ㅤㅤ Matahari mula menampakkan sinarnya. Aku terasa badan sedikit letih, mungkin penat selepas semalam kami bermanja di rumah.
ㅤㅤ Mata masih berat, namun perasaan bahagia dari malam tadi masih ada dalam hati. Aku perlahan-lahan bangun dari tempat tidur, merasakan ruang di sebelah aku kosong. Hud tak ada di situ. Mungkin dia dah bangun awal dan berada di ruang tamu seperti selalu.
ㅤㅤ Aku mengeluh perlahan, kemudian bangkit dari katil dan melangkah ke arah pintu bilik. Bau kopi yang biasa Hud buat setiap pagi juga tak ada, suasana rumah sedikit sunyi.
ㅤㅤ Rasa pelik mula menjalar dalam hati. Aku terus berjalan ke arah ruang tamu, perlahan-lahan ingin melihat di mana suami aku.
ㅤㅤ Namun, langkahku terhenti tiba-tiba sebaik sahaja sampai di depan ruang tamu. Mata aku terkebil-kebil tak percaya dengan apa yang aku nampak.
ㅤㅤ Di sana, di atas sofa, Hud tidur terlentang. Di sebelahnya... ada seorang perempuan. Perempuan itu, dengan rambut panjang yang kusut, memakai baju tidur yang sangat terdedah, dan lebih mengejutkan lagi, dia sedang memeluk Hud!
ㅤㅤ Tangan perempuan itu melingkari pinggang suami aku, dan wajahnya hampir menempel di dada Hud yang masih kelihatan lemah.
ㅤㅤ Aku terasa dada aku seakan meletup. Nafas tersekat-sekat, mata tak dapat berhenti memandang adegan di depan aku. Jantung aku berdetak laju.
ㅤㅤ Apa ini? Siapa perempuan ni? Kenapa dia ada dalam rumah aku, dan kenapa Hud tak bergerak pun?
ㅤㅤ "abang" aku cuba berbisik, namun suara aku seperti tersekat. Kaki aku kaku, tak mampu bergerak lebih dekat.
ㅤㅤ Perasaan marah, sedih, dan bingung bercampur baur. Air mata hampir mengalir. Aku cuba menenangkan diri, tapi saat itu, seolah-olah dunia berhenti bergerak. Aku berdiri di situ, tak percaya dengan apa yang sedang berlaku.
ㅤㅤ Aku cuba menjeritkan nama Hud lagi, lebih kuat kali ini.
ㅤㅤ "abang!"
ㅤㅤ Hud terkejut dari tidur, dan perempuan di sebelahnya juga terbangun, namun dengan tenang, dia masih berpeluk dengan Hud seolah-olah tiada apa yang pelik berlaku.
ㅤㅤ Hud yang masih mamai cuba memfokuskan pandangannya, tapi bila dia nampak aku berdiri di situ dengan wajah penuh kekesalan dan air mata di pipi, wajahnya berubah.
ㅤㅤ "Allahhuakbar! Who the hell are you! godness!" jerkah hud lantang seraya menolak kasar tubuh wanita itu.
ㅤㅤ "sayang, tunggu! Bukan macam yang awak sangka,” Hud berkata dengan panik, cuba menolak perempuan itu ke tepi.
ㅤㅤ Aku memandangnya dengan perasaan terluka, badan terasa seakan beku.
ㅤㅤ "Apa ni, abang? Siapa perempuan ni? Apa yang abang buat?"
ㅤㅤ Hud cuba bangun, tapi dia kelihatan keliru, matanya masih merah akibat bangun secara mendadak.
ㅤㅤ "abang tak tahu siapa dia... abang..."
ㅤㅤ Perempuan itu tersenyum sinis, membetulkan bajunya yang terdedah, seakan-akan bangga dengan apa yang baru berlaku.
ㅤㅤ "sayang, tak perlu susah-susah terangkan. Biar dia tahu perkara sebenar." kata perempuan itu, dengan suara yang menakutkan.
ㅤㅤ Hati aku hancur mendengar setiap patah kata perempuan itu. Aku rasa maruah aku diinjak-injak, ditertawakan. Air mata mula jatuh tanpa dapat dikawal. Aku rasa dunia di sekeliling aku berputar.
ㅤㅤ "sa.. sayang abang, bukan macam tu... abang tak tahu..." Hud kelihatan keliru, matanya berkedip-kedip melihat keadaan di sekeliling.
ㅤㅤ "tak tahu? abang, abang serius nak buat haura macam ni?" Air mata aku mula mengalir, hati aku terluka parah.
ㅤㅤ Perempuan itu memandang aku dengan senyuman penuh kepura-puraan, langsung tidak berasa bersalah. Aku tidak tahan lagi.
ㅤㅤ "Keluar dari rumah aku!" Aku jerit pada perempuan itu, tangan aku menunjuk ke pintu.
ㅤㅤ Perempuan itu bangun dengan penuh tenang, seakan-akan langsung tidak tergugat dengan amaran aku.
ㅤㅤ Sebelum dia keluar, dia sempat berpaling kepada Hud dengan senyuman nakal, seolah-olah memberi amaran bahawa ini belum berakhir.
ㅤㅤ Hud masih berdiri, terdiam. Wajahnya penuh rasa bersalah, namun aku tidak peduli. Aku pandang dia dengan penuh kekecewaan, dada aku sesak.
ㅤㅤ "Macam ni ke, abang? abang janji akan jaga haura, akan setia... tapi, macam ni abang balas?" Aku soal, air mata semakin deras.
ㅤㅤ Hud menghampiri aku, cuba pegang tangan aku, tetapi aku cepat-cepat tarik diri.
ㅤㅤ "Tolong, jangan sentuh haura" kata aku, penuh kecewa.
ㅤㅤ "haura dah tak tahu nak percaya siapa lagi..."
ㅤㅤ Aku tinggalkan Hud terdiam di ruang tamu. Hati aku berkecai, perasaan dikhianati ini tidak tertanggung. Aku tidak tahu apa lagi yang boleh aku buat. Aku hanya rasa kosong.
ㅤㅤ Namun, di sebalik semua kekecewaan ini, aku mula terfikir... ini bukan Hud yang aku kenal. Ada sesuatu yang tak kena dengan keadaan tadi.
ㅤㅤ Aku berpaling dan berlari masuk semula ke dalam bilik. Terasa seperti sesak nafas, segala rasa kecewa, malu, dan marah bercampur aduk.
ㅤㅤ Aku terduduk di lantai, air mata tak berhenti-henti mengalir. Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa Hud buat macam ni? Kenapa ada perempuan lain di rumah aku, di sebelah suami aku?
YOU ARE READING
C l DISEBALIK AL A'RAF
Romance𝅄 ֺ ⤹ 𝐇𝐔𝐃 𝐀𝐋 𝐀'𝐑𝐀𝐅 𝐥 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐈𝐀[ 2nd story ] "rambut dah la karat, baju lusuh. miskin eh?" - Hud Al A'raf Haura, seorang gadis kampung yang hidup dalam kesederhanaan, tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Hud Al-A'raf d...