𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 14

1.9K 82 4
                                    

ㅤㅤ Aku mencelik mata daripada tidur, meraba raba katil disebelahku, kelihatan sosok hud hilang dan tidak merasa dia ada disebelahku.

ㅤㅤ terus aku bangun dan menggosok gosok mata. kaki mengorak langkah masuk kedalam bilik air untuk mencuci muka dan mengikat rambut.

ㅤㅤ apabila wajah sudah segar daripada mengantuk, terus kaki mengorak langkah turun kebawah kelihatan mama yang sedang menyiapkan sarapan.

ㅤㅤ "mama.. hud mana?" soalku.

ㅤㅤ mama tidak menoleh kearahku. malah dia terus sibuk menyiapkan sarapan.

ㅤㅤ "anak aku pergi kerja" jawap mama dengan malas.

ㅤㅤ "bila mama? haura tak sedar"

ㅤㅤ mama mula mendengus kasar.

ㅤㅤ "tulah jadi isteri derhaka pada suami, sepatutnya isteri yang kejutkan suami, ni kau? dia pergi kerja nak cari duit untuk kau pun, kau tak sedar. sebab itulah hidup kau miskin, kena buang dengan darah daging sendiri, memang patut pun, dasar tak kenang budi."

ㅤㅤ aku mula tersenyum nipis, terasa. tetapi aku sabar, terkadang ayat mama memang betul, sepatutnya aku yang mengejutkan suami aku.

ㅤㅤ "kau berkahwin dengan hud, sebab nak kikis duit keluarga aku kan? tengoklah.. kau sekarang duduk dekat rumah besar, tempat tidur selesa, baju tidur kau pun mahal, hud belikan. dulu kau mana pernah rasa macam ini kan?"

ㅤㅤ Ya Allah.. aku hanya mampu bersabar. aku tiada niat untuk kikis duit suami aku sendiri. walhal aku tidak suka hidup mewah lebih tepatnya. aku lebih suka hidup sederhana seperti dahulu, tapi ibu dan kak hasya buang aku.

ㅤㅤ aku pagi pagi hanya niat nak mencari suami, tahu tahu dapat makan ayat pedas dari mentua. mentua dari nerakahh. eh! tak baik haura! astaufirullah!

ㅤㅤ "mama siapkan sarapan untuk kita ke?" aku mula tukar topik.

ㅤㅤ "untuk aku dan suami aku je, kau tak payah makan. pandai pandai lah kau cari makan sendiri."

ㅤㅤ "tapi ma.. haura lapar, semalam haura makan sikit aje.." ujarku bersama tangan sebelah diletakkan diatas diperut.

ㅤㅤ aku tak menafikan, memang betul. semalam aku makan sedikit kerana tidak ada selera untuk makan selepas apa yang mama berikan pada aku.

ㅤㅤ "itu masalah kau, haura. siapa suruh kau makan sikit semalam?"

ㅤㅤ aku hanya mengangguk kecil. berdiri tegak seperti tugu negara. tidak tahu apa yang perlu aku lakukan.

ㅤㅤ tiba tiba papa mula menyapa dari belakang. kelihatan papa yang mengenakan baju kemeja miliknya untuk berlabuh pergi ke kerja.

ㅤㅤ "eh haura, makan dah? jom makan sekali" pelawa papa yang sudah duduk diatas kerusi.

ㅤㅤ "dia dah makan dah, kan haura?" ujar mama secara tipu seraya menjelingku tajam.

ㅤㅤ "d.. dah papa, haura dah makan, kenyang dah. haura naik dulu ya? pergi kerja elok elok tau, asslammualaikum."

ㅤㅤ aku menghulurkan tangan untuk menyalam papa, aku tahu dia ingin pergi sebaik saja sarapan pagi.

ㅤㅤ terus kaki mengorak langkah berlari keanak tangga dan bersandar dihujung kepala katil. menggenggam baju dibahagian perut dengan kuat.

ㅤㅤ terasa perutku menari nari dengan bunyi yang begitu lapar kebulur. adeh! mana aku nak mencari makanan, dah mak mentua tak bagi. redha ajelah komeee.

ㅤㅤ semasa beberapa jam aku terkurung didalam bilik dan membersihkan diri, terus hajat ingin turun kebawah mengambil udara segar diluar.

ㅤㅤ semasa ingin mula memulas tombol pintu, terasa sukar untuk aku buka, mencuba banyak kali tetap tidak terbuka. serasa dikunci dari luar.

C l DISEBALIK AL A'RAFWhere stories live. Discover now