𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 15

2K 81 3
                                    

ㅤㅤ Ha, tak fasal fasal aku kena marah dengan hud! itulah masalahnya kalau bercakap bohong.

ㅤㅤ "you're my wife, I know everything about you." ayatnya sedikit tegas. fuh! naik bulu roma aku dibuatnya, auranya seolah olah psycho.

ㅤㅤ "ma..mana awak tahu?"

ㅤㅤ hud mula tersenyum sinis seraya menunjukkan kertas yang dibuang olehku, kertas itu sudah berkedut seribu.

ㅤㅤ membutang mataku, Ya Allah! sepatutnya aku koyakkan terlebih dahulu sebelum membuang.

ㅤㅤ "beraninya mama ugut kau, beraninya mama tak bagi isteri aku makan." katanya. dia merenung anak mataku tajam. berpeluh dahi aku dibuatnya.

ㅤㅤ melihat rahangnya diketap, bergerak gerak. mengepal penumbuk seraya urat dilehernya mula timbul.

ㅤㅤ aku telan air liur dengan kesat. takut aku dibuanya.

ㅤㅤ "jangan" aku menarik lengan hud daripada belakang seraya menggeleng geleng. dia ingin beredar pergi dan aku tahu apa yang dia mahu lakukan, dia mahu menyerang mama dibawah.

ㅤㅤ "dia mama awak.. jangan awak.. tak apa, saya pandai cari makanan sendiri" rayuku bersama suara yang agak sayu, menggosok gosok lengannya, berharap dia berhenti buat kerja gila.

ㅤㅤ "dalam setiap keadaan, aku akan cuba menjadi adil, menghormati mama dan pada masa yang sama tidak membiarkan isteri aku dianiaya atau diperlakukan dengan tidak adil."

ㅤㅤ jeda.

ㅤㅤ aku tersentak seketika apabila hud melontarkan ayat sebegitu. ayat hud menunjukkan usaha seorang suami untuk mempertahankan isterinya tanpa mengabaikan tanggungjawab dan rasa hormat terhadap ibunya sendiri, menyeimbangkan kedua dua peranan dengan sebaik mungkin.

ㅤㅤ terus lengannya direntap kuat sehingga lengan yang dipegang olehku terlerai.

ㅤㅤ "isteri aku bukan binatang la, sial." ujarnya. ayat terakhir ditekankan, aku berdiri tegak seperti tugu negara apabila figura hud mula menghilang, dia.. wanita yang melahirkan dia, hud kata mama sial? tidak. aku tak boleh duduk diam.

ㅤㅤ terus kaki mengorak langkah turun ketingkat bawah menyapa hud dan mama yang sudah bertikam lidah.

ㅤㅤ "what's your problem mama? macam ni mama layan isteri hud bila hud tiada dirumah? I can't imagine suatu hari nanti hud dah tak ada, mesti mama akan buat isteri hud lagi teruk."

ㅤㅤ aku hanya melihat kearah mereka berdua dari jauh, aku berdiri ditangga. ayat terakhir hud membuatkan aku sebak. tidak, aku tidak mampu kehilangannya.

ㅤㅤ "mama nak ajar dia"

ㅤㅤ hud mula meraup wajahnya seraya kehulur kehilir. jelas, dia sangat kusut hanya sebab aku yang tidak makan. nampak lucu pula, padahal hal kecil.

ㅤㅤ "ajar apanya? nak ajar dia mampus kebulur? nak ajar dia berkurung dalam bilik macam haiwan duduk dalam sangkar?" jerkah hud dihadapan wajah mama.

ㅤㅤ aku tersentak, hud dengan perlahan mula meninggikan suara kepada seorang ibu. aku tak boleh, aku terasa. walau bagaimana pun, dia tetap ibu kita.

ㅤㅤ "hud jangan biadap dengan mama!"

ㅤㅤ "I'm not rude, but you're acting stupid!"

ㅤㅤ PANG!

ㅤㅤ satu tamparan sudah melayang diwajahnya, terus kaki melangkah kebelakang, takut. aku takut. sangat takut.

ㅤㅤ "hud sakit mama, kekuatan hud pada isteri hud. bila hud dapat tahu isteri hud tengah kebulur, hud akan dapat rasa sesuatu masa hud tak ada. hud sayang mama, hud nak mama sayangkan haura macam mana mama sayangkan hud"

ㅤㅤ PANG!

