9- TK

12 3 0
                                    

"Oh maaf, tapi ini bukan Ivan ni uminya. "Balas wanita separuh umur itu.

"U..umi nya? Maaf mengganggu puan, saya tersilap nombor saya ingat ini number Ivan. Maaf sekali lagi puan. "Ucap Jannah sebersalah, malu yang teramat dia rasakan saat ini.

"Eh tak mengapa, sekejap ya ni Ivan ada cakap la dengan dia ya. "Ucap wanita itu sebelum telefon itu bertukar tangan.

"Assalamualaikum, dah rindu saya ke dokter? "Ujar lelak itu tanpa rasa bersalah.

"Otak awak, malu la saya Ivan kenapa usik saya sampai macam ni ish! "Rangus gadis itu.

"Saja , biarla kalau kita nak bina satu hubungan tu dengan restu ibu dulu betul tak? "Ujar nya lagi, kedengaran tawa kecil darinya.

"Restu tu penting, tapi takde lah sampai tiba-tiba macam ni terkejut la saya. "Balas Jannah ringkas.

"Iya baik lah dokter cantik, saya minta maaf ya. Seandainya kita dah ada hubungan rasmi baru saya beri nombor peribadi saya ya. Setakat ni mari la kita berhubung melalui umi saya dulu, boleh ?" Ujarnya sopan, suara nya yang lemah lembut berkata-kata penuh sopan santun membuatkan hati Jannah yang panas mula mencair.

"Iya baiklah by the way, tangan awak dah okay? Awak ada datang hospital ye tadi? "Balas Jannah sopan.

"Iya saya datang hospital untuk buka simen, tangan saya dah baik. "Balas lelaki itu mesra.

"Oh alhamdulilah, bagus la kalau macam tu. "Ucap Jannah, lega mendengar keadaan lelaki itu baik-baik sahaja.

"Lepas ni kita akan jarang jumpa atau lebih tepat susah nak jumpa. Saya harap awak sentiasa selamat dan setiasa berada didalam jagaan Allah di kedepannya. Jaga makan, jaga diri awak untuk saya masuk meminang ya dokter. "Pesan Ivan mesra.

Jannah yang sudah tak keruan di buatnya , gadis itu sedaya upaya menahan jeritannya dari terletus kerana malu.

"InsyaAllah , semoga awak pun sentiasa berada didalam lindungan Allah. Kalau tak salah , boleh saya tanya awak nak pergi mana? "Ujar gadis itu.

"Saya nak balik Lumut besok, jadi mungkin kita akan makin susah nak jumpa. "Balas Ivan sebersalah.

"Oh tak apa, kalau ada jodoh ada lah tu. Saya letak dulu ya, ada kes baru masuk. "Ujar Jannah mahu mengundur diri.

"Baik, jaga diri dokter. Saya tahu awak boleh sihat kan orang tapi diri awak tu kena pastikan sentiasa sihat dulu. "Pesan Ivan, mesra.

"InsyaAllah, assalamualaikum Ivan. Kirim salam pada semua. "Ujar Jannah sebelum dia meletakkan panggilan.

"Waalaikumussalam.. "

"Umi , abah bakal menantu kirim salam. "Ucap Ivan selamba sebelum mengambil nombor telefon gadis itu dan diserahkan semula telefon ibundanya.

"Amboi, ini kawan Qhal yang semalam ke? "Tanya uminya.

"Iya umi, dia dokter. Cantik orang nya, nanti kalau ada rezeki Qhal kenal kan dengan umi dan abah ya. "Balas Ivan mesra sambil tersenyum.

"Pandai dah ya sekarang anak umi, apa nama nya? Lama dah kenal? "Tanya ibundanya itu lagi.

"Jannah, dokter Nurjannah Auliya. Qhal tak kenal sangat dengan dia cumanya dah beberapa kali jumpa sebelum Qhal accident hari tu. Jodoh rasanya ni umi.. "Ujar Ivan sambil tertawa kecil mengenang kan hari pertama mereka berjumpa.

"Oh macam tu, Qhal jumpa dengan dia pertama kali di mana? "Kini giliran ayahanda nya pula bertanya.

"Dekat hospital juga, Qhal pergi lawat anak buah Qhal tiba-tiba nampak dia tengah menangis dekat hujung koridor dah la sunyi tempat nya, Qhal pergi la tengok takut jadi apa-apa.. Qhal usik dia , ingat dia nak stop nangis last-last makin baran pula. Dokter Jannah tu menangis pun comel, abah. "Balas Ivan sambil tersenyum manis mengimbau kenangan itu.

