ㅤㅤ Petang itu, cahaya matahari yang lembut menembusi langsir hospital, memandikan bilik dengan sinar keemasan. Aku duduk di sebelah Hud, mengusap lembut rambutnya yang kusut, sementara kami berbual dan bergurau mesra.
ㅤㅤ Hud kelihatan sedikit ceria hari ini, dan senyumannya kembali menghiasi wajah walaupun dia masih nampak lemah.
ㅤㅤ "haura ingat bila kita pergi kat pasar dulu, haura jatuh terpijak lubang. abang ingat tak?" aku ketawa kecil, mengenang memori itu.
ㅤㅤ Hud tersenyum nipis, lalu mengangkat kening sedikit. "mestilah ingat, abang risau sayang jatuh dalam lubang masa awak sibuk cari lauk."
ㅤㅤ Aku ketawa lebih kuat, menepuk perlahan lengan Hud. "nasib ada hero prince charming pak arab yang bernama hud al a'raf!"
ㅤㅤ Tiba-tiba, pintu bilik terbuka, memecahkan suasana mesra itu. Mama mentua aku melangkah masuk, wajahnya penuh ketegangan. Hud segera menoleh, matanya bersinar sebaik melihat mamanya.
ㅤㅤ "mama..." Hud berkata dengan suara lemah tapi penuh rindu. Dia cuba untuk bangun, tapi aku segera menahannya.
ㅤㅤ "Abang, jangan bergerak sangat. abang belum kuat lagi," aku menegur lembut, membantu Hud untuk berbaring semula.
ㅤㅤ Mama menghampiri katil, dan aku tersenyum nipis kepadanya. Walaupun hubungan kami tak pernah baik, aku masih hormatkan dia sebagai ibu Hud.
ㅤㅤ Tapi senyumanku tidak dibalas. Sebaliknya, mama terus memandang aku dengan wajah masam.
ㅤㅤ "Kenapa kau ada kat sini?" suara mama tiba-tiba keras, memecah keheningan. Hud yang tadi ceria, tiba-tiba nampak tegang.
ㅤㅤ "mama..." Hud cuba bersuara, tapi mamanya langsung tak pedulikan.
ㅤㅤ "Aku tak tahu kenapa kau masih nak bersama Hud, Haura. Semua ni jadi sebab kau! Kalau bukan sebab kau, Hud takkan cedera macam ni!" suara mama semakin keras. Hati aku rasa bagai dirobek setiap kali dia berbicara begitu.
ㅤㅤ "mama enough please... Jangan cakap macam tu," Hud berkata dengan nada tegas, walaupun suaranya masih lemah. Dia cuba mempertahankan aku, seperti biasa.
ㅤㅤ Aku tunduk, cuba menahan air mata yang mula bergenang. Aku tak pernah mahu apa-apa yang buruk berlaku pada Hud.
ㅤㅤ Tapi setiap kali sesuatu yang buruk terjadi, aku yang dipersalahkan. Sejak dari awal lagi.
ㅤㅤ "Apa yang kau buat dengan anak aku ni, Haura? Hidup dia penuh masalah sejak kau masuk dalam hidup dia. Kau tak pernah bawa apa-apa kebaikan!" Mama mentua terus menyerang, suaranya semakin tinggi.
ㅤㅤ Aku terasa pedih, seperti ada pisau yang menusuk hati aku. Aku mahu menjawab, tapi kata-kata terhenti di bibir.
ㅤㅤ "mama!" Hud memotong tajam, suaranya semakin kuat.
ㅤㅤ "hud dah cakap banyak kali, jangan salahkan Haura. Apa yang berlaku tu takdir Allah, bukan sebab dia!"
ㅤㅤ Mama memandang Hud dengan mata penuh air mata.
ㅤㅤ "Anak aku hampir mati, Hud! Mama takut kehilangan kau. Semua ni sebab perempuan ni!"
ㅤㅤ "Mama, tolong jangan cakap macam tu lagi," Hud berkata dengan tegas, cuba bangkit sedikit, walaupun badannya masih penuh dengan alat perubatan. Dia mahu mempertahankan aku, seperti yang selalu dia buat.
ㅤㅤ Pada ketika itu, papa melangkah masuk. Dia terkejut melihat suasana tegang di dalam bilik.
ㅤㅤ "Apa yang jadi ni?" suara papa lebih tenang, tapi jelas dia juga sedih melihat keadaan Hud.
ㅤㅤ "Mama salahkan Haura lagi, pa," Hud menjelaskan dengan nada kesal.
ㅤㅤ Papa mendekati katil, meletakkan tangan di bahu mama.
ㅤㅤ "Sudahlah, cukup. Jangan salahkan Haura lagi. Kita semua tahu Hud dalam keadaan begini bukan sebab dia."
ㅤㅤ Mama hanya diam, wajahnya masih marah, tapi dia kelihatan semakin lelah. Papa memandang aku, kemudian berkata dengan lembut.
ㅤㅤ "Haura, haura dah cukup kuat untuk Hud. Terima kasih kerana jaga dia selama ni. papa sayang sangat dengan haura. macam anak sendiri."
ㅤㅤ Aku hanya mampu mengangguk, mata masih bergenang. Hud meraih tangan aku, genggamannya lemah tapi penuh dengan kasih sayang.
ㅤㅤ "sayang... awak jangan dengar apa mama cakap. abang tahu siapa awak. abang takkan biarkan sesiapa sakiti sayang, termasuk keluarga abang sendiri." Hud berbisik, matanya memandang aku penuh keyakinan.
ㅤㅤ Aku menggenggam erat tangan Hud, cuba menahan air mata yang mahu jatuh. Dalam diam, aku tahu, Hud adalah kekuatan aku.
ㅤㅤ Dia yang selalu ada untuk pertahankan aku, walaupun ketika dia sendiri tengah terluka.
ㅤㅤ Petang itu berakhir dengan kesedihan yang menyelubungi, tapi aku tahu aku tak sendiri. Aku ada Hud, dan itu sudah cukup untuk menguatkan aku hadapi semuanya.
YOU ARE READING
C l DISEBALIK AL A'RAF
Romance𝅄 ֺ ⤹ 𝐇𝐔𝐃 𝐀𝐋 𝐀'𝐑𝐀𝐅 𝐥 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐈𝐀[ 2nd story ] "rambut dah la karat, baju lusuh. miskin eh?" - Hud Al A'raf Haura, seorang gadis kampung yang hidup dalam kesederhanaan, tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Hud Al-A'raf d...