ㅤㅤ Bau antiseptik yang kuat menusuk hidung saat aku perlahan membuka mata. Pandangan masih kabur, tubuh terasa lemah, tapi yang paling menakutkan adalah rasa kehilangan yang tiba-tiba mencengkam hati. Hud! Mana dia?
ㅤㅤ Aku cuba bangun dari katil, tetapi sakit yang mencucuk di bahu dan kepala menghentikan pergerakanku. Walaupun begitu, hati ini tak tenteram. Di mana suami aku?
ㅤㅤ Saat akhirnya aku berjaya memaksa mata terbuka, aku dikelilingi bunyi bising mesin hospital. Nafas aku terasa berat, dada berdebar, dan tubuh terasa lemah.
ㅤㅤ Aku cuba bangun, tetapi tangan aku diikat oleh tiub infus yang tersambung ke lengan.
ㅤㅤ Aku pandang sekeliling, suasana asing di dalam bilik putih ini membuat aku keliru. Ke mana Hud? Perasaan panik mula melanda.
ㅤㅤ "abang?" Aku memanggil perlahan, suara aku serak dan hampir tak keluar.
ㅤㅤ Tiada jawapan. Hati aku mula berdegup lebih kencang. Aku cuba bangun, menahan sakit yang menusuk di bahagian tubuh, tetapi aku tak peduli. Yang aku tahu, aku perlu cari Hud. Aku perlu pastikan dia selamat.
ㅤㅤ "Abang!" Aku cuba memanggil lebih kuat kali ini, namun hanya bunyi mesin yang setia berbunyi di sekeliling.
ㅤㅤ Kaki aku lemah, tetapi aku gagahkan juga untuk bangkit, mengheret tubuh yang lemah ini ke pintu. Setiap langkah terasa seperti duri menusuk ke dalam daging, tetapi aku tak peduli.
ㅤㅤ Aku terus melangkah keluar, menoleh kiri dan kanan, cuba mencari wajah yang aku rindukan. Aku cari Hud.
ㅤㅤ Tiba-tiba, jururawat menghampiri aku, terkejut melihat aku berdiri.
ㅤㅤ “Puan, puan tak boleh bangun! Puan masih lemah, duduk dulu!” dia cuba menahan aku.
ㅤㅤ Aku menggenggam lengannya dengan lemah tetapi mata aku penuh harapan.
ㅤㅤ "Hud… suami saya, mana dia? saya nak dia.."
ㅤㅤ Jururawat itu nampak ragu-ragu, tetapi dia menghela nafas perlahan.
ㅤㅤ “Suami puan sedang dirawat di bilik lain. Dia sedang… dipantau dengan teliti.”
ㅤㅤ "Dia okay, kan? Tolong, saya nak jumpa dia." Aku terus merayu, suara aku makin terputus-putus.
ㅤㅤ Jururawat itu kelihatan serba salah, tetapi akhirnya dia mengangguk.
ㅤㅤ “Puan kena berehat dulu. Nanti saya akan maklumkan bila puan boleh melawat dia, okay?”
ㅤㅤ Aku cuba menahan air mata, cuba kuat. Tapi hati aku… hati aku terasa seolah-olah disiat-siat. Hud… lelaki yang aku cintai, lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk aku, kini berjuang di bilik lain tanpa aku di sisinya. Ketika aku paling memerlukannya, dia yang lebih menderita.
ㅤㅤ Saat aku hampir rebah, dua figura yang sangat aku kenal tiba-tiba muncul di hadapan pintu bilik. Aku tersentak seketika, mata aku terpaku pada wanita yang aku pernah anggap seperti musuh.
ㅤㅤ ibu… dan Kak Hasya.
ㅤㅤ Mereka melangkah masuk dengan perlahan, wajah penuh kerisauan dan keinsafan. Ibu kelihatan pucat, matanya merah seperti sudah lama menangis.
ㅤㅤ Kak Hasya menundukkan kepala sedikit, tidak berani menatap mata aku lama lama.
ㅤㅤ "ha.. haura anak ibu". ibu memanggil nama aku dengan suara yang bergetar.
ㅤㅤ Aku menggigit bibir, cuba menahan rasa yang bercampur-baur di hati. Aku tak tahu nak cakap apa. Dulu, mereka lah yang menyebabkan aku terluka.
