haura || 32

998 46 1
                                    

ㅤㅤ Setelah  berminggu-minggu di hospital, akhirnya kami pulang ke rumah. Aku rasa keletihan, tapi bahagia dapat kembali ke ruang yang tenang, tempat aku dan Hud berkongsi begitu banyak kenangan.

ㅤㅤ Rumah kami mungkin agak besar, tapi tidak semua tempat aku jejak. penuh dengan kehangatan dan kasih sayang.

ㅤㅤ Hud duduk di sofa ruang tamu, wajahnya masih nampak sedikit lelah, tapi dia tersenyum melihat aku sibuk menyediakan teh di dapur.

ㅤㅤ Aku bawa cawan teh panas ke arahnya dan duduk di sebelahnya, meluruskan kaki di atas sofa.

ㅤㅤ "Penat sangat ke, abang?" aku bertanya, memandang wajahnya yang masih ada kesan luka, walaupun sudah hampir sembuh.

ㅤㅤ Hud menggeleng perlahan, senyumannya tidak pernah pudar.

ㅤㅤ "Tak penat sangat. Cuma rindu nak duduk rumah dengan sayang."

ㅤㅤ Aku ketawa kecil. "Yelah tu. Cakap je rindu nak baring, nak tengok TV, kan?"

ㅤㅤ Hud ketawa bersama. "Mungkin sikit. Tapi betul, abang rindu masa kita berdua dekat rumah. sayang tak rindu ke?"

ㅤㅤ Aku memandangnya, tersenyum manis. "Mestilah rindu, abang. Duduk rumah dengan abang rasa lain, tenang sangat."

ㅤㅤ Kami terdiam seketika, hanya menikmati momen bersama. Tapi aku perasan Hud masih memandang aku, matanya tak lepas dari wajah aku.

ㅤㅤ "Ada apa abang tengok haura macam tu?" aku bertanya, tiba-tiba rasa segan.

ㅤㅤ Hud menghela nafas panjang.

ㅤㅤ "abang tengok, sebab abang sayang sangat dekat sayang. Tapi... abang pun perasan ada sesuatu yang abang nak cakap."

ㅤㅤ Aku memandangnya, dahi berkerut sedikit. "Apa dia?"

ㅤㅤ Hud berpaling menghadap aku, tangannya perlahan-lahan menggenggam tangan aku.

ㅤㅤ "Sayang, abang tahu kita dah kahwin lama, dan abang pun selalu cuba buat yang terbaik untuk sayang. Tapi abang perasan, aurat sayang... kadang-kadang sayang tak jaga dengan betul."

ㅤㅤ  Aku tergamam seketika, tak tahu nak jawab apa. Aku tahu Hud bukan jenis yang suka memarahi atau menyindir, tapi kali ini dia cakap dengan penuh kesungguhan.

ㅤㅤ Matanya menunjukkan yang dia risau, bukan untuk diri dia, tapi untuk aku.

ㅤㅤ "Abang maksudkan apa?" aku tanya perlahan, cuba memahami.

ㅤㅤ Hud mengelus lembut tangan aku.

ㅤㅤ "abang cuma nak sayang lebih jaga aurat sayang. abang tahu sayang cantik, abang tahu sayang pun ada cara sendiri, tapi abang tak nak kecantikan tu dilihat orang lain. Hanya abang yang layak tengok. abang nak awak jadi isteri yang solehah, bukan sebab abang paksa, tapi sebab abang nak sayang dekat dengan Allah."

ㅤㅤ  Kata-katanya masuk terus ke hati aku. Aku tunduk sedikit, berfikir tentang apa yang dia cakap.

ㅤㅤ Bukan aku tak tahu tentang aurat, bukan aku tak pernah dengar nasihat sebegini. Tapi bila Hud yang bercakap, ia terasa berbeza. Ia lebih mendalam.

ㅤㅤ Hud melihat aku diam dan terus menyambung, lembut tapi penuh makna.

