampiri ibundanya yang sudah terbaring tidak bernyawa.

"Ibuu.. Bangun ibu.. "Ucap Jannah, berharap agar ibundanya membalas panggilannya tetapi apakah daya, tiada balasan yang dia perolehi.

'Puan Ratna Iman binti Mohd Shahrizal'

Takdir Kita ( OG ) Where stories live. Discover now