ㅤㅤ Mereka lah yang memandang rendah dan menghina aku, tapi sekarang mereka berdiri di hadapan aku dengan wajah penuh kesedihan.
ㅤㅤ “Haura… maafkan ibu…,” suara ibu pecah bersama tangisan yang mula mengalir. Dia melangkah lebih dekat, berdiri di sisi aku.
ㅤㅤ “Maafkan ibu atas apa yang ibu pernah buat dulu…”
ㅤㅤ merek berdua.. berbulan sudah lama aku tidak berjumpa sejak dihalau rumah.
ㅤㅤ Aku menggigil. Air mata aku mula jatuh satu persatu. Aku tak pernah bayangkan hari ini akan tiba hari di mana ibu aku yang dulu menganggap aku tak layak, kini menangis meminta maaf.
ㅤㅤ “Ibu…” Aku cuba menelan tangis, namun suara aku serak.
ㅤㅤ “Kenapa baru sekarang…”
ㅤㅤ Ibu terus menangis, dan Kak Hasya yang berada di sebelahnya memegang bahu ibu, cuba memberi kekuatan.
ㅤㅤ "Haura, kami betul-betul menyesal. Kami… kami tak sepatutnya buat macam tu. Apa yang berlaku dulu… kami tak tahu Hud akan… akan…”
ㅤㅤ Kata-katanya terhenti di situ. Aku tahu apa yang mereka maksudkan. Hud yang selama ini melindungi aku, yang berdiri teguh di sisi aku walaupun keluarganya tak suka, kini terbaring di katil hospital, berlumuran darah, dan mereka akhirnya sedar betapa aku dan Hud saling mencintai.
ㅤㅤ “Ibu… Haura tak pernah berdendam…,” akhirnya aku bersuara, meskipun dada terasa sangat berat.
ㅤㅤ “Tapi… sekarang Hud yang menderita. Haura tak tahu apa nasib dia…”
ㅤㅤ Tangisan ibu makin menjadi, dan dia terus duduk di kerusi berdekatan katil, memegang tangan aku erat.
ㅤㅤ “Haura, ibu janji… kalau Hud selamat… kalau Hud bangun… ibu takkan halang kamu berdua lagi. Ibu akan terima Haura sepenuh hati. Ibu… ibu tak sanggup hilang Hud, dan ibu tak sanggup tengok kamu berdua menderita macam ni."
ㅤㅤ Aku hanya mampu menangis. Kata-kata ibu menusuk jauh ke dalam hati aku.
ㅤㅤ Tetapi sekarang, yang aku mahu hanya satu. aku mahu Hud selamat. Aku mahu Hud kembali pada aku, supaya kami boleh bersama lagi. Aku tak peduli apa pun yang terjadi dulu. Yang aku mahu sekarang hanyalah Hud di sisi aku, seperti biasa.
ㅤㅤ Kak Hasya kemudian menghampiri dan memegang bahu aku dengan lembut.
ㅤㅤ “Haura, sabar ya… kita doakan Hud kuat. Dia lelaki yang hebat, sama seperti yang haura selalu cakap."
ㅤㅤ Aku cuba tersenyum, walaupun air mata terus mengalir.
ㅤㅤ “Ya, Kak Hasya… Hud selalu kuat untuk Haura. Tapi… sekarang Haura risau… kalau dia tak bangun…”
ㅤㅤ “Dia akan bangun, Haura,” Kak Hasya berkata dengan yakin, suaranya tenang tetapi penuh kepercayaan.
ㅤㅤ “Hud sayang haura, dia akan buat apa saja untuk haura.”
ㅤㅤ Aku mengangguk kecil, cuba menyakinkan diri. Mata aku memandang keluar tingkap, ke arah langit yang mula berwarna jingga. Hati aku merintih.
ㅤㅤ “Abang… bangunlah… Haura perlukan abang…”
YOU ARE READING
C l DISEBALIK AL A'RAF
Romance𝅄 ֺ ⤹ 𝐇𝐔𝐃 𝐀𝐋 𝐀'𝐑𝐀𝐅 𝐥 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐈𝐀[ 2nd story ] "rambut dah la karat, baju lusuh. miskin eh?" - Hud Al A'raf Haura, seorang gadis kampung yang hidup dalam kesederhanaan, tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Hud Al-A'raf d...