ㅤㅤ menjelang pagi , selepas segala kekalutan yang melanda, aku berdiri di hadapan almari pakaian, sibuk memilih baju untuk persiapan balik ke kampung.
ㅤㅤ Tangan aku pantas menyusun pakaian satu demi satu ke dalam beg, sambil hati berasa sayu mengenangkan ibu dan Kak Hasya. Rindu itu semakin kuat, apatah lagi selepas pertemuan di hospital tempoh hari.
ㅤㅤ Selesai mengemas beg, aku berpaling dan melihat Hud yang sedang duduk di atas katil, memerhatikan aku dengan dahi berkerut.
ㅤㅤ "Sayang, awak betul-betul nak balik kampung ke?" tanya Hud dengan suara lembut, namun aku dapat dengar nada ragu-ragu dalam pertanyaannya.
ㅤㅤ Aku mengangguk sambil tersenyum kecil.
ㅤㅤ "Ya, abang. haura rindu sangat dengan ibu dan Kak Hasya. Lagipun, dorang dah datang minta maaf waktu haura dan abang dekat hospital dulu."
ㅤㅤ Hud menarik nafas panjang, wajahnya masih nampak ragu.
ㅤㅤ "abang... bukannya tak setuju. Cuma, abang takut. Takut kalau dorang ulang balik apa yang dah berlaku sebelum ni."
ㅤㅤ Aku berhenti sebentar, cuba menenangkan hati Hud. Aku faham ketakutannya.
ㅤㅤ memandangkan apa yang telah aku lalui bersama keluargaku bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan.
ㅤㅤ Aku melangkah mendekatinya, duduk di sebelahnya di atas katil.
ㅤㅤ "abang, haura faham kenapa abang risau. Dulu memang semuanya sangat menyakitkan. Tapi masa dekat hospital tu, haura dapat rasa keikhlasan dari ibu dan Kak Hasya. Dorang betul-betul nak betulkan hubungan ni."
ㅤㅤ Dia diam sejenak, matanya merenung jauh, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
ㅤㅤ "Kalau sayang rasa dorang betul-betul ikhlas, abang akan percayakan keputusan awak. Tapi kalau dorang buat awak sakit lagi, abanf tak akan maafkan dorang," katanya tegas, sambil menggenggam tanganku erat.
ㅤㅤ Aku tersenyum, berasa lega dengan sokongannya.
ㅤㅤ "Terima kasih, abang. haura tahu abang hanya nak yang terbaik untuk haura."
ㅤㅤ Hud tersenyum kecil, walaupun masih ada sedikit keraguan dalam matanya.
ㅤㅤ "when we want to leave?" dia bertanya, cuba mengalihkan perbualan.
ㅤㅤ "Lepas solat Zohor nanti. haura dah siapkan semua, baju abang pun haura dah siapkan." jawabku sambil menunjukkan beg yang sudah siap di kemaskan.
ㅤㅤ Hud memandang beg itu, kemudian kembali memandangku.
ㅤㅤ "thanks cinnamon, abang akan pastikan semuanya berjalan lancar. Kita balik sekejap je, kan?" dia bertanya, masih ada nada bimbang dalam suaranya.
ㅤㅤ Aku mengangguk.
ㅤㅤ "Ya, sekejap je. Kita tengok keadaan dulu. Kalau semuanya baik, kita stay lama sikit. Kalau tak, kita balik esok."
ㅤㅤ Hud akhirnya mengangguk perlahan, seperti sudah bersedia dengan keputusan itu. Aku tahu ini bukan mudah untuk dia, apatah lagi setelah apa yang berlaku antara aku dengan keluarga sebelum ini.
ㅤㅤ Tapi kali ini, aku rasa yakin. Ibu dan Kak Hasya benar-benar ingin perbaiki hubungan kami. Mereka datang ke hospital dengan air mata dan rasa bersalah, dan aku rasa mereka layak diberi peluang.
ㅤㅤ Selepas selesai mengemas segala persiapan, aku memandang Hud sekali lagi, dan dia memberi senyuman kecil yang memberi isyarat bahawa dia akan tetap bersamaku tidak kira apa pun yang berlaku.
ㅤㅤ Hari ini, kami akan pulang ke kampung, tapi kali ini dengan hati yang sedikit lebih ringan. Semoga semuanya berjalan seperti yang aku harapkan.
YOU ARE READING
C l DISEBALIK AL A'RAF
Romance𝅄 ֺ ⤹ 𝐇𝐔𝐃 𝐀𝐋 𝐀'𝐑𝐀𝐅 𝐥 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐈𝐀[ 2nd story ] "rambut dah la karat, baju lusuh. miskin eh?" - Hud Al A'raf Haura, seorang gadis kampung yang hidup dalam kesederhanaan, tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Hud Al-A'raf d...