𝐏𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆𝐔𝐄

4.2K 107 1
                                    

ㅤㅤ Pagi hari jumaat, ibu menyuruh aku untuk pergi kepasar membeli lauk pauk seperti ikan, udang dan lain lain. memang itulah rutin harian aku. aku bukanlah orang yang hidup senang atau lebih tepatnya hentak kaki terus dapat. hanya hidup sederhana dikampung halaman.

ㅤㅤ aku mengenakan baju kurung yang lusuh milik ibu, ibu memang sudah tidak memakai baju yang sudah lama ini. jadi akulah yang memakainya. walaupun lusuh dan warna luntur, aku tetap selesa dan bersyukur.

ㅤㅤ rambut panjang perang milik aku, aku leraikan. malas! aku ni memang bersifat pemalas nak ikat rambut, zaman aku kanak kanak pun begitu, nak tunggu ibu memekik baru reti nak ikat rambut.

ㅤㅤ "mari ikan segar semuanya mari!" jerit abang abang penjual disana, di tangan aku juga sudah ada dua plastik yang berisi sayur sayuran dan udang, kalini aku nak cari ikan.

ㅤㅤ suara disana agak hiruk piruk, suara yang asing masuk kedalam gegendang telingaku. meriah betul. anak mata aku tidak berhenti meliar setiap gerai gerai disitu.

ㅤㅤ aku berhenti ditengah tengah, anak mata terpaku kesuatu gerai yang menjual cucuk cucuk. Ya Allah! teringat zaman kanak kanak, dulu memang rajin aku beli.

ㅤㅤ aku mengeluarkan duit didalam poket baju, merenung duit itu memang cukup cukup untuk aku beli ikan.

ㅤㅤ aku mengeluh, nampaknya aku tak boleh membazir, lebihan baki duit nanti perlu aku pulang ke ibu semula, jimat dan jangan membazir.

ㅤㅤ sebab itulah tempat yang paling dicintai Allah ialah masjid, dan tempat yang paling dibenci Allah ialah pasar. kerana dipasar lah mereka membazir, bazirkan amalan syaitan.

ㅤㅤ aku mula berjalan untuk mencari gerai ikan segar, sedang aku menyibukkan diri dengan berjalan sambil anak mata meliar liar sekeliling, kaki aku terasa memijak satu lubang.

ㅤㅤ "awch!" aku terjelopok dijalan tar itu. habis berterabur lauk pauk yang aku beli. Ya Allah! apa aku nak cakap dekat ibu nanti. duit tak cukup pulaktu.

ㅤㅤ siku aku luka tercalar dan kaki aku mula terasa basah apabila lubang yang aku pijak tadi berisi air takungan yang keruh.

ㅤㅤ aku menayangkan wajah geli, berkerut seribu dahi aku. bau hanyir yang busuk masuk kedalam rongga hidung aku.

ㅤㅤ "kau kenapa ni duduk dekat tengah tengah jalan? nak kena pijak? ke minta sedekah?"

ㅤㅤ mendengar satu suara garau itu, laju kepala aku mendongak untuk melihat siapa pemilik suara itu.

ㅤㅤ melompong aku dibuatnya. wajah seorang jejaka kulitnya sawo matang, sleepy eyes miliknya. rambut style belah tengah. kacak sungguh! seperti prince charming dalam cerita dongeng.

ㅤㅤ "puas tengok?" suara tegas tetapi masih terasa tenang membuatkan aku mula sedar daripada dunia aku. terkebil kebil aku dibuatnya.

ㅤㅤ aku cuba bangun dengan berhati hati. berkerut seribu dahi aku merasakan kesakitan kaki yang menyengat. package bau hanyirnya, pasrah!

ㅤㅤ aku melipat lengan baju belah kiri hingga kesiku, melihat luka yang membuatkan aku tak mampu nak tengok. aku kalau bab luka ni memang tolak tepi! memang tak suka kalau nak tengok luka, tak kisah la luka kecil atau besar. sorrylerr!

ㅤㅤ lalu dengan pantas aku mencapai plastik dilantai itu dan mengutip lauk pauk yang jatuh berantakan. punggung aku mula panas, gelisah kalau ibu marah aku. malangnya hidup!

ㅤㅤ ikutkan hati! nak aje aku menangis!

ㅤㅤ "maaf, saya jatuh tadi. tak perasan ada lubang dekat sini." ujarku kepada jejaka yang menayangkan wajah yang kosong.

C l DISEBALIK AL A'RAFWhere stories live. Discover now