haura || 45

857 36 0
                                    

ㅤㅤ Pagi yang cerah. aku duduk di atas sofa, menghirup teh hangat sambil melihat suasana rumah yang sunyi. Aku tak masuk kerja hari ini, hospital bagi cuti untuk aku berehat.

ㅤㅤ Hud pula dah keluar awal pagi tadi untuk ke pejabat. Biasanya, kami akan sarapan bersama, tapi hari ini, aku biarkan dia pergi dengan harapan semuanya baik-baik saja.

ㅤㅤ Fikiran aku masih penuh dengan berita gembira tentang bayi kami, tapi ada satu rasa tak enak yang tak mahu hilang sejak beberapa hari lepas. Perasaan itu tak mudah untuk aku lepaskan begitu saja.

ㅤㅤ Aku bangun dan mula mengemas rumah. Membiarkan tangan aku sibuk adalah cara terbaik untuk menenangkan minda.

ㅤㅤ Aku sapu lantai, lap meja, dan susun bantal-bantal di sofa. Kemudian, aku melangkah masuk ke bilik kerja Hud.

ㅤㅤ Bilik itu penuh dengan peralatan dan barang-barang dia, kertas-kertas berselerak di atas meja, fail-fail tersusun rapi di rak, dan di sebelahnya, terdapat rak buku yang penuh dengan buku-buku agama.

ㅤㅤ Aku tersenyum sendiri, teringatkan bagaimana Hud selalu meluangkan masanya untuk membaca tentang ilmu agama, terutama selepas solat malam.

ㅤㅤ Aku pun terus menyusun kertas-kertas di atas mejanya, memeriksa satu per satu untuk memastikan tiada yang hilang.

ㅤㅤ Sekali-sekala, aku berhenti untuk mengelap gambar-gambar di atas meja. gambar aku dan Hud ketika photoshoot perkahwinan.

ㅤㅤ Gambar itu mengingatkan aku betapa bahagianya kami pada hari tersebut, senyuman lebar di wajah Hud ketika dia memandang aku dengan penuh cinta.

ㅤㅤ Namun, ketika aku tengah mengemas, mata aku tertumpu pada laptop kerja Hud yang tak tertutup.

ㅤㅤ Biasanya Hud akan tutup laptopnya sebelum keluar, tapi kali ini, dia terlupa. Ada satu perasaan ragu-ragu yang timbul dalam hati aku.

ㅤㅤ Mungkin aku patut biarkan saja, tapi... ada sesuatu yang buat aku rasa tak tenang. Seperti ada sesuatu yang disorokkan.

ㅤㅤ Aku duduk di kerusi meja itu, jari jemari aku bergerak ke arah laptop dengan perlahan.

ㅤㅤ "Perlu ke aku buka ni?" aku bertanya pada diri sendiri, tapi rasa ingin tahu semakin kuat. Aku tak boleh biarkan benda ini menghantui fikiran aku.

ㅤㅤ Dengan tangan yang menggigil, aku buka laptop Hud. Layar terbuka, menunjukkan beberapa dokumen yang sedang dia kerja semalam.

ㅤㅤ Aku tak kisah sangat tentang dokumen-dokumen itu, tapi apa yang menarik perhatian aku adalah satu aplikasi chat yang masih terbuka di sudut skrin. Chat antara Hud dan Zean.

ㅤㅤ Jantung aku berdegup kencang, rasa tak sedap hati mula memenuhi setiap sudut tubuh aku. Aku klik pada chat itu, dan sebaik saja aku baca mesej-mesej di dalamnya, dunia aku seakan berhenti sejenak.

 Aku klik pada chat itu, dan sebaik saja aku baca mesej-mesej di dalamnya, dunia aku seakan berhenti sejenak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ㅤㅤ Aku tekup mulut aku. Mata aku terus membaca ayat demi ayat yang menjelaskan semuanya. Zean... dia yang upah perempuan itu.

ㅤㅤ Zean yang buat semua ni. Hud tahu? Hud tahu perempuan tu hanyalah alat untuk menghancurkan rumah tangga kami, tapi... kenapa dia tak cerita apa-apa pada aku?

ㅤㅤ Air mata mula mengalir tanpa aku sedari. Aku rasa dada aku semakin sesak. Kenapa Hud tak beritahu aku dari awal? Kenapa dia biarkan aku menderita dengan prasangka buruk, sedangkan dia tahu semuanya dari awal?

ㅤㅤ Aku rasa tertipu, seperti ada sesuatu yang pecah dalam hubungan kami yang selama ini aku percaya kukuh.

ㅤㅤ Aku terus menutup laptop dengan kuat, air mata makin deras mengalir. Aku duduk di situ, tangan aku menggenggam dada yang terasa sakit, dan fikiran aku tak berhenti bertanya-tanya.

ㅤㅤ Kenapa abang? Kenapa abang tak cakap apa-apa pada haura.

