BERAT hatinya untuk meneruskan perjalanan ke ruangan kecemasan. Ivan masih setia mendampingi dirinya , walaupun tidak bersuara sekurang-sekurangnya kehadiran Ivan dapat menguatkan dirinya.
"Ivan, saya nak minta tolong awak sikit boleh ?" Ujar Jannah tiba-tiba.
"Tolong? Awak nak saya tolong apa? "Balas Evan mesra.
"Tolong teman ibu sepanjang saya tiada, boleh? Pakar-pakar cardiologi beri masa 3 hari sebelum menutup alat pernafasan ibu saya. Kalau tiada perubahan, mereka akan tutup. "Ujar Jannah sayu, jujur dirinya tidak kuat sekarang.
"Boleh, saya cuti sampai minggu depan. InsyaAllah kalau saya free, saya datang sini teman ibu awak ya? Awak pergi la sambung kerja, jangan fikir kan sangat. Nanti awak pula sakit. "Ucap Ivan lemah-lembut.
Sedaya upaya cuba memberi semangat pada gadis itu agar kekal kuat dan positif.
"Terima kasih Ivan, terima kasih juga pada cikgu Adibah sebab tak putus-putus beri semangat pada saya. "Ujar Jannah mesra, cuba menguatkan diri untuk terus tersenyum.
"Saya ni anak yang tak guna kan? Sampai ibu saya sakit pun saya tak tahu. "Ujar gadis itu lagi sambil tertawa kecil.
"Tiada anak yang nak ibu nya sakit kan? Bukan salah awak ibu awak sakit Jannah. Ini adalah ujian untuk awak, ujian untuk saya belum tahu lagi. "Balas Ivan, cuba memberikan pandangan positif pada kenyataan gadis itu.
"Saya tak mampu nak lakukan apa-apa , tapi awak kena selalu tahu yang saya sentiasa ada dengan awak bila awak perlukan saya. Saya akan jadi dinding yang sentiasa menghalangi kejahatan dari mendekati awak, saya juga akan jadi dinding agar awak boleh tempiaskan segala kesakitan dalam diri awak pada saya. "Ujar Ivan penuh makna.
"Saya takut, saya takut kalau ibu saya tinggal kan saya. "Ucap Jannah sebak.
"Semua benda di dunia ni hanyalah pinjaman semata. Saya , awak , ibu awak , ibu ayah saya, semua nya hanyalah pinjaman semata. Apabila sampai masanya, Allah akan tetap ambil semula pinjaman yang diberikannya. Kita sebagai manusia, tak mampu berbuat apa. "Ujar Ivan, kenyataan yang diperkatakan lelaki itu amatlah tersemat di hati Nurjannah Auliya.
"Semuanya adalah pinjaman." Ucap Jannah sayu. Berat hatinya untuk menerima kenyataan itu, benarlah apabila kita sayangkan manusia lebih dari penciptanya maka Allah akan ingatkan kita bahawa semua makhluk didunia hanyala pinjaman semata.
كل شيء يحدث لسبب
"Everything Happens For A Reason"••••
Jam didinding telah menunjukkan pukul 9 malam. Shif Jannah telah tamat.
Gadis itu melangkahkan kaki pergi ke ruangan ICU untuk menemani ibundanya.
Sunyi, hanya bunyi mesin yang memeriahkan ruangan ICU itu.
"Assalamualaikum ibu, kakak datang ni tengok ibu. "Ucap Jannah sebaik sahaja dia melangkah masuk kedalam bilik ibundanya.
"Ibu.. hari ni buah hati kakak datang. Ibu cepat la sedar, nanti kakak nak kenal kan ibu dengan dia. "Ucap gadis itu lagi sambil membasahi tubuh ibundanya dengan kain basah.
"Dia baik ibu, dah la hensem. Mesti ibu suka, dia anak cikgu biologi kakak waktu tingkatan 5 dulu. Kecil ja dunia, tahu-tahu terjumpa dekat sini, dekat Melaka dulu tak pernah pun terjumpa sebab anak cikgu kakak tu belajar dekat KL. "Ucap nya lagi, walaupun ibundanya masih belum sedarkan diri tetapi sudah menjadi kebiasaan buat dirinya untuk terus menceritakan segala hal pada ibunya.
"Kakak nak pergi tukar air ni tau, ibu tunggu sini kejap ye. "Ucap Jannah sebelum beredar menuju ke tandas untuk menukar air cucian.