ㅤㅤ terus aku menekup mulutku, kelopak mata mula basah, apa dosa hud pada mama sedangkan hud sudah berlembut, tetap ditampar kasar.

ㅤㅤ "aku tak kan terima perempuan macam dia dalam rumah aku hud!"

ㅤㅤ hud mula menggosok gosok pipinya yang ditampar. mama sudah mengetap rahang seraya merenung tajam anak mata hud.

ㅤㅤ "mama, hud sayang mama, tapi hud pun sayang isteri hud. hud tak minta mama terima dia dengan terbuka terus, cuma harap mama boleh bagi dia peluang. haura pilihan hud untuk hidup bersama, macam mana mama pilih papa dulu. hud nak kita semua bahagia, taknak ada rasa jauh antara kita sebab perkara ni. harap mama faham dan satu hari nanti boleh terima dia."

ㅤㅤ "kalau papa boleh terima haura, kenapa isterinya tidak?" soal hud dengan tegas. ayat yang lembut mula kembali kasar.

ㅤㅤ "mama yang melahirkan kamu hud, tapi gamaknya kamu buat macamni pada mama, syurga dibawah telapak kaki seorang ibu!" jerkah mama

ㅤㅤ "dan syurga haura dibawah telapak kaki hud!" hud membalas, anak matanya sudah memerah dek kemarahan.

ㅤㅤ PANG!

ㅤㅤ aku terus memejam mataku serapat rapatnya, apabila mama terus menampar hud dengan kasar dan kuat, terus hud jatuh melutut dan mama mula beredar keluar daripada rumah dan menghempas pintu.

ㅤㅤ tanpa membuang masa aku terus berlari kearah suami tersayang dan ikut melutut kearahnya.

ㅤㅤ aku laju memegang rahang hud, sudah memerah apabila ditampar, terus aku tersentak. lalu, deraian manik jatuh hebat membasahi pipi, aku tahu itu sangat perit.

ㅤㅤ aku pernah merasa apabila ditampar oleh ibu, oleh darah daging sendiri. kini, berbalik pada hud.

ㅤㅤ aku membelai pipi hud lalu, aku menarik kepalanya supaya terbenam dibahuku, air mata jantannya mula gugur dan basah dipakaianku.

ㅤㅤ aku mengusap usap rambutnya seraya menggosok belakangnya untuk memberikan sokongan. hud nampak manja.

ㅤㅤ aku juga sakit seperti mana hud sakit apabila melihatku kebulur dan aku sakit apabila melihat suami ditampar.

ㅤㅤ "aku..aku minta maaf haura I failed to be the best husband for you" ujar hud. nada suaranya sangat perlahan membuatkan aku turut menangis.

ㅤㅤ "a.. abang.." tergagap gagap aku apabila kali pertama aku memanggilnya abang.

ㅤㅤ hud dengan perlahan mula mengangkat kepala dan melihat kearahku, aku tersenyum kecil dalam tangisan, melihat wajah hud yang begitu sembap kerana menangis.

ㅤㅤ "kau.. panggil aku abang?" soalnya.

ㅤㅤ aku angguk perlahan, aku menyeka air mata. cuba untuk tidak menangis dihadapannya. lalu, aku menyeka air mata hud menggunakan ibu jariku.

ㅤㅤ "abang, tengok abang menangis buat hati saya sedih sangat. abang rasa tak cukup bagus, padahal abang dah buat lebih dari cukup. dalam mata saya, abang suami yang terbaik. tak ada orang yang sempurna, tapi saya hargai segala usaha dan cinta abang. jangan terlalu keras kat diri sendiri, abang. kita sama-sama jalan benda ni, saya ada dengan abang, tak kira apa jadi."

ㅤㅤ terus pinggang rampingku dirangkul erat, legannya melilit setiap inci tubuhku. kepalanya dibenamkan dileherku.

ㅤㅤ "thanks my cinnamon. aku.. aku sayang kau. i can't lost you"

ㅤㅤ aku tersenyum kecil.

ㅤㅤ "no metter what happens, haura selalu ada dengan abang. kita ni team, through ups and downs. kalau abang penat, let me be your support, kalau abang happy, I'll share that joy with you. dont worry, we'll face everything together. as long as we have each other, we'll be okay. i got your back, always."

C l DISEBALIK AL A'RAFWhere stories live. Discover now