𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 01

2.8K 107 0
                                    

     Aku merebahkan tubuhku diatas katil, berguling guling diatasnya seraya mengeliat macam ikan duduk dekat udara. dalam fikiran aku sudah fikir macam macam.

     aku nak kerja tetapi aku hidup susah, pelajaran pun tak tinggi sedangkan impian aku belajar sampai ke ijazah. siapa aje nak ambil aku sebagai pekerja yang banyak kekurangan macam aku ni.

     kaki mula melangkah ke meja solek dan menyikat rambut lebatku dengan rapi. lalu, bibir mengukirkan senyuman dan berpusing pusing macam angan angan jadi princess.

     "how beautiful i am" gumamku sendiri. puji diri sendiri itu harus, siapa lagi kita mengharapkan untuk orang puji kita.

     kaki mengorak langkah keluar daripada bilik, melihat kak hasya yang sedang bermain telefon bimbit miliknya.

     "kak hasya, ibu mana?" aku mula berdiri dihadapannya.

     "kat luar, tengah sapu sampah" jawapnya dengan malas, sedap betul goyang kaki tersengih sengih macam kerang busuk atas sofa.

     "chat boyfriend la tu tersengih sengih"

aku melirik kearah tingkap, suara orang yang sedang menyapu itu jelas ibu. aku mula berjalan berdiri dihadapan pintu rumah.

     "ibu, sinilah haura buat. kenapa tak panggil haura tadi dalam bilik." kataku, lalu anak mata aku mula melirik kearah kak hasya diatas sofa.

     "kak hasya kenapa tak tolong ibu? dekat luar panas terik tahu, kesian ibu." mula la aku berceloteh.  dasar kakak bajingan.

     rumah kami sudahla panas, rumah kampung diperbuat dari kayu. beginilah jika hidup susah. tapi kalau malam, sejuk!

     kak hasya buat tak endah saja apa yang ku katakan, aku berdecit dan kaki mengorak langkah keluar rumah.

     "ibu sini biar haura buat"

     penyapu bertukar tangan, ibu berterima kasih padaku dan memberikan senyuman nipis.

     aku sibukkan diri dengan menyapu halaman rumah bersama air peluh yang merembes keluar didahi, melihat dua buah kereta hitam yang memakirkan kereta dihadapan rumahku.

     aku berhenti menyapu, berdiri tegak. jantung mula bekerja dengan laju, kenapa pula ini. takut kalau tiba tiba orang jahat mahu menculik aku.

     kelihatan lelaki tinggi lampai bersama baju suitnya mula keluar daripada perut kereta. membulat mataku, bukan sorang aje! tetapi tiga jejaka kacak.

     kemudian aku melirik kearah seorang wanita yang memakai tudung, cantik orangnya, ayu.

     "asslammualaikum" wanita itu mula memberi salam, kelihatan ibu, dan kak hasya turut keluar untuk melihat kejadiaan.

     "waalaikumsalam" aku dan yang lain menjawap serentak.

     "alhamdulillah.. kami dari syarikat solorise datang kesini, untuk membantu keluarga yang memerlukan." kata wanita itu lembut. senyuman terukir dibibirnya.

     "jom.. masuk dulu." kata ibu. kaki kami mula mengorak langkah dan melabuhkan punggung diatas sofa.

     aku masih diam. masih keliru dan tidak faham.

     "nama saya naila, naila inara. boleh panggil apa apa je" ujar kakak cantik itu, suka aku melihatnya, sopan santun.

     "yang ni husband saya, anaqi. pemilik syarikat solorise."  inara menunding jari seraya mula melihat kearah suaminya.

C l DISEBALIK AL A'RAFWhere stories live. Discover now