Seketika dia kembali ke bilik ibundanya, alangkah terkejut nya dia apabila dia melihat ibundanya mencelikkan mata tanpa bersuara.
"Ibu.. Ibu dah sedar? "Ujar Jannah teruja, gadis itu berlari anak mendekati katil ibundanya.
"Kakak rindu ibu, ibu ingat tak macam mana ibu boleh sampai sini? "Ujar gadis itu lagi sambil tangannya menekan butang kecemasan untuk memanggil dokter agar memeriksa keadaan ibunya.
"Ibu.. Kenapa diam je? Ibu ada sakit dekat mana-mana ke ? "Tanya gadis itu lagi, hairan mengapa ibu nya tidak bersuara.
"Anak ini siapa ya? "Ucap wanita separuh umur itu.
Terkedu, hati Jannah tersentak apabila ibundanya menanya kan soalan begitu.
"Jannah, apa jadi dengan ibu awak? "Ujar dokter Ikhmal sebaik sahaja dia tiba di ruangan tersebut.
Beberapa dokter bersama dengan beberapa jururawat datang untuk memeriksa keadaan Puan Ratna. Manakala Jannah hanya berdiam diri di penjuru katil.
Otak nya masih jenuh mecerna keadaan yang sedang terjadi.
Setelah beberapa minit berlansung, pandangan dokter Ikhmal bertukar kepada Jannah yang masih berdiam diri.
"Jannah, saya nak cakap dekat awak sikit. "Ujar lelaki itu sebelum keluar dari ruangan tersebut.
Jannah hanya menurut tanpa mengatakan apa-apa.
Setibanya di luar ruangan ICU, dokter Ikhmal menghembus nafas berat.
"Jannah, sukar saya nak tafsirkan keadaan ibu awak. Tapi buat masa sekarang, saya rasa ini adalah kesan sampingan daripada terhentinya jantung ibu awak pada hari kejadian. Biasanya pesakit yang kembali hidup setelah beberapa saat kematian memang akan menerima beberapa side effect dari kejadian itu. "Ujar dokter Ikhmal panjang lebar.
"Ibu saya hilang ingatan dan dokter nak cakap itu adalah beberapa kesan sampingan daripada hidup selepas kematian ? "Ucap Jannah berat hati.
"Iya, tapi buat masa sekarang sehingga keadaan ibu awak benar-benar stabil kita akan pantau dan buat pemeriksaan lanjut. Saya harap awak banyak-banyak kan bersabar ya. "Ujar dokter Ikhmal , sukar untuk dia mentafsirkan keadaan itu.
"Saya faham, terima kasih dokter. "Balas Jannah sebak.
Jannah kembali memasuki ruangan ibundanya, walaupun berat tetapi dia harus menghadapi segalanya.
"Ibu.. Ibu tak ingat kakak? "Ujar gadis itu mesra. Sedaya upaya menyorok kesedihan yang dipendamnya.
"Nak , maafkan makcik ya. Makcik betul-betul tak ingat. "Ucap wanita itu lemah lembut.
Jannah hanya tersenyum tawar mendengar jawapan dari wanita itu.
Baginya dia sudah bersyukur, biarla bagaimana pun keadaan ibunya asalkan ibunya kembali sedar seperti sedia kala.
"Tak apa la, ibu rehat la ya. Ibu nak makan apa-apa? Kakak belikan. "Ucap gadis itu mesra.
"Tak apa lah nak, makcik tak lapar. Kamu rehat la, kamu nampak tak sihat. "Ucap wanita itu sambil menyentuh lembut pipi Jannah.
Tiba sahaja jari-jemari wanita itu menyentuh pipi Jannah, dia luluh. Luluh sepenuhnya, air matanya gugur sungguh dia rindukan sentuhan wanita itu. Jannah menggenggam erat tangan wanita itu sambil air matanya mengalir laju membasahi seluruh pipinya.
"Nak, jangan la nangis. Kamu kena kuat ya nak. "Ucap wanita itu lemah lembut.
Jannah hanya mengangguk, tiada lagi perkataan yang mampu dia ucapkan saat ini.
Sesungguhnya dia hanya berharap akan keajaiban dari Allah untuk memyembuhkan ibundanya.
YOU ARE READING
Takdir Kita ( OG )
RomansaAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...