Aku duduk di atas sofa, menatap kotak kecil berwarna pastel di tangan. Hati aku berdebar-debar, rasa tak sabar bercampur dengan debaran halus yang menguasai diri.
ㅤㅤ Dalam kotak itu, aku sorokkan hasil scan bayi dan pregnancy test yang aku buat bersama Zara tadi di hospital. Semuanya masih segar di ingatan.
ㅤㅤ betapa Zara teruja dengan berita itu dan berkeras mahu aku segera beritahu Hud. Tapi aku mahu beri kejutan. Hud perlu tahu dengan cara yang paling istimewa.
ㅤㅤ Petang tadi selepas selesai urusan di hospital, aku terus merancang semua ini. Aku mahu Hud ingat saat ini selama-lamanya, saat dia tahu bahawa kami bakal menjadi ibu dan ayah.
ㅤㅤ Aku tersenyum sendiri, bayangan wajah Hud terlintas dalam fikiran. Dia pasti akan terkejut, tapi aku yakin kebahagiaan itu akan melimpah ruah.
ㅤㅤ Malam itu, aku dengar enjin motor Hud berhenti di luar. Aku segera menyimpan kotak kecil itu di tempat yang aku rancang, di atas meja kopi.
ㅤㅤ Jantung aku berdegup kencang. Aku melompat dari sofa dan berlari ke arah pintu sebelum Hud sempat membuka pintu rumah.
ㅤㅤ “abang!” aku memanggilnya, suara aku penuh rindu. Tanpa menunggu reaksi dia, aku terus melompat ke pelukannya, memeluk tubuhnya erat-erat. Wajahnya kelihatan penat, tapi matanya bersinar melihat aku.
ㅤㅤ “haura rindu,” aku berkata perlahan, wajah aku menyandar di dadanya.
ㅤㅤ Hud ketawa kecil, membalas pelukan aku dengan penuh erat seraya mengucup dahiku, lama. “Rindu sangat, ya? Baru je sehari tak jumpa.”
ㅤㅤ Aku ketawa manja, sambil menggigit bibir. “Lebih dari rindu.”
ㅤㅤ Aku lepaskan pelukan perlahan-lahan dan memimpin Hud masuk ke dalam rumah.
ㅤㅤ Dia mengerutkan dahi, nampak seolah-olah tertanya-tanya apa yang sedang aku rancang. Matanya tertumpu pada kotak kecil yang terletak di atas meja.
ㅤㅤ “Sayang... ni apa?” Hud memandang aku dengan pandangan penuh teka-teki.
ㅤㅤ Aku senyum lebar, tak dapat lagi menyembunyikan rasa teruja. “Buka lah. Tengok sendiri.”
ㅤㅤ "kuih raya ke?"
ㅤㅤ "hesy! abang ni. buka aje.."
ㅤㅤ Hud mengambil kotak itu dengan hati-hati, wajahnya kelihatan serius seperti sedang bersedia untuk apa saja.
ㅤㅤ Dengan perlahan, dia membuka penutup kotak, dan sebaik saja dia melihat isinya, matanya terbeliak.
ㅤㅤ Dia memandang aku, kemudian kembali memandang kotak itu. Tangannya sedikit menggigil ketika dia mengeluarkan pregnancy test dan gambar scan dari kotak itu.
ㅤㅤ “cinnamon ...” suaranya tersekat, matanya masih tak percaya dengan apa yang dia lihat.
ㅤㅤ Aku tersenyum sambil mengangguk perlahan. “Ya, abang. Kita bakal jadi parents! .”
ㅤㅤ Hud terdiam untuk beberapa saat, seolah-olah dia masih dalam keadaan terkejut.
ㅤㅤ Tiba-tiba, dia menarik aku ke dalam pelukan yang erat. Badannya terasa bergetar, dan ketika aku mendongak, aku melihat air mata mengalir di pipinya.
ㅤㅤ “Ya Allah,... I didn't expect it... abang tak sangka...” Hud berkata dengan suara yang serak, dia memeluk tubuh aku lebih erat, seolah-olah tak mahu melepaskan aku.
ㅤㅤ Aku tersenyum sambil membalas pelukannya. Hud jarang menangis, apalagi sampai teresak-esak begini.
ㅤㅤ Aku tahu, dia terlalu terharu dengan berita ini. Aku usap lembut belakang tubuhnya, cuba menenangkan dia walaupun hati aku sendiri juga bergetar dengan rasa bahagia yang tak mampu aku gambarkan.ㅤㅤ “Sayang...” Hud mengangkat wajahnya, matanya merah dan penuh dengan air mata.
ㅤㅤ “Terima kasih... terima kasih sebab bawa kebahagiaan ni dalam hidup abang. abang tak tahu macam mana nak balas apa yang sayang buat untuk abang.”
ㅤㅤ Aku tersenyum dan menyeka air mata di pipinya.
ㅤㅤ “Tak perlu balas apa-apa, abang. Cukuplah kalau abang terus ada di sisi haura. Itu pun dah cukup buat haura bahagia.”
ㅤㅤ Hud mengangguk sambil tersenyum, air matanya masih mengalir. Dia kembali memeluk aku, kali ini lebih erat dan lebih lama.
ㅤㅤ Suasana terasa penuh dengan kehangatan, penuh dengan rasa syukur yang mendalam.
ㅤㅤ Dalam pelukan Hud, aku merasakan betapa kuatnya cinta dia untuk aku. Dia mungkin seorang lelaki yang tegas dan berani di luar, tapi di saat ini, dia adalah suami yang penuh kelembutan dan kasih sayang.
ㅤㅤ Aku tahu, dalam pelukan ini, semuanya terasa sempurna, kerana sekarang kami bukan lagi berdua, tapi bertiga.
“Sayang... We will become a family.. ,” Hud berkata dengan suara yang hampir tersekat-sekat.
ㅤㅤ “abang janji... abang akan jaga haura dan anak kita dengan seluruh hidup abang.”
ㅤㅤ Aku hanya tersenyum, air mata kebahagiaan turut mengalir di pipi aku. Malam ini, segalanya terasa sempurna.
ㅤㅤ Ya Allah.. jagalah suami dan kandungan aku Ya Allah.. mereka segalanya untuk aku. mereka kebahagiaan aku. aku tak sanggup kehilangan mereka.
YOU ARE READING
C l DISEBALIK AL A'RAF
Romance𝅄 ֺ ⤹ 𝐇𝐔𝐃 𝐀𝐋 𝐀'𝐑𝐀𝐅 𝐥 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐈𝐀[ 2nd story ] "rambut dah la karat, baju lusuh. miskin eh?" - Hud Al A'raf Haura, seorang gadis kampung yang hidup dalam kesederhanaan, tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Hud Al-A'raf d...