Seduction | 12

10.2K 733 56
                                    

          TEPAT jam 7 pagi, Daniel tersedar. Amanda yang masih lena beralaskan lengannya dipandang. Siaran yang mereka tonton malam tadi masih terpasang. Remote diambil dan TV dimatikan.

Dia sendiri tak ingat bila dia terlena bila kedua-dua mereka sepatutnya tonton filem malam tadi. Lengannya ditarik perlahan-lahan dan telefon yang masih berada didalam poket seluar ditarik keluar.

Ada mesej dari mamanya. Dia balas mesej itu dan bangkit dari sofa. Selimut yang sudah jatuh diatas lantai diambil dan diselimutkan tubuh wanita itu.

Pergi ke dapur, peti sejuk Amanda dibuka dan dia cari bahan yang boleh dijadikan sarapan pagi.

Ada roti, telur dan daging ham.

20 minit, sarapan siap dibuat. Disusun cantik-cantik diatas pinggan. Kemudian, kopi karamel instant yang berada didalam kabinet pula dibuat sebelum diletakkan bersebelahan dengan sarapan. Kedua-duanya ditutup sebelum dia kembali ke arah Amanda.

Wanita itu masih tidur. Daniel pandang Amanda dengan senyuman. Kalau hari ini dia tak kerja, mahu sahaja dia lihat wanita itu tidur sampai terjaga. Nak je dia bawakan sarapan yang dia buat tadi kepada Amanda dan lihat wanita itu makan sambil mereka berbual kosong.

"See you, my beautiful"

Dahi Amanda dikucup sekilas dan dia pergi.

Tidak begitu lama, Daniel tiba di kondominiumnya pula. Masuk sahaja rumah dua tingkat itu, dia terus disapa oleh si dara yang manis.

"Meow~"

"Good morning sayang, daddy" tegurnya kembali. Tatty diangkat dan dipeluk erat sebelum seluruh wajah Tatty dicium bertalu-talu.

Tubuhnya dijatuhkan keatas spfa bersama Tatty masih diatasnya. "Baby dah breakfast? Sorry daddy tak balik malam tadi. Do you miss me, cutie pie?" Sekali lagi wajah Tatty dicium.

"Meowww..."

"Panjangnya, rindu daddy sangatlah tu?"

Treat Tatty yang diletakkan didalam laci meja kopi didapannya diambil lalu dikoyakkan sebelum disuakan ke hadapan Tatty. Laju si dara itu menjilat menghasikan bunyi kelicap yang meruntuhkan hati si daddy setiap kali melihat anak daranya makan. Haih, anak makan pun dia boleh jatuh hati.

"Sedap sayang?"

Ting! Tong!

Kedua-dua anak beranak yang sedang asyik menikmati waktu bersama menoleh kearah pintu bila loceng rumah berbunyi. "Siapa tu?" Soal Daniel.

"Meow~"

"Duduk sini diam-diam"

Tatty balas dengan rungitan bila treat diletakkan di tepi dan dia hanya pandang daddynya yang lebih memilih pintu berbanding beri dia makan.

Jam didinding dipandang sekilas, 7:48 pagi.

Ting! Tong!

"Sabar..." ujar Daniel kuat. Tak henti-henti loceng ditekan. Kalau rosak, ganti baru!

Buka sahaja pintu, matanya yang tadi masih dalam mod mengantuk jadi segar bugar. Macam mimpi melihat manusia didepan matanya kini benar-benar didepan mata.

"Emylia?" Sapanya terlebih dahulu dengan mata yang tidak lepas memandang Emylia. Kekasihnya.

Rasa yang dahulu sentiasa memenuhi jiwanya saat dia bersama Emylia terasa kembali hadir sedikit demi sedikit melihat wanita itu didepan mata.

"Baby," seru Emylia sebelum memeluk erat tubuh sang kekasih yang masih berbaju kemeja malam tadi.

Rindunya! Ini semua sebab emosinya, kalau dia tak terlalu ikutkan emosi pasti tak bergaduh teruk sampai jadi begini. Lepas sahaja dia tersedar dari tidur didalam bilik Daniel tempoh hari dan luahkan rindunya. Daniel terus hantar dia pulang tanpa beri jawapan untuk permintaan dia.

SeductionWhere stories live. Discover now