ㅤㅤ "abang cuma nak sayang faham, abang sayang awak sebab abang ni diri sayang. Tapi abang rasa tanggungjawab abang sebagai suami untuk pastikan sayang jaga diri, jaga aurat, jaga iman awak. abang tak nak kita lalai, sebab dunia ni sementara. Dan kita tak tahu bila kita akan dipanggil balik oleh Allah."

ㅤㅤ Air mata mula bergenang di mata aku. Kata-katanya benar-benar menyentuh jiwa. Aku sedar, Hud bukan sekadar bercakap sebagai suami, tapi sebagai pelindung yang mahu aku sentiasa berada di jalan yang betul.

ㅤㅤ "Abang, haura tahu..." aku bersuara, air mata hampir jatuh.

ㅤㅤ "haura cuba.. abang, haura cuba jadi isteri yang baik. haura tahu haura tak sempurna, tapi haura cuba."

ㅤㅤ aku memang dulunya tidak bertudung, jadi memang itulah kebiasaan aku, tapi selepas saja aku berkahwin dengan hud, aku menutupi rambut aku.

ㅤㅤ Hud tersenyum, mengelap air mata aku dengan ibu jarinya.

ㅤㅤ "abang tahu sayang, abang tahu sayang cuba. Itu yang buat abang lebih sayang awak. abang nampak usaha awak. abang cuma nak kita sama-sama berubah jadi lebih baik. abang pun bukan sempurna."

ㅤㅤ Aku mengangguk perlahan, memandangnya dengan penuh rasa syukur. Hud sentiasa ada untuk aku, walaupun dalam perkara-perkara kecil macam ini.

ㅤㅤ Dia tak pernah tinggalkan aku dalam keadaan yang keliru atau susah. Dia sentiasa ada, memimpin aku.

ㅤㅤ "Abang..." aku bersuara lembut, memandang tepat ke dalam matanya.

ㅤㅤ "terima kasih sebab sentiasa ada untuk haura. haura janji, haura akan jaga diri haura lebih baik lepas ni. haura nak jadi isteri yang abang banggakan."

ㅤㅤ Hud tersenyum lagi, kali ini lebih lembut.

ㅤㅤ "abang dah bangga dengan sayang. Setiap hari, abang bersyukur Allah bagi sayang dalam hidup abang."

ㅤㅤ Aku tersenyum kembali, air mata yang tadinya hampir jatuh, kini bertukar jadi senyuman. Hud perlahan-lahan menarik aku ke dalam pelukannya. Aku rasa selamat, hangat dalam pelukannya yang kuat.

ㅤㅤ "Terima kasih abang, sebab tak pernah putus asa dengan haura," aku berbisik dalam pelukan dia.

ㅤㅤ "awak tu isteri abang.. mana mungkin abang putus asa," jawab Hud, sambil tangannya mengusap lembut belakang aku.

ㅤㅤ Kami terus duduk begitu, dalam kesunyian yang selesa. Aku tahu, apa yang Hud katakan bukan sekadar nasihat, tapi kasih sayang yang tulus dari hatinya. Dan aku bersyukur, aku ada dia dalam hidup aku, untuk memimpin aku ke jalan yang benar.

ㅤㅤ Hari semakin lewat, tapi rasa kasih antara kami semakin kuat. Dalam hati, aku tahu, inilah yang aku mahukan. Hidup bersama dengan lelaki yang sentiasa memimpin aku, bukan sekadar dalam dunia, tapi juga menuju akhirat.

ㅤㅤ Selepas beberapa minit, aku bangkit untuk menyelesaikan sedikit kerja di dapur. Tapi tiba-tiba Hud bersuara lagi, kali ini dengan nada yang lebih ceria.

ㅤㅤ "my perfect girl."

ㅤㅤ "im yours"

C l DISEBALIK AL A'RAFWhere stories live. Discover now