ㅤㅤ Waktu makan tengah hari biasanya adalah saat untuk aku berehat seketika dari kesibukan kerja sebagai designer. Hari ini tidak terkecuali, seperti biasa aku melangkah keluar dari pejabat, berjalan bersama Zara, kawan sekerja aku. Kami berdua berbual rancak, penuh dengan gurauan dan tawa.
ㅤㅤ “Eh, kau ni, Haura,” Zara ketawa kecil sambil menolak bahuku lembut.
ㅤㅤ “Kerja banyak, tapi masih sempat buat lawak.”
ㅤㅤ Aku hanya tersengih. “Kena la. Kalau tak gurau, otak boleh tepu, weh.”
ㅤㅤ Kami terus berjalan di kawasan luar pejabat, menikmati angin sepoi-sepoi yang menyegarkan badan.
ㅤㅤ Namun, tiba-tiba aku terasa mual. Senyuman di wajahku hilang serta-merta. Rasa loya itu semakin kuat, seperti gelombang yang tiba-tiba melanda.
ㅤㅤ “Haura, kau okay tak?” Zara bertanya, nadanya penuh kebimbangan.
ㅤㅤ Aku tak sempat nak jawab. Segera aku menutup mulut dengan tangan dan berlari ke tepi bangunan, mencari tempat untuk muntah. Zara ikut berlari di sebelah aku, wajahnya kelihatan cemas.
ㅤㅤ “Eh, Haura! Kau okay ke?” Zara terus memegang bahuku, sementara aku menunduk, perut berasa sangat tidak selesa.
ㅤㅤ Selepas beberapa kali muntah, aku cuba berdiri tegak, tapi kepala aku pula mula berpusing.
ㅤㅤ “Kau nampak lemah sangat ni,” Zara berkata dengan nada tegas, sambil memapah aku perlahan-lahan.
ㅤㅤ “Kita pergi klinik sekarang. Tak boleh biar macam ni.”
ㅤㅤ Aku cuba menolak.
ㅤㅤ “Tak apa… Aku o…okay je,” aku cuba berkata, tapi suara aku lemah. Badan aku terasa seperti hilang tenaga secara tiba-tiba.
ㅤㅤ Zara tidak mendengar bantahan aku. Dia segera memegang lenganku, dan kami berjalan perlahan menuju ke klinik yang terletak tidak jauh dari pejabat.
ㅤㅤ Setibanya di klinik, Zara membantu aku untuk duduk di kerusi menunggu, sementara dia segera mendaftar di kaunter.
ㅤㅤ Nafasku perlahan, masih terasa lemah. Mungkin ini semua sebab terlalu penat bekerja, fikirku.
ㅤㅤ “Kau tak boleh biar diri kau jadi macam ni, Haura,” Zara berkata, selepas selesai mendaftar.
ㅤㅤ “Aku risau tengok keadaan kau ni. Kau selalu letih sangat akhir-akhir ni.”
ㅤㅤ Aku cuba tersenyum lemah. “Mungkin sebab kerja banyak sangat.”
ㅤㅤ Seketika kemudian, aku dipanggil masuk ke dalam bilik doktor. Selepas beberapa soalan dan pemeriksaan ringkas, doktor kelihatan serius seketika sebelum tersenyum lembut.
ㅤㅤ “Haura, awak kena rehat lebih, ya. Tapi saya rasa awak perlu buat pemeriksaan lanjut. Ada kemungkinan awak…” Doktor terdiam seketika, dan senyumnya menjadi lebih lebar. “Mungkin mengandung.”
ㅤㅤ Aku tergamam. Zara yang berada di sebelahku terus menarik nafas panjang, teruja.
ㅤㅤ “Haura, kau dengar tu! you are pregnant!”
ㅤㅤ Aku pandang doktor dengan rasa terkejut dan terharu yang membuak bauk. Mengandung? Fikiran aku mula berputar dengan pelbagai persoalan.
ㅤㅤ Aku tak pernah terfikir ini yang akan terjadi, Ya Allah... rasa nak menangis sekarang.
ㅤㅤ “Betul ke, doktor?” aku bertanya, suaraku hampir berbisik.
ㅤㅤ Doktor mengangguk.
ㅤㅤ “Saya tak boleh sahkan lagi tanpa ujian yang lebih terperinci, tapi dari simptom dan keadaan awak sekarang, ada kemungkinan besar. Saya cadangkan awak buat pemeriksaan penuh di hospital.”
ㅤㅤ Aku masih diam, cuba memproses apa yang baru saja aku dengar. Mengandung? Aku… bakal jadi seorang ibu? YEY!
ㅤㅤ Zara memegang tangan aku, wajahnya berseri-seri.
ㅤㅤ “Haura, This is good news! Kau kena buat ujian penuh nanti, pastikan betul. Tapi kalau betul, Hud mesti akan gembira gila.”
ㅤㅤ Aku mengangguk perlahan, hati aku mula terasa berdebar. Bagaimana aku nak beritahu Hud? Dan… bagaimana kalau ini betul-betul terjadi? Semua perasaan bercampur baur dalam hati aku.
ㅤㅤ Namun, di sebalik rasa terkejut, ada sedikit rasa bahagia yang mula tumbuh dalam dada aku.
ㅤㅤ Selepas selesai di klinik, Zara menemani aku pulang ke pejabat, tapi dia tidak berhenti bercakap tentang kemungkinan besar aku mengandung.
ㅤㅤ “Haura, lepas ni kau kena pastikan kau jaga kesihatan. Jangan kerja kuat sangat, okay?”
ㅤㅤ Aku tersenyum kecil, masih cuba memahami perubahan besar yang mungkin akan berlaku dalam hidup aku.
ㅤㅤ “Kita tengok dulu, babe. Nanti aku buat pemeriksaan betul-betul. Tapi kalau betul… aku tak sabar nak beritahu my beloved husband .”
YOU ARE READING
C l DISEBALIK AL A'RAF
Romance𝅄 ֺ ⤹ 𝐇𝐔𝐃 𝐀𝐋 𝐀'𝐑𝐀𝐅 𝐥 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐈𝐀[ 2nd story ] "rambut dah la karat, baju lusuh. miskin eh?" - Hud Al A'raf Haura, seorang gadis kampung yang hidup dalam kesederhanaan, tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Hud Al-A'raf d...