Perjalanan menuju kebahagiaan
Bertahun berlalu, masa terasa begitu cepat. Sofya kini sudah mencecah umur 4 tahun. Dia membesar dengan penuh kasih sayang di antara kami. Setiap kali dia bercakap, ketawaku tidak dapat ditahan.
Walaupun kadang-kadang bicaranya pelat, tetapi itu yang membuatkan setiap percakapan daripadanya menjadi lebih comel. "Mama, nak kucing!" katanya dengan penuh semangat, membuatkan aku dan Hud tersenyum lebar.
Hari ini adalah hari yang paling bahagia. Kami berada di lapangan terbang, bersiap sedia untuk penerbangan yang sudah lama dinantikan. Hud telah berjanji akan membawa kami ke tempat suci, Makkah, untuk menunaikan umrah. Aku masih ingat ketika Hud pertama kali mengungkapkan niat ini. hati aku bergetar penuh rasa syukur.
Saat kami beratur untuk masuk ke pesawat, Sofya sentiasa melekat di sisi Hud. Dia memegang tangan papanya dengan erat, seperti tak ingin melepaskan. Melihat itu, rasa jeles mula menjelma dalam diriku.
"Hey awak! papa mama punya. suka hati aje awak ambil papa dari mama" kataku sambil mencebik, membuatkan Hud ketawa.
"mama busuk bau kambing" ejek hud sambil meletuskan ketawa membuatkan tangan aku mendarat menampar ke bahunya sehingga dia menghaduh.
sofya yang melihat sudah terkekeh, pipi dia bulat buatkan aku nak kunyah!
"Jangan risau, sayang. Sofya sayangkan mama dan papa sama" Hud menenangkan sambil mengusap kepala Sofya.
"Tapi, kita berdua juga boleh beri mama perhatian, kan, Sofya?"
Sofya mengangguk dengan mata yang bersinar, tidak sedar bahawa ini adalah taktik Hud untuk mencuri hatiku kembali. Dia terus menyandar kepadaku sambil tersenyum, seolah-olah menyatakan
"Mama, sofya milik papa, tapi sofya sayang mama juga." Saat itu, rasa jelesku hilang, tergantikan dengan rasa cinta yang mendalam.
" tapi mama jangan seronok sangat, papa is my boyfriend. my first love! mama pergi tidur dekat kandang kambing" ujar sofya. hud sudah tersengih sengih seperti kerang busuk, dia meraba tubuh kecil sofya.
aku terus menjeling dan menyilangkan tangan didada. aku mengusik. memang betul kata sofya, anak perempuan. cinta hati pertama ayahnya. tapi aku tidak pernah merasakan kasih sayang seorang ayah.
Dalam pesawat, saat kami sedang duduk di seat. Sofya yang duduk di tengah antara kami, Hud mula membuka perbualan.
"sayang, sayang tahu tak, umrah ni bukan hanya sekadar ibadah, tetapi juga peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah?" katanya dengan nada lemah lembut dan melentokkan kepalanya dibahuku.
lenganku digenggam erat, aku hanya tersenyum. sofya hanya bermain sendiri bersama anak patungnya.
Aku mengangguk, berusaha memahami apa yang ingin dia sampaikan. "Betul tu, Abang. Setiap langkah kita di sana akan mengingatkan kita tentang betapa besarnya kuasa-Nya," jawabku, teruja untuk mendengar lebih lanjut.
Hud terus bercakap tentang kelebihan menunaikan umrah, betapa kita perlu bersyukur dan bagaimana tempat itu memberikan ketenangan jiwa.
"sayang. sayang ingat tak kisah tentang Ibrahim AS dan keluarganya? Mereka berjuang dan berkorban untuk keimanan," ujarnya dengan penuh semangat.
"Macam kisah kita juga, kan abang? Kita berjuang dan berkorban untuk keluarga," kataku, tersenyum.
Hud tersenyum kembali, tetapi kemudian merenung jauh ke luar tingkap. "Ya, kita telah melalui banyak perkara. Sekarang, dengan kehadiran Sofya, kita lebih bersyukur."
