𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 02

2.1K 91 2
                                    

     "HUWAAA" mengeliat aku setelah habis saja makan malam. hari ini lauk ayam masak merah, kegemaran aku. lepas sahaja hud dan kawan kawan mereka datang membantu, terus masak lauk yang aku tunggu tunggu selama ni.

     nampaknya Allah memang makbulkan doa aku. kalau tidak, makan ikan goreng dengan nasi putih aje. tak ikan, telur. barang kali hampir muak. tapi apakan daya itu tetap rezeki Allah turunkan.

     banyak lagi orang diluar sana lebih susah daripada aku, dan mereka tetap bersyukur. dan aku juga lebih suka hidup sebegini. aku takut suatu hari nanti kalau aku hidup senang, aku lupa sang pencipta yang memberikan rezeki.

     "sedapnya ibu masak hari ini, terima kasih ibu. haura dah lama tak makan masakan macam ni, lama sangat."

     "bukan ibu yang masak, kakak kesayangan kamu yang rajin tiba tiba nak masak malamni" ibu ketawa kecil seraya kerling kearah kak hasya yang tersengih sengih melihatku.

     "HAH?!" menjerit aku seraya membulatkan mata. macam tak percaya je kalau kak hasya yang masak. sedap betul! tiba tiba rajin pula hari ini, selalunya apa apa aku lah yang masak, tak aku, ibu.

     "tak sedap!" aku mula menjeling kearahnya. tipu aje. padahal sedap. inilah kalau adik beradik perempuan kuat bergaduh.

     "akak masak harini sebab banyak barang yang kita dapat tadi, jadi bersemangat nak masak. lagipun akak sebenarnya suka memasak, tapi tak tunjuk hoho"  ujar kak hasya yang sedang mengelap meja makan.

     "lagipun haura bukannya pandai masak sangat, kan? paling paling goreng ikan ajelah."

    aku memusingkan bola mataku keatas, menjengkelkan. ye ye je kak hasya suka memasak. mentang mentang ada telefon bimbit sendiri, senanglah. entah entah cari resepi khairul aming.

     Azan isha mula berkumandang, selepasa saja azan aku membaca doa dan mengaminkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Azan isha mula berkumandang, selepasa saja azan aku membaca doa dan mengaminkan.

    "sudahla.. pergi solat. jangan lupa baca alquran, sedekahkan al fatihah dan yaasin pada arwah ayah."

     "baik ibu" serentak aku dan kak hasya menjawap.

     tanpa membuang masa, terus kaki mengorak langkah untuk mengambil air wuduq dan menunaikan solat fardhu.

     selepas sahaja habis menunaikan solat, aku duduk di atas sejadah dan mencapai alquran kecil yang berada di rak bersebelah aku.

     menyelak muka surat alquran, ingin mencari surah al a'raf. nama hud, hud yang aku gelar prince charming atau pak arab kerana ketampanannya, wajah kacaknya sentiasa berlegar difikiran aku bila pertama kali aku berjumpa dengannya.

    dengan lafaz bismillah, aku memulakan satu baris ayat dan membaca terjemahan. dan teruskan membaca lalu terjemahan lagi. memang itu cara aku untuk tahu lebih dalam bahasa alquran. dan jauh dilubuk hati, aku sentiasa menangis setiap kali membaca alquran.

     bersabda barang siapa yang membaca surah al-a'raf setiap bulan maka ia tidak memiliki ketakutan pada hari kiamat dan tidak akan bersedih. apabila ia membaca surah al-a'raf setiap hari jumaat maka ia akan tergolong sebagai orang-orang yang tidak diperhitungkan pada hari kiamat.

     setiap kali baca, pasti aku tersenyum kecil. dan hud si prince charming sentiasa berlegar legar difikiranku. entahlah, jodoh kut.

     selepas sahaja baca alquran, aku mengikat rambutku menjadi sanggul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     selepas sahaja baca alquran, aku mengikat rambutku menjadi sanggul. lalu kaki mengorak langkah masuk ke kawasan dapur.

     tangan mencapai plastik plastik yang masih tersisa berisi barang keperluan harian yang diberi oleh sekumpulan mereka tadi.

     sedang aku meraba raba barang disitu, anak mata terpaku di suatu kad yang bewarna hitam. dengan pantas aku mencapai.

     kad itu keras dan cantik, background nya sedikit gambar bangunan syarikat yang mewah, lalu aku membaca isi yang ada disitu.

     tanpa sedar aku mengukirkan senyuman, nama nama mereka beserta nombor telefon cantik tersusun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


     tanpa sedar aku mengukirkan senyuman, nama nama mereka beserta nombor telefon cantik tersusun. nama mereka juga sedap disebut dan unik. yang aku heran hud dan anaqi ini namanya ada 'al'. adik beradik agaknya.

     yang aku fokuskan hanyalah nama prince charming pujaan hati aku. tapi alangkah kecewanya aku mana ada telefon bimbit, yang ada kak hasya.

     mata mula terasa berat, kad itu aku genggam erat sebelum lena dibuai mimpi.

C l DISEBALIK AL A'RAFWhere stories live. Discover now