ㅤㅤ Menjelang malam penuh kecewa.
ㅤㅤ Malam itu terasa lebih panjang dari biasa. Hati aku masih dibalut dengan luka yang baru. Setiap kali aku cuba pejamkan mata, bayangan perempuan yang aku lihat bersama Hud tadi muncul semula, mengganggu fikiran aku.
ㅤㅤ Walaupun Hud berkali-kali cuba bercakap dengan aku, aku tetap mengelak, tidak mampu berdepan dengannya.
ㅤㅤ Sejak kejadian tadi, kami langsung tidak bertegur sapa. Hud cuba mendekati aku, tapi aku hanya menjauh, menahan diri daripada terus menangis.
ㅤㅤ Hati aku berkecamuk antara rasa sakit, marah, dan kecewa. Hud yang aku kenal... dia tak mungkin akan buat begitu. Tapi, perasaan ragu-ragu itu terus menghantui fikiran aku.
ㅤㅤ Aku baring di atas katil, berputar-putar dalam fikiran sendiri. Setiap kali terdengar bunyi pintu bilik terbuka, aku tahu Hud cuba masuk, tapi aku cepat-cepat berpura-pura tidur, tak mahu berdepan dengannya. Rasanya... aku belum bersedia. Aku belum mampu hadapi kenyataan ini.
ㅤㅤ Malam semakin larut. Suasana rumah semakin sunyi, hanya bunyi kipas berputar mengisi keheningan. Mata aku merenung siling, perasaan ini tidak juga reda.
ㅤㅤ kaki melangkah keluar dari bilik, aku menoleh, kelihata bilik tetamu khas dirumah kami pintunya sedikit terbuka. laju aku mendekat dan mencuri curi pandangan.
ㅤㅤ Tiba-tiba, aku terdengar suara. Perlahan tapi jelas... suara Hud. Pintu bilik sedikit terbuka, dan aku dapat dengar dia bercakap seorang diri, atau lebih tepat lagi, berdoa.
ㅤㅤ “Ya Allah, aku bersalah pada isteri aku... Kau tenangkanlah hati dia... Kau kuatkanlah hati dia supaya dia dapat maafkan aku. Aku sayangkan dia, ya Allah, aku tak pernah berniat nak sakiti dia...”
ㅤㅤ Aku terkaku. Suara Hud semakin serak, ada esakan yang cuba dia tahan. Terdengar jelas nada kesedihan yang sangat mendalam. Hud menangis. Aku tak pernah dengar dia menangis seperti ini.
ㅤㅤ "Ya Allah, kembalikanlah kepercayaan Haura kepada aku. Aku gagal sebagai suami... tolonglah, ya Allah, aku mohon Kau bukakan hati dia untuk memaafkan aku. Aku janji, aku akan perbaiki diri aku... aku akan jaga dia lebih baik dari sebelumnya..."
ㅤㅤ "Ya Allah, jika benar rasa ini dari-Mu, kuatkanlah hati hamba untuk menghadapi segala ujian. Lindungi kami berdua daripada hasutan syaitan, dan jauhkan segala keburukan yang boleh merosakkan hubungan kami. Berikanlah petunjuk-Mu, agar kami sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Mu. Amin."
ㅤㅤ Doa hud boleh menunjukkan keikhlasan dan harapan suami dalam menjaga hubungan, sambil aku mendengar dalam senyap.
ㅤㅤ Luluh hati aku mendengar doa Hud. Aku pandang ke arah pintu yang sedikit terbuka, menahan air mata yang mulai bergenang.
ㅤㅤ Setiap kali aku dengar dia menyebut nama aku dalam doanya, rasa bersalah dalam diri ini semakin besar.
ㅤㅤ Hud yang selalu teguh, yang selalu menjadi sandaran aku... sekarang sedang merayu kepada Allah dengan penuh hiba, seorang diri.
ㅤㅤ Biasanya, kami akan solat berjemaah, sama-sama bersujud di hadapan Tuhan. Tapi malam ni, Hud solat sendirian, tanpa aku di sebelahnya.
ㅤㅤ Itu yang paling menyakitkan. Aku sepatutnya berada di sana bersamanya, tapi aku... aku memilih untuk menjauh. adakah aku terlalu melampau ya Allah?
ㅤㅤ Air mata mulai mengalir perlahan di pipi aku. Aku tidak sangka perasaan marah dan kecewa yang aku simpan selama ini membuatkan aku begitu jauh dari dia, dari suami yang aku cinta.
ㅤㅤ Aku bergerak perlahan dari berdiri tegak, dengan hati yang berbelah bagi. Aku tak mahu terus lari, tapi pada masa yang sama, aku masih terluka.
ㅤㅤ Aku buka pintu bilik sedikit demi sedikit, dan di hadapan aku, Hud masih dalam sujudnya, lama. Bunyi tangisannya semakin jelas, dan aku... aku tak mampu menahan lagi.
ㅤㅤ "abang.." aku memanggil namanya dengan suara perlahan.
ㅤㅤ Hud segera menoleh selepas saja habis solat, matanya merah, wajahnya penuh dengan kesedihan.
ㅤㅤ Aku tahu dia cuba sembunyikan perasaannya, tapi segalanya jelas. Aku melangkah ke arahnya perlahan-lahan, dan ketika dia cuba berdiri, aku langsung menghampiri dan memeluknya erat.
ㅤㅤ “Maafkan haura, abang...” bisik aku dengan suara bergetar.
ㅤㅤ "haura terlalu marah... haura terlalu kecewa... tapi haura tak pernah nak jauh dari abang."
ㅤㅤ Hud memejamkan mata, dan aku dapat rasakan lengannya yang bergetar, membalas pelukan aku dengan erat.
ㅤㅤ "abang yang sepatutnya minta maaf, sayang. abang tak sangka benda ni jadi. abang janji... abang janji takkan ada apa-apa lagi yang buat sayang rasa macam ni. i can't lost you."
ㅤㅤ Kami berpelukan lama, membiarkan semua perasaan terpendam itu mengalir keluar bersama air mata. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi, hanya bersandar pada bahunya, merasai kehangatan yang selama ini menjadi pelindung aku.
ㅤㅤ jika ada peluang. aku akan memberikan hud ruang untuk menjelaskan semuanya.
YOU ARE READING
C l DISEBALIK AL A'RAF
Romance𝅄 ֺ ⤹ 𝐇𝐔𝐃 𝐀𝐋 𝐀'𝐑𝐀𝐅 𝐥 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐈𝐀[ 2nd story ] "rambut dah la karat, baju lusuh. miskin eh?" - Hud Al A'raf Haura, seorang gadis kampung yang hidup dalam kesederhanaan, tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Hud Al-A'raf d...