ㅤㅤ Setelah sampai di rumah, hud menarik tanganku lembut, membimbing aku masuk ke dalam rumah. penat rasa seluruh badan, tapi hati rasa lapang bila tahu hud ada di sisi.
ㅤㅤ seperti biasa, hud meleraikan pegangannya sebaik saja kami masuk. aku terus melabuhkan diri di sofa, melunjurkan kaki sambil menarik nafas panjang, letih selepas hari yang panjang.
ㅤㅤ hud terus menuju ke dapur dengan langkah santai, dan bunyi peti sejuk dibuka menyusul.
ㅤㅤ "abang buat apa tu?" aku menjerit manja dari ruang tamu sambil memejam mata, cuba melepaskan lelah.
ㅤㅤ "abang nak buat air spesial untuk isteri abang ni. tunggu je, sayang" balas hud sambil tergelak kecil.
ㅤㅤ aku tergelak kecil juga. kalau hud yang masuk dapur, mesti ada yang tak kena. Ingatan tentang ‘eksperimen dapur’ hud sebelum ni terbayang di fikiran. dia bukan jenis yang masak, tapi bila dia cuba, mesti ada kombinasi bahan yang tak masuk akal.
ㅤㅤ tak lama lepas tu, hud muncul dengan dua gelas air di tangan. dia tersenyum nakal, bangga dengan hasil kerja sendiri.
ㅤㅤ "ha, cuba sayang rasa ni" katanya sambil hulurkan segelas air kepada aku.
ㅤㅤ aku ambil gelas tu, kemudian pandang ke dalam. mata aku terbuka besar bila nampak ada ketulan ais berwarna hijau terapung dalam air milo.
ㅤㅤ "abang! apa ni?! milo campur… ketul ais pandan?!" aku cuba tahan diri daripada tergelak, tapi muka hud serius, seolah olah ini adalah minuman paling inovatif di dunia.
ㅤㅤ hud angkat kening dan angguk penuh yakin.
ㅤㅤ "betul! abang try campur sikit. pandan tu kan wangi, jadi mesti sedap kalau letak dalam milo sejuk"
ㅤㅤ aku meletuskan ketawa besar.
ㅤㅤ "abang ni... kalau ada pertandingan buat air paling pelik, mesti abang menang besar!"
ㅤㅤ dia tergelak sambil duduk di sebelah aku, senyum bangga macam dia baru menang anugerah.
ㅤㅤ "sayang jangan pandang rendah kebolehan abang. abang ni multi-talented tau, bukan setakat kerja syarikat je abang hebat"
ㅤㅤ aku gelak kecil sambil menggeleng kepala, tapi aku cuba juga rasa air ‘eksperimen’ hud tu. tak sangka, sedap juga walaupun kombinasi tu memang pelik.
ㅤㅤ "eh sedapla!" aku cakap, tak percaya.
ㅤㅤ "tapi jangan harap haura nak puji abang! nanti abang kembang hidung, tak muat pintu nak keluar."
ㅤㅤ hud ketawa, kemudian letak gelasnya di atas meja. dengan pantas, dia tarik aku rapat ke arahnya dan peluk bahu aku dengan erat.
ㅤㅤ "sayang selalu suka buat abang kembang hidung" katanya sambil senyum, matanya merenung aku dengan penuh makna.
ㅤㅤ aku tergamam seketika, mata aku bertembung dengan mata dia. ada sesuatu tentang renungan dia yang buat hati aku cair setiap kali.
ㅤㅤ hud jarang tunjukkan perasaan dia secara terang-terangan, tapi bila dia buat, memang aku tak boleh tahan.
ㅤㅤ "abang ni tiba tiba sweet buat haura segan. dah lah, jangan pandang pandang macam tu" aku merajuk manja sambil tolak dadanya perlahan. tapi hud tak berganjak, malah dia semakin mendekatkan wajahnya ke arah aku.
ㅤㅤ "apa segan segan dengan suami sendiri?" hud ketawa kecil, nada suaranya lembut tapi ada unsur nakal.
ㅤㅤ "kalau abang nak puji isteri abang, takkan tak boleh?"
ㅤㅤ aku tersengih sambil buat buat muncung.
ㅤㅤ "kalau abang puji, haura malu la. janganlah abang."
hud angkat kening, mata dia penuh sinis.
