31-TK

40 3 0
                                    

HARI ini pagi-pagi lagi Ivan sudah keluar. Katanya mahu berjumpa kawan lama, lain macam saja bunyi nya.

"Umi.. Ivan keluar jumpa siapa? "Ujar Jannah hairan. Mahu bertanya langsung kepada tuan badan tetap kang nanti lelaki itu kata dia menyebok pula.

"Tak tahu la Auliya, mungkin kawan sekolah dia gamaknya. Jumpa crush kut. "Ucap wanita separuh umur sambil menahan tawa.

"Crush ? Serius ke umi? "Tanya gadis itu lagi.

"Iye la kut, segak bergaya wangi-wangi. Mesti pergi jumpa kekasih hati kan. "Balas Puan Adibah.

"Ish ! Anna nak pergi la usya dia umi, mana tahu nanti dia buat perangai. "Rengus Jannah tidak puas hati.

"Iyee sayang umi, pergi la. "Balas wanita itu, setuju dengan ucapan nya.

Tak sampai beberapa saat, laju saja dia melangkah masuk kedalam bilik pergi bersiap. Marah betul nampaknya.

Setelah beberapa minit bersiap akhirnya dia tiba di dapur, ingin bersalaman terlebih dahulu dengan uminya sebelum keluar.

Selesai bersalaman, tiba-tiba Encik Zaidi memanggil nya sebentar. Di turuti walaupun hatinya sedang membara kepanasan.

Di ikuti langkah abah nya tanpa rungutan.

"Ada apa abah panggil Anna? "Ujarnya setelah sekian lama berdiam diri.

Tiba sahaja dihadapan satu bilik, Encik Zaidi membuka kunci tombolnya. Bilik kerja Encik Zaidi yang telah lama tidak diusik. Terbitlah segala rahsia didalamnya.

"Ayah.. "Ucapan pertama yang keluar dari mulut gadis itu sebaik sahaja dia melihat kedalam isi bilik tersebut.

"Iya.. Itu ayah Auliya. Buddy abah dulu, Azman. "Balas nya mesra sambil menunjukkam satu gambar lama.

Ada lima orang semua sekali, termasuklah ayah dan abah nya. Masing-masing segak berpakaian loreng hijau , beret maroon dengan lencana airbone.

Jannah hanya berdiam diri. Tenungannya semakin mendalam apabila melihat senyuman ayahanda nya didalam gambar tersebut.

"Ayah nampak seronok sangat dalam gambar ni. Mesti ayah suka sangat jadi tentera kan bah? "Ujar nya secara spontan.

"Suka. Azman suka sangat dengan kerjaya dia. Kalau Auliya nak tahu, dulu Azman suka ceritakan pasal Auliya pada kami. Selepas dari habis latihan penerjunan  , waktu kami lepak , dia mesti ceritakan pasal Auliya. Sampai kami ni senua dah hafal cerita dia. Punya la dia sayang sangat dengan Auliya. "Ucap Encik Zaidi sambil tersenyum mengingatkan memori lama.

"Sampai akhir hayat dia pun, dia masih ingat pada kamu nak. "Sambung nya lagi. Kini, air matanya mula jatuh.

"Sebelum kami buat penerjunan, dia cakap dia tak sabar nak balik rumah. Nak berlanja anak dia makan ice cream katanya. Dia tak kisah pun keputusan SPM Auliya, yang dia tahu dia cuma nak anak dia sihat dan hidup bahagia. "Ucao Encik Zaidi sambil tersenyum. Walaupun air matanya sudah membasahi pipi, tetapi dia masih kuat untuk tersenyum.

"Ini, surat terakhir dari ayah kamu sebelum dia meninggal. Dia kata, dia nak beri pada kamu selepas kamu dapat result SPM. Abah minta maaf ya, abah asyik terlupa nak beri pada kamu. "Ucap Encik Zaidi sebersalah.

"Tak apa bah.. Terima kasih sebab abah cerita kan semua nya pada Anna. "Ucap gadis itu sambil menahan tangisan.

Teragak-agak tangannya ingin mengambil surat itu, tetapi digagah kan juga menerima dan membuka untuk melihat isi surat tersebut.

Encik Zaidi perlahan-lahan mengatur langkah keluar dari bilik itu, ingin memberikan ruang pada gadis itu melepaskan rindu.

Perlahan-lahan jari jemari gadis itu membuka surat yang berikan, sedaya upaya menahan tangisan tetapi gagal. Empangan itu akhirnya pecah juga setelah melihat perkataan pertama di surat tersebut.