Saat itu, Sofya mula meluru ke arah Hud dan menggeselkan pipinya yang montel ke lengan Hud. "Papa, bila kita sampai Mekkah?" tanyanya dengan penuh keinginan.
"It's a long time to go my little cinnamon... mama, papa dan princess kesayangan papa akan sama-sama berdoa di Kaabah," jawab Hud sambil mencium dahi Sofya.
aku tersenyum sendiri. membetulkan tudung sofya, rambutnya sedikit keluar. nampak cantik apabila hud memakaikan sofya tudung dan jubah bersaiz kanak kanak kecil.
Ya Allah.. betapa takutnya aku kehilangan hud. aku dan anak perempuanku sekarang menutup aurat dengan sempurna, betapa dia sangat menjaga aurat kami berdua. semoga suami aku menjadi ahli syurga dan ditemani bidadari syurga.
Melihat kebahagiaan di wajah Hud dan Sofya, aku merasakan betapa bersyukurnya aku. Dalam perjalanan ini, di tengah-tengah riuh rendah penumpang lain, kami bertiga adalah satu keluarga yang bahagia.
"sayang". hud menyeruku dan menoleh kearahku.
"ya abang?"
"abang janji.. abang sentiasa ada untuk sayang, itu janji abang."
aku mengangguk dan mencium pipi hud dengan lembut.
semasa pesawat berlepas, rasa berdebar-debar menyelubungi hati. Kami berangkat menuju Mekkah, tempat yang menjadi impian dan harapan. Dalam hati, aku berdoa agar perjalanan ini membawa kami lebih dekat kepada-sang pencipta, dan semoga keluarga kami sentiasa dilindungi dan diberkati.
Hud membelai kepalaku sambil tersenyum. "bersiaplah untuk terbang ketanah suci dan terbang kesyurga bersama abang suatu hari nanti.. "ujarnya dengan penuh nada suara yang rendah diri.
kelopak mata mula basah. aku memeluk lengannya hud erat. "always.. abang."
aku menyeka air mata, aku dapat menangkan hud hanya merenung aku dengan penuh wajah yang tenang, seperti. ahli. syurga.
tiba tiba air matanya mula gugur terus aku mengelap menggunakan ibu jariku.
"aa..abang..kenapa abang menangis?"
hud tersenyum nipis. "isteri solehah abang.. terima kasih sebab sentiasa ada dengan abang, terima kasih sebab sentiasa terima kekurangan abang, maafkan mama abang sebab dulu mama susah nak terima sayang."
aku terus merangkul leher hud untuk memeluknya erat, pinggang rampingku dirangkul erat oleh hud. dia menangis teresak esak didalam pelukanku.
aku menggosok gosok belakangnya, cuba menenangkannya.
Aku tidak sabar untuk melihat keindahan dan kebesaran Mekkah, tetapi lebih daripada itu, aku ingin merasakan pengalaman spiritual yang akan memperkuatkan hubungan kami sebagai suami isteri dan sebagai keluarga.
Saat ini, perjalanan kami bukan hanya untuk menunaikan umrah, tetapi juga untuk mengukuhkan ikatan kasih sayang yang telah terjalin dalam hati kami.
Saat pesawat meluncur ke langit biru, aku merenung ke arah Hud dan Sofya. Dalam detik-detik ini, aku tahu bahawa kami akan mencipta kenangan yang tidak akan pernah dilupakan.
"abang janji dengan haura, jangan tinggalkan haura tau. kita pergi umrah sama sama"
"abang janji sayang.."
YOU ARE READING
C l DISEBALIK AL A'RAF
Romance𝅄 ֺ ⤹ 𝐇𝐔𝐃 𝐀𝐋 𝐀'𝐑𝐀𝐅 𝐥 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐈𝐀[ 2nd story ] "rambut dah la karat, baju lusuh. miskin eh?" - Hud Al A'raf Haura, seorang gadis kampung yang hidup dalam kesederhanaan, tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Hud Al-A'raf d...