ㅤㅤ "oh, malu ye? kalau malu, macam ni lah." dia terus menjongketkan bibir dan mula menggelitik pinggang aku tanpa amaran.
ㅤㅤ aku menjerit kecil sambil ketawa tak tahan.
ㅤㅤ "abang! janganlah! haura geli, tak adil!"
ㅤㅤ hud hanya ketawa sambil terus mengusik aku, tangan dia laju menggelitik tanpa henti. aku cuba melarikan diri, tapi hud lagi kuat dan dia pegang aku erat erat, tak bagi aku lari.
ㅤㅤ "abangggg! please stop! nanti haura betul betul pengsan!" aku menjerit sambil cuba tarik nafas.
ㅤㅤ bila hud akhirnya berhenti, aku terbaring di atas sofa, letih sebab terlalu banyak ketawa. aku tarik nafas panjang sambil memegang perut, cuba tenangkan diri. hud pula duduk di sebelah aku dengan wajah puas hati.
ㅤㅤ "okay okay.. I stopped" katanya dengan nada serius, walaupun senyuman masih terukir di wajah dia.
ㅤㅤ "tapi dengan satu syarat.”
ㅤㅤ Aku mengangkat kening, curiga.
ㅤㅤ"syarat apa lagi ni?"
ㅤㅤ hud mendekatkan wajah dia ke arah aku, matanya memandang tepat ke dalam mata aku. jantung aku berdegup laju, tak tahu apa yang dia rancangkan kali ini.
ㅤㅤ "cium abang."
ㅤㅤ katanya dengan penuh yakin. dia mengangkat kedua belah keningnya seraya tersenyum nakal.
ㅤㅤ aku tergelak kecil.
ㅤㅤ "abang ni… tiba tiba sweet. orang seganlah!"
ㅤㅤ dia tersenyum lebar, makin mendekatkan wajahnya sehingga hanya beberapa inci daripada wajah aku.
ㅤㅤ "cepatlah, kalau tak abang gelitik lagi.”
ㅤㅤ aku mencebik manja, tapi dalam hati aku tahu aku tak ada pilihan. akhirnya, aku mendekatkan wajahku ke pipi dia dan memberi ciuman kecil.
ㅤㅤ "nah! puas hati?"
ㅤㅤ hud tergelak kecil.
ㅤㅤ "puas. tapi abang nak lagi!"
ㅤㅤ eiii!!! dasar lelaki miang.
ㅤㅤ aku tergelak dan menolak bahu dia lembut. "eh, tamak la abang ni!"
ㅤㅤ hud terus memeluk aku erat sambil ketawa. "tamak apa, abang cuma nak dekat dengan isteri abang je."
ㅤㅤ aku tersenyum dan membiarkan diri aku tenggelam dalam pelukan dia. pelukan hud selalu buat aku rasa tenang. aku rasa bersyukur sangat ada dia dalam hidup aku.
ㅤㅤ mungkin dia ada red flag dengan sikap dinginnya dulu, tapi dia adalah suami terbaik yang aku boleh impikan.
ㅤㅤ "abang" aku berkata perlahan, mata aku semakin berat.
ㅤㅤ "haura penat sangat hari ni. nak tidur"
ㅤㅤ hud memandang aku dengan lembut dan mengusap rambut aku perlahan.
ㅤㅤ "okey. sayang tidur dulu. abang kemas dapur lepas ni."
ㅤㅤ sebelum mata aku sempat terpejam, aku rasa tangan hud menyentuh lembut kepala aku, dan dia mengucup dahi aku dengan penuh kasih sayang.
ㅤㅤ "selamat malam, cinnamon. i love you so much." dia berbisik lembut di telinga aku.
ㅤㅤ aku tersenyum dalam tidur. dalam hati, aku hanya berfikir betapa beruntungnya aku ada hud sebagai suami. dia mungkin pelik kadang kadang, tapi dia adalah lelaki yang buat aku rasa disayangi setiap masa.
YOU ARE READING
C l DISEBALIK AL A'RAF
Romance𝅄 ֺ ⤹ 𝐇𝐔𝐃 𝐀𝐋 𝐀'𝐑𝐀𝐅 𝐥 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐈𝐀[ 2nd story ] "rambut dah la karat, baju lusuh. miskin eh?" - Hud Al A'raf Haura, seorang gadis kampung yang hidup dalam kesederhanaan, tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Hud Al-A'raf d...