Dear ; Puteri kecil Ayah.

Salam sejahtera keatas anak ayah, puteri kecil ayah yang telah membesar. Sekejap sahaja masa belalu, anak ayah dah 18 tahun. Alhamdulilah.
Ayah minta maaf sekiranya ayah tak mampu menjadi ayah terbaik buat Auliya. Ayah sayang kan puteri ayah sangat-sangat. Cukuplah Allah sahaja tahu betapa sayangnya ayah pada Auliya.
Ayah suka dengan kerjaya ayah, jangan bencikan kerjaya ayah kalau suatu hari nanti ayah terkorban kerananya. Sesungguhnya ini adalah kehendak ayah sendiri, dari awal kami telah di didik untuk sentiasa bersedia dengan kematian. Dan ayah sanggup mengambil risiko. Mungkin anak ayah masih muda untuk faham semuanya tetapi percayala bahawa setiap pekara yang berlaku ada hikmah nya.
Ayah doakan anak ayah akan dapat pasangan seorang pewira negara , serta yang boleh menjaga anak ayah dengan sebaiknya insyaAllah. Miga dengan asbab ayah mendapatkan sayap maroon, suatu hari nanti anak ayah akan mendapatkan sayap sokongannya sendiri diwaktu yang tepat.  Ayah sayangkan kakak, puteri kecil ayah.

Salam sayang,
Ahmad Azman.

"Salam sayang, Ahmad Azman. "

"Kakak rindu ayah.. "Ucap Jannah perlahan sambil menangis.

Dia mencium surat tulisan tangan ayahnya, memeluk erat gambar ayahnya. Berdosanya dia, selama ini dia membenci pekara yang paling ayah nya sayang dan hargai.

"Auliya minta maaf ayah.. "Detik hatinya.

Dia menangis sepuasnya, muka nya mula sembab akibat menangis. Makeup pun sudah cair, akibat air mata yang membasahi seluruh wajah.

Setelah beberapa minit, baru la dia keluar dari bilik tersebut dan pergi kearah umi dan abahnya.

"Umi.. "Panggilnya lemah.

Puan Adibah terus memeluk gadis itu erat, serta merta tangisanya pecah didalam pelukan itu. Puas dia menangis barulah dia berhenti.

"Terima kasih abah. "Ucap nya sambil menahan tangisan.

"Sama-sama anak abah. "Balas Encik Zaidi mesra..

Gadis itu hanya membalas dengan senyuman sebelum dia kembali berbicara.

"Anna nak pergi jumpa Ivan. "Ujar Jannah sebaik sahaja dia mengesat air matanya.

Mereka hanya tersenyum dan mengangguk. Setelah mendapatkan keizinan, dia melangkah pergi dan tayar kereta meluncur laju ingin mencari kekasih hati.

•••

Setelah hampir dua jam mencari, barulah dia terserempak dengan lelaki itu di pejalan kaki hadapan kedai nasi lemak.

Cadang nak keluar pagi, tetapi oleh kerana mengikut emosi akhirnya sampai kemalam baru mereka berjumpa.

Gadis itu cepat-cepat memakir kereta dan berlari kearah lelaki itu , takut kalau nanti kelibat lelaki itu hilang lagi.

Tinggal beberapa langkah mahu tiba, dia sudah penat berlari. Akhrinya dia memutuskan untuk memanggil lelaki itu dan biarkan lelaki itu yang datang kepadanya.

Tetapi alangkah kecewanya dia apabila dia lihat ada seorang perempuan lain yang menghampiri lelaki itu. Mereka bergelak tawa dan nampak sangat mesra . Jannah mula terganggu, dia taktahu apa yang hendak dilakukan.

Tanpa memikir panjang , dia terus berjalan dengan gah nya dan menyergah mereka yang sedang bemesraan.

"Abang... Lama nya, beli apa? "Ucap Jannah sambil memeluk sedikit lengan sasa Ivan secara spontan.

Dirinya juga turut terkesima dengan perbuatan diri sendiri. Apa tah lagi Ivan. Lelaki itu sudah terkedu dan memandangnya hairan.

"Siapa ni Qhal? "Tanya perempuan itu hairan.

"Saya isteri dia. Kenapa, ada masalah ? "Ujar Jannah kembali dengan yakin.

Sedia? Peperangan bakal bermula.

Takdir Kita ( OG ) Where stories live. Discover now