"Amboii nampaknya anak bujang kita tengah mabuk cinta dengan orang Kedah ya anje. Dapat besan orang utara la kita. "Ucap Encik Zaidi tersenyum melihat gelagat anak bujang nya.

"Qhal, umi tak kisah Qhal nak suka siapa tapi biarlah sesuai dengan aturannya jangan pula Qhal yang merosakkan dia ya. Zaman sekarang ni Qhal umi bukan apa, umi risau. "Pesan ibundanya, jujur dia bahagia apabila melihat anak bujang nya bahagia tetapi dia juga bimbang, takut berlaku pekara yang tidak diingini.

"Iya umi, jangan la umi nak overthinking. Kalau ada jodoh, ada la umi. Qhal tak mahu memaksa, biarla semuanya berjalan mengikut waktu yang telah diaturkan Ilahi. "Balas Qhalish Ivan ringkas.

"Anje jangan la risau, anak kita ni dah besar bukannya kecil lagi. "Ujar Encik Zaidi menyokong anak bujang nya.

"Iya la bang, saya naik atas dulu ya nak mandi. Qhal dan abang jangan tidur lewat, tak elok. "Pesan wanita separuh umur itu sebelum beredar naik ke bilik tidurnya.

Qhal hanya mengangguk tanda faham dengan pesan ibundanya.

"Qhal , abah nak pesan sikit pada kamu. Abah tahu kamu dah besar kamu dah boleh buat pilihan sendiri, tetapi sebaik-baiknya pasangan tu ialah pasangan yang boleh terima kita seadaanya boleh terima keluarga kita, boleh terima diri kita dan yang paling
penting boleh terima kerjaya kita. Tak semua orang sanggup sehidup semati dengan orang-orang macam kita, perempuan yang kamu suka tu dokter Qhal. Hidup dia pun dah sedia sibuk dengan urusan pesakit dia, jangan la kamu menambah lagi kesukaran pada hidup dia. Abah tak mahu kamu sakitkan anak orang, kalau betul kamu suka, halal kan. Jangan sakiti dia. "Pesan ayahandanya panjang lebar.

"Baik abah, beri Qhal masa sikit ya kalau benar dia jodoh Qhal abah tolong doakan semoga semuanya dipermudahkan ya bah. "Balas Qhalish Ivan mesra, dia mengerti maksud yang hendak ayahandanya sampai kan.

"Abah naik dulu, kang anje abah merajuk tinggal dia lama-lama seorang diri. Selamat malam, anak abah. "Ucap Encik Zaidi sebelum beredar.

"Selamat malam abah. "Balas Ivan sambil tersenyum manis kearah bapanya.

                                    •••

Manakala keadaan di hospital pula berbeda.

"Weh dia nak masuk meminang aku, dia suka aku lah weh! "Ucap Jannah teruja sambil melompat-lompat seperti kanak-kanak mahukan ais krim.

"Aku dapat cakap dengan mak dia! Aku dah nak kawin, Amila! "Tambah gadis itu lagi, teruja yang teramat apabila dapat berhubung dengan kekasih pujaan hati.

"Diam la setan, ni hospital. Aku jet kepala kau kang apa tak dapat kang. Sabar Jannah , baru call ja bukan dia dah masuk meminang kau pun. Beria betul minah sorang ni. "Balas Amila, menyampah.

Seoronok sangat, kalau boleh sampai nak tempah tok kadi siap-siap gayanya.

"Alaa bagi la aku chance nak bahagia. Seronoknya kalau dapat suami hensem macam Ivan. "Ujar Jannah tersenyum manis sambil mencipta angan-anganya.

"Kau dah dapat Ivan, jangan lupa ejas kawan dia tu untuk aku ye. Ingat ye deal kita. "Balas Amila mesra.

"Ish kau ni, kau bersungguh ka mahukan kawan Ivan tu? Pelik-pelik la taste kau. "Ucap Jannah, hairan.

"Aku suka la tengok dia, rasa tenang. "Balas Amila sambil tersenyum manis mengingat kan perjumpaan mereka beberapa bulan lepas.

Baru nak berangan malangnya tak kesampaian apabila seorang jururawat datang mendekat kearah mereka.

"Dokter, ada new case ambulance on the way. "Ucap jururawat itu pada mereka.

Amila dan Jannah saling berpandangan satu sama lain sebelum bergerak untuk menyambut pesakit yang bakal tiba.

Serta merta bayangan dan segala angan-angan yang mereka cipta tadi terhapus. Mereka harus kembali fokus pada kerja mereka.

"Semoga kita bertemu lagi di masa dan tempat yang lebih baik di masa hadapan. " Detik hati Nurjannah Auliya.

Takdir Kita ( OG ) Where stories live. Discover now