ㅤㅤ aku termenung jauh, macam biasa. dikurung mama dan tidak diberi makan semasa hud tidak ada.
ㅤㅤ benci aku! nasib baiklah kali ini tidak lapar kebulur, cuma agak bosan. seperti tiada kehidupan.
ㅤㅤ 2 jam.. 2 jam Ya Allah aku dikurung tanpa makan dan minum. terkadang aku terpaksa minum air paip didalam bilik air kerana tekak terlalu kering.
ㅤㅤ kenapa dia buat aku begini? apa salah aku sampai diperlakukan sebegini? takkan hanya kerana dia tak suka, dia sanggup kurung aku macam ni... sabarlah hati, mungkin ini ujian yang aku perlu hadapi.
ㅤㅤ aku harap hud cepat cepat bawa aku keluar dari sini dan suatu hari nanti kebenaran akan terserlah.
ㅤㅤ aku juga manusia, punya hati dan perasaan. tapi kenapa dia tak boleh terima aku? adakah ini cara dia untuk tunjuk kuasa? Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk hadapi semua ini. semoga suamiku mengerti apa yang aku lalui.
ㅤㅤ aku meraup wajahku. tiada tenaga untuk terus hidup, aku gigit bibir bawah, berdoa supaya hud cepat pulang walaupun dia akan balik petang hari.
ㅤㅤ tiba tiba pintu ditendang oleh seseorang dengan kuat, terus aku menoleh dan berdiri dihujung katil, mampus.
ㅤㅤ "kau memang perempuan tak guna!" mama mula merentap lenganku dengan kuat seraya menarik rambutku sehingga aku terdongak keatas. sakit gila!
ㅤㅤ "sa.. sakit mama" aku berkerut kesakitan.
ㅤㅤ "aku kenal anak aku lagi sekarang. sejak kau datang, semuanya berubah! dulu dia selalu ada dengan keluarga, sekarang semua ikut telunjuk kau. kau buat apa sampai dia jadi macam ni? aku takkan biarkan kau rosakkan hubungan kami sekeluarga!" jerkah mama.
ㅤㅤ deraian manik jernih jatuh hebat membasahi pipi. sakitnya hatiku ya Allah. aku minta maaf mama... aku bukan menantu yang terbaik dan pembawa sial didalam rumah ini.
ㅤㅤ "kau ingat aku tak nampak ke apa yang jadi? sejak kau ada, anak aku dah lain. dia tak macam dulu, makin jauh dengan keluarga. apa sebenarnya yang kau ajar dia? aku tak suka cara kau ubah hud! jangan ingat aku akan diam saja tengok anak aku berubah macam ni!"
ㅤㅤ PANG!
ㅤㅤ aku tersungkur kelantai, menggosok gosok pipiku yang telah ditampar oleh mama. menangis teresak esak aku dibuatnya sehingga terasanya berdesing dan berdenyut denyut dibahagian kepala.
ㅤㅤ "mama.. haura minta maaf mama.." rayuku.
ㅤㅤ "sejak kau masuk dalam hidup dia, anak aku bukan lagi anak aku yang dulu! kau ni apa sebenarnya? sampai sanggup pisahkan dia dari keluarga sendiri? aku tak akan maafkan kau kalau kau terus buat dia macam ni. jangan fikir aku tak tahu permainan kau! aku takkan biar kau musnahkan hubungan dia dengan keluarga!"
ㅤㅤ BUK!
ㅤㅤ perg! sakit gila bebi mat! satu tumbukan melayang diperutku pula! terbatuk batuk aku dibuatnya, perih.
ㅤㅤ "mama, saya tak pernah berniat nak pisahkan suami dari keluarga. saya sayang dia, dan saya tahu betapa pentingnya keluarga bagi dia. tapi mama selalu salah anggap saya. saya cuba yang terbaik untuk jaga hubungan dengan mama, tapi apa pun yang saya buat, mama tetap tak suka saya. saya hanya nak kita semua hidup dalam harmoni, bukan bermusuh." ujarku bersama nangis teresak esak.
ㅤㅤ "kau tak payah nak menipu la!"
ㅤㅤ BUK!
ㅤㅤ mama mula menghempas kuat kepalaku didinding. sedikit darah mula merembes keluar.
ㅤㅤ "saya tak pernah ada niat buruk pada keluarga ni. saya hanya nak jadi isteri yang baik untuk hud, dan menantu yang hormat pada mama. tapi setiap kali saya cuba rapat, mama selalu salah faham. saya cuma mahu yang terbaik untuk suami, sama macam mama."
ㅤㅤ terus lenganku ditarik erat sehingga aku berdiri. mama mula selongkar almari almari baju aku dan hud. beg galas bewarna hitam dicampak kemuka aku.
ㅤㅤ "kau keluar daripada rumah aku, keluar!"
ㅤㅤ aku laju menggeleng seraya menangis teresak esak. melutut kearah mama, memohon supaya aku tidak dihalau. tempat mana lagi untuk aku berteduh selain rumah ini.
ㅤㅤ "ma.. tolong haura... jangan halau haura . saya datang sini dengan niat baik untuk jaga hud dan menjadi sebahagian daripada keluarga ni. hati saya hancur dengar kata kata mama. saya berjanji akan berusaha lebih untuk mendapatkan kepercayaan mama. haura tak nak kehilangan suami dan keluarga ni. tolong beri haura peluang."
ㅤㅤ mama menepis kakinya yang dipegang oleh ku. mendengus kasar seraya menayangkan wajahnya yang bengis memerah.
ㅤㅤ "kalau aku tengok muka kau dalam bilik ni lagi! aku tak teragak agak nak halau kau lebih kasar lagi, faham?" mama terus menolak tubuhku lalu beredar pergi.
ㅤㅤ dengan longlainya aku, aku berserah semuanya kepada sang pencipta. mengambil sedikit baju, seluar dan tudung dimasukkan kedalam bag hitam itu.
ㅤㅤ menyarungkan tudung sarung dikepala seperti mana suami aku ajarkan ku untuk menutup aurat. kemudian, aku tenung sehelai baju milik hud, aku peluk dan cium.
ㅤㅤ "I will miss you abang.."
YOU ARE READING
C l DISEBALIK AL A'RAF
Romance𝅄 ֺ ⤹ 𝐇𝐔𝐃 𝐀𝐋 𝐀'𝐑𝐀𝐅 𝐥 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐈𝐀[ 2nd story ] "rambut dah la karat, baju lusuh. miskin eh?" - Hud Al A'raf Haura, seorang gadis kampung yang hidup dalam kesederhanaan, tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Hud Al-A'raf d...