ㅤㅤ Aku terkedu. Dada terasa makin sesak, emosi berkecamuk di dalam hati. Mata aku masih memandang skrin laptop yang dah tertutup.

ㅤㅤ Baru saja aku nak bangun, tiba-tiba aku dengar suara yang sangat familiar.

ㅤㅤ "sayang? buat apa dalam bilik abang?"

ㅤㅤ Aku menoleh perlahan ke arah pintu yang terbuka, dan di situ berdiri Hud, mukanya penuh persoalan. Aku terkejut. Jantung aku berhenti sekejap. Hud... dia belum pergi kerja?

ㅤㅤ "Kenapa abang ada kat sini? bukan dah pergi kerja? " Aku cuba mengawal suara, tapi bunyinya lebih bergetar daripada yang aku jangkakan.

ㅤㅤ Hud berjalan perlahan ke arah aku, tetapi tanpa berfikir panjang, aku capai sekeping kertas di atas meja dan mencampakkannya ke arah dia.

ㅤㅤ Mata aku berair, perasaan aku bercelaru. Hud nampak keliru, dia berhenti di tempatnya, kertas yang aku campak jatuh ke lantai di hadapannya.

ㅤㅤ "Apa yang sayang buat ni, baling barang dekat abang?" Suara Hud lembut, tapi mata aku sudah kabur dengan air mata.

ㅤㅤ "Kenapa abang tak beritahu haura?" Aku menjerit, rasa sakit di dada aku makin terasa.

ㅤㅤ "abang tahu... tahu semuanya! Tapi abang biarkan haura fikir abang-"

ㅤㅤ Aku tak sempat habiskan kata-kata aku, Hud melangkah pantas ke arah aku dan menarik aku ke dalam pelukannya.

ㅤㅤ Aku mula memukul-mukul dada bidangnya, cuba lepaskan segala rasa marah, kecewa, dan keliru yang berkumpul di dalam hati aku.

ㅤㅤ "Kenapa, abang? Kenapa abang tak cakap apa-apa.."

ㅤㅤ "haura penat.. haura sakit. haura sedih bila perempuan lain tidur dalam pelukan abang.. yang bukan mahram abang.. sampai sekarang haura masih terasa."

ㅤㅤ Hud tetap memeluk aku erat walaupun aku cuba melawan. Dia membiarkan aku memukulnya, tak sekali pun dia lepaskan pelukan itu.

ㅤㅤ Nafasnya berat, dan aku dapat rasakan dia cuba tenangkan aku dengan tangan yang mengusap lembut belakang aku.

ㅤㅤ "abang tak nak awak risau, sayang. abang tak nak tambah beban dekat hati sayang," bisiknya dekat telinga aku, suaranya penuh kesal.

ㅤㅤ Aku berhenti memukul, tapi air mata aku terus mengalir. Hud mengelap air mata di pipi aku dengan ibu jarinya, menenangkan aku dengan cara dia yang lembut.

ㅤㅤ "abang minta maaf, Haura. abang  cuma tak nak awak risau. abang cuma nak lindungi awak, itu saja."

ㅤㅤ Aku terduduk di atas lantai, letih dengan semua emosi yang bercampur-baur. Hud ikut turun, berlutut di sebelah aku, masih memeluk aku erat.

ㅤㅤ Nafas aku masih berat, tapi hati aku sedikit tenang berada dalam pelukannya.

ㅤㅤ "abang tak patut rahsiakan benda ni daripada sayang," sambungnya. "abang tak sangka Zean sanggup buat benda macam tu. abang sendiri terkejut bila dia buat pengakuan semalam. abang cuba lindungi sayang... tapi abang buat awak lagi sakit."

ㅤㅤ "haura rasa macam haura tak kenal abang, abang dulu tak pernah sorokkan apa apa dari haura, tapi sekarang dah pandai," aku bersuara, walaupuu hati aku masih tersentak dengan kebenaran yang aku temui tadi.

ㅤㅤ Hud mendesah panjang. "abang faham. abang salah dalam hal ni, sayang. abang tahu abang  dah buat  sayanv kecewa."

ㅤㅤ Dia pegang tangan aku erat. "I promise... I won't keep anything secret... ."

ㅤㅤ Aku hanya diam, membiarkan kepala aku bersandar pada dada Hud yang masih berdegup kencang.

ㅤㅤ Satu demi satu rasa kecewa aku cuba lepaskan, tapi aku tahu ia takkan hilang dengan segera. Walaupun Hud cuba yakinkan aku dengan kata-katanya, hati aku masih perlukan masa untuk sembuh.

ㅤㅤ Namun, aku tak nafikan yang pelukan Hud ini, walaupun berat dengan kesakitan, tetap menjadi tempat aku merasa sedikit selamat.

C l DISEBALIK AL A'RAFWhere stories live. Discover now