ㅤㅤ Pagi itu, cahaya matahari menyelinap masuk melalui celahan langsir, membangunkan aku dari tidur yang lena. aku perlahan lahan mengeliat sambil menarik nafas panjang, melepaskan sisa sisa penat dari hari semalam.
ㅤㅤ mata aku terbuka perlahan, dan aku tersenyum melihat katil kosong di sebelahku. hud mesti dah bangun awal.
ㅤㅤ aku bangun, masih dalam keadaan mamai, sambil menarik selimut untuk mengemas katil. langkah aku diatur perlahan keluar dari bilik tidur, menuju ke ruang tamu. di situ, aku nampak si suami sudah bersandar di sofa, berpakaian kasual dengan t shirt dan seluar jogger, matanya khusyuk memandang telefon.
ㅤㅤ "abang" aku memanggil sambil berjalan menghampirinya, mata masih berat. Hud menoleh dengan senyuman kecil terukir di wajahnya.
ㅤㅤ "good morning my cinnamon" dia menyapa lembut, meletakkan telefon di atas meja.
ㅤㅤ "dah bangun? tidur okay ke semalam?"
ㅤㅤ aku hanya mengangguk perlahan, lalu duduk di sebelah Hud, kepala aku dengan selamba bersandar di bahunya. Bau segar daripada baju hud memberikan sedikit kesegaran di pagi hari.
ㅤㅤ aku senang dapat bersandar pada dia, walaupun masih ada satu perkara yang membebankan fikiran aku sejak kebelakangan ini.
ㅤㅤ hud juga melentokkan kepalanya dikepala aku.
ㅤㅤ "abang" aku memulakan perbualan dengan suara perlahan. hud mengerling aku, menanti kata kata seterusnya.
ㅤㅤ "haura... nak jumpa mama." suara aku perlahan, tapi jelas. aku tahu ini topik yang berat untuk dibincangkan, dan aku sendiri tak pasti bagaimana reaksi hud.
ㅤㅤ hud diam sejenak, wajahnya berubah sedikit serius. dia meletakkan lengannya di sekeliling bahuku, mengusap perlahan lahan seolah olah cuba memberi kekuatan.
ㅤㅤ "kenapa tibatiba nak jumpa mama?" hud bertanya, lembut tetapi ada nada bimbang di hujung suaranya.
ㅤㅤ aku menarik nafas panjang.
"dah lama sangat, abang. sejak kita kahwin, haura tak pernah cuba dekat dengan mama lagi. walaupun dulu mama halau haura, dera haura… tapi haura tetap anak menantu dia. haura tak nak hubungan ni berlarutan jadi tak baik. haura nak cuba perbaiki."
ㅤㅤ "haura lagi lah rindukan papa, papa baik sangat" sambungku bersama sengihan dibibir.
ㅤㅤ aku tahu hud sayangkan mamanya, walaupun mama mentua aku dulu pernah melakukan banyak perkara yang menyakitkan hati dan fizikal aku.
ㅤㅤ dari hari pertama aku kahwin dengan hud, mama memang tak suka aku. dia rasa aku tak cukup baik untuk hud. tapi aku tak pernah berdendam, sebab aku tahu, hud pun tersepit antara aku dan mamanya.
ㅤㅤ hud menarik nafas panjang. tangannya masih tak lepas dari mengusap bahu aku, cuba tenangkan hati aku yang mula gelisah.
ㅤㅤ "sayang. abang faham. tapi abang risau kalau... mama buat benda yang sama lagi." nada suaranya berat, jelas menunjukkan kebimbangan.
ㅤㅤ aku pandang Hud, tersenyum kecil.
ㅤㅤ "haura tahu, abang. tapi haura nak cuba juga. sekurang kurangnya, kalau ada peluang untuk berbaik, haura nak ambil. haura tak nak hidup dengan rasa bersalah sebab tak pernah cuba perbaiki hubungan ni."
ㅤㅤ hud mengeluh kecil, tapi dia mengangguk perlahan.
ㅤㅤ "Kalau itu yang haura nak, abang sokong. tapi abang ikut sekali. I won't leave you alone"
ㅤㅤ aku tersenyum kecil, rasa terharu dengan sokongan hud. aku tahu dia selalu ada di belakang aku, walaupun ini bukan perkara yang mudah untuk dia juga.
ㅤㅤ "terima kasih, abang." aku memeluk Hud erat, rasa lega kerana dia sentiasa memahami keinginan aku, walaupun kadang kadang sukar.
ㅤㅤ "anything for you, cinnamon" hud membalas pelukan aku dengan erat juga, sambil mengusap rambut aku lembut.
ㅤㅤ "abang tak nak tengok isteri abang sedih."
ㅤㅤ kami duduk diam seketika, menikmati kehangatan pagi dan ketenangan saat itu. hud terus memeluk aku, dan aku bersandar dengan rasa tenang. namun, dalam hati, aku tahu pertemuan dengan mama mentua nanti mungkin tidak akan mudah. tetapi aku juga yakin, dengan hud di sisi, aku boleh hadapi apa saja.
ㅤㅤ "bila sayang nak jumpa mama?" hud akhirnya bertanya, memecahkan keheningan.
ㅤㅤ aku menarik nafas panjang. "petang ni, boleh? pweesseeee"
ㅤㅤ hud angguk setuju. kelihatan dia sedikit terkejut. "okey.. sayang"
ㅤㅤ aku senyum lega. hud sentiasa menjadi lelaki yang tenang dan bijak dalam membuat keputusan. walaupun dia ada masa masa dia tegas dan serius, dia sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kami.
ㅤㅤ "abang memang suami yang terbaik!" aku usik dia sambil mencubit pipi hud lembut.
ㅤㅤ "haura bertuah sangat ada abang."
ㅤㅤ hud ketawa kecil sambil menggeleng kepala.
ㅤㅤ "sayang ni... puji abang banyak banyak sebab abang setuju nak jumpa mama ye?"
ㅤㅤ aku tersengih.
ㅤㅤ "mestilah! Abang kan hero haura."
ㅤㅤ hud tergelak kecil sambil menggenggam tangan aku.
ㅤㅤ "asalkan haura bahagia, abang pun bahagia."
ㅤㅤ kami duduk bersama sama di sofa itu, masing masing tahu bahawa petang nanti akan menjadi hari yang penting. hari yang mungkin akan mengubah segalanya.
ㅤㅤ aku hanya berharap, segala usaha untuk memperbaiki hubungan dengan mama mentua akan membuahkan hasil, dan aku boleh hidup dalam keluarga yang lebih harmoni dengan hud di sisi.
YOU ARE READING
C l DISEBALIK AL A'RAF
Romance𝅄 ֺ ⤹ 𝐇𝐔𝐃 𝐀𝐋 𝐀'𝐑𝐀𝐅 𝐥 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐈𝐀[ 2nd story ] "rambut dah la karat, baju lusuh. miskin eh?" - Hud Al A'raf Haura, seorang gadis kampung yang hidup dalam kesederhanaan, tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Hud Al-A'raf d...