Seduction | 43

3.1K 372 37
                                    

"TUAN, ada orang nak berjumpa dengan Tuan diluar," ujar seorang pembantu rumah yang baru mendekati Daniel.

Daniel yang sedang sibuk dengan telefon bimbit terus menoleh kearah pembantu rumah. Sekilas lalu, dia memandang kearah mama yang sedang ditenangkan oleh Aunty Qasyrin. Saat ini, hanya Aunty Qasyrin harapan Daniel. Mama tak izinkan dia memanggil sesiapa selain kakaknya itu. Aunty Qasyrin juga bersetuju memandangkan masalah yang sednag berlaku ini sangat besar.

Daniel melangkah keluar dari rumah dan kakinya terus terpaku bila dia lihat Hans Iskandar sedang berdiri tegak dihadapan keretanya. Wajah lelaki itu serius.

Apa lelaki ini buat di sini? Mengenangkan Hans, risaunya kepada Amanda jadi berganda. Telefon yang masih terpapar nombor telefon isterinya dipandang sekali lagi. Masih tidak berangkat.

"Ada apa, Hans?"

"Megat Darrius mana?"

Wajah Daniel berkerut.

"Aku tak tahu, papa keluar kurang dua jam tadi." Itulah yang diberitahu mama waktu dia tanya dimana papanya. Mustahil lelaki itu tiada di rumah seawal jam tuju pagi pada hujung minggu kan? Mama beritahu, selepas mereka bertengkar hebat tentang isi didalam sampul yang dikirim entah siapa-siapa itu, papa terus keluar. Daniel jadi geram, dalam keadaan begini papa masih mampu meninggalkan mama.

"Amanda?"

Daniel kembali tak senang duduk bila nama isterinya disebut Hans.

"Orang aku kata dia minta hantar dia ke kondo, tapi dari tadi aku call dia tak berangkat. Aku risau sangat."

"Aku nak pergi kondo dia," beritahu Hans sambil berlalu mendekati kereta. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku lepas sahaja Azim memberitahu dia rancangan Amanda dua hari lalu.

"Aku ikut."

"Tak payah, kau jaga mak kau, Daniel."

"Aku ikut." Ulangnya. Sekarang, dia tahu mama dalam keadaan baik-baik sahaja. Ada Tengku Qasyrin boleh jagakan mama buat sementara waktu, tapi keadaan isterinya dia tak tahu. Hatinya betul-betul tak sedap sekarang. Dia mahu pastikan Amanda baik-baik sahaja dengan mata kepalanya sendiri.

Kereta yang dipandu Hans laju membelah jalan raya yang agak lengang. Tidak begitu lama, mekre tiba di bawah kondominium milik Amanda.

Dua lelaki itu terus bergegas naik ke tingkat atas. Hans melalukan kas aksesnya di permukaan alat kunci di muka pintu. Buka sahaja pintu itu, mata mereka dihidangkan dengan sesuatu yang buat seluruh kefungsian tubuh Daniel berhenti.

Perlahan-lahan dia atur langkah masuk ke dalam rumah yang sudah kacau bilau. Namun, matanya kini terpaku pada satu tempat. Fikirannya jadi kosong. Diatas lantai tengah-tengah ruang tamu itu, ada sekujur tubuh yang sudah dibanjiri darah dengan pisau yang sudah terpacak diatas perutnya.

Tubuh itu tidak berkutik sedikit pun. Dia kenal bentuk tubuh itu, dia kenal dengan wajah itu. Dia kenal semuanya. Malah, pakaian yang dipakai lelaki itu juga tak asing dengan pandangan mata Daniel.

Matanya beralih ke satu arah lain, sedang berdiri lemah tidak jauh darinya ada wanita itu... isterinya.  Amanda Vierra. Diwajah wanita itu, terisi sarat dengan air mata. Di pipinya ada kesan bengkak dan di hujung bibirnya ada kesan pecah. Wajah wanita itu pucat, dia berbeza dengan wanita yang Daniel tinggalkan lena diatas katil awal pagi tadi.

Tiba-tiba, tubuh Amanda terlorot jatuh.

"Amanda!" pantas tubuh itu itu diraih sebelum jatuh keatas lantai. "Amanda, bangun sayang," sambil memeluk tubuh Amanda, matanya memandang sekeliling. Apa yang sedang berlaku.
Dia belum bersedia untuk berhadapan dengan semua ini.

SeductionWhere stories live. Discover now