Seduction | 1

26.4K 1.6K 113
                                    

          AMANDA menelek tubuhnya yang tersarung dress sendat di hadapan cermin. Sempurna sekali dress itu memeluk setiap lekuk tubuhnya hasil bersenam setiap hari. Ditambah pula, kulitnya yang putih kemerah-merahan — perfect. Seksi!

Sesuai dengan kerjayanya. Sebut sahaja Amanda Vierra, siapa tidak kenal? Model kacukan terkenal berdarah Rusia itu.

Sudahlah rupawan dengan darah campuran, bijak dengan pencapaian ijazah didalam pembelajaran ditambah pula dengan nama yang bersih tanpa sebarang kontroversi. Makin disebut-sebut namanya. Beauty with brain, gelaran sempurna.

Wajahnya pula ditatap dengan senyuman puas. Bahagian mata yang disolek gaya smokey dan bibir penuhnya dicalit dengan gincu berona merah hati. Memang menggoda. Lelaki mana sahaja yang melihat pasti akan melutut di hadapan dia hanya untuk mendapatkan perhatiannya.

Menjadi perhatian lelaki, Amanda sudah lali dengan rasa itu. Namun, reputasinya sebagai model juga harus dijaga kerana itu bukan senang-senang lelaki mahu dekati dia.

Standardnya tinggi.

Namun, lain pula harapannya hari ini pada satu lelaki yang bertanggungjawab menanggung dendamnya. Dia mahu perhatian lelaki itu. Dia mahu mata lelaki itu hanya tertumpu pada dia dan dia mahu lelaki itu jatuh pada dia— lelaki bernama Megat Daniel Tan Sri Megat Darrius.

Matanya jatuh pada sekeping gambar yang berada diatas meja solek pula. Saban hari gambar itulah yang mengingatkan dia pada kisah silam lebih 13 tahun lalu dan membuatkan dendamnya pada lelaki itu semakin membuak-buak.

13 tahun, selama itu dia menanggung sensara atas perbuatan keluarga lelaki itu dan mulai hari ini tibalah masanya dia akan melunaskan segala dendam yang sudah berkurun terbuku di hati. Walau apa pun terjadi, walau dia harus mengorbankan apa-apa pun hanya untuk menumpaskan lelaki itu, dia akan lakukan janji dendamnya terbalas.

Dia beruntung kerana Hans bersamanya.

Tiba-tiba kenangan 10 tahun dulu terimbas di benak fikiran.

•••

"Wei, wei awek Rusia! Awek Rusia!" Jerit salah seorang budak lelaki yang asyik melepak di lorong belakang sekolah itu kepada rakan-rakannya bila ternampak Amanda yang baru keluar dari sekolah melintasi mereka.

Bukannya Amanda tidak mahu mengelak dari diganggu tetapi itu adalah satu-satunya jalan untuk dia pulang ke rumah jadi dia tiada pilihan.

"Hai Amanda!"

Berdecit mulut Amanda tatkala rambut ikal perangnya diusap dari arah tepi.

"Tepilah, aku nak balik!" Marah Amanda sambil menepis tangan lelaki itu dari terus menyentuhnya.

"Hak eleh relekslah, kau nak balik awal-awal buat apa? Buat kena sepak terajang bapak tiri kau tu je, baik kau ikut aku balik rumah aku. Dah tentu aku belai, peluk, cium kau tiap hari. Nak?" Sekali lagi wajah Amanda disentuh dan sekali lagi gadis itu menepis kuat membuatkan budak-budak lelaki itu ketawa sesama sendiri.

"Kau janganlah sombong sangat Manda, dah lah lawa. Oh aku lupa! Mak orang Rusia, kan? Patutlah lawa... tapi curang! Eh Manda, orang Rusia memang kuat curang eh?" Soal Ameer iaitu ketua kumpulan jahat itu.

Pang!

Tangan Amanda terasa kebas sebaik terpisah dengan pipi si penyoal. Dia mula naik berang. Wajah itu ditatap tajam.

"Siallah kau perempuan!"

"Kau jangan berani cakap macam tu dekat mak aku!"

"Kalau tidak kau nak buat apa? Cium aku?" Lengan Amanda ditarik kuat sehingga tubuh gadis itu bersatu dengan tubuhnya.

SeductionWhere stories live. Discover now