𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 09

1.7K 77 3
                                    

ㅤㅤ terasa satu tubuh badan aku diraba raba oleh ibu, kak hasya pula wajahnya agak cemas.

ㅤㅤ "kenapa sampai kotor ni? kenapa kepala ni? ibu tanya ni haura" soal ibu dengan nada yang cemas seraya mengusap usap kepalaku.

ㅤㅤ terus aku tunduk kebawah, lah! aku lupa. baju kurung lusuhku basah dan kotor dicorakkan dengan air air sampah.

ㅤㅤ terus aku menoleh kebelakang, hud juga kotor yang telah menyelamatkan aku.

ㅤㅤ "haura kenapa dorang ada disini? kenapa tak call kak hasya dulu, WhatsApp tak balas. kenapa semua ni? kenapa datang kampung tengah malam buta ni? jauh tahu tak? " bertubi tubi soalan yang dilontarkan oleh kak hasya.

ㅤㅤ aku menghela nafas berat. terasa beban menyelubungi diri.

ㅤㅤ "ibu, kak hasya. haura minta maaf." terus aku menunduk.

ㅤㅤ "kenapa ni? ibu masih tak faham.."

ㅤㅤ jeda.

ㅤㅤ terasa bahuku dipegang oleh inara dari belakang, memberikan aku keyakinan dan sokongan untuk meneruskan kejujuran aku.

ㅤㅤ "ibu.. ha.. haura dituduh tangkap khalwat" tersedu sedu isak tangis aku yang aku keluarkan.

ㅤㅤ PANG!

ㅤㅤ satu tamparan cukup sakit hinggap dipipi aku, berdesing jadinya. aku ketap rahang, sakit yang teramat.

ㅤㅤ "sampai hati haura tipu ibu, ibu mati matian ingat haura pergi kerja disana, yang ni yang haura buat sepanjang ibu dan kak hasya tak ada"

ㅤㅤ aku laju menggeleng, memegang kedua telapak tangan ibu dan mengusap kekuranya.

ㅤㅤ "t.. tak ibu, haura tak buat benda terkutuk macam tu, trust me ibu" kemudian aku melirik kearah kak hasya.

ㅤㅤ "kak hasya.. percaya haura"

ㅤㅤ "pergi haura dari sini! ibu tak ada anak macam haura" jerkah ibu seraya menolak kedua bahuku, aku terdorong kebelakang sehingga inara sempat menangkap aku.

ㅤㅤ aku memejam kelopak mata, bekas tamparan ibu masih berdenyut, aku tidak pernah menyalahkan ibu. aku tahu, aku yang salah, aku yang telah mengecewakan ibu.

ㅤㅤ "tak sangka haura tipu ibu dan kak hasya.. kalau kak hasya tahu perangai haura macam ni, I won't tell you about this work" ujar kak hasya bersama nada yang kecewa.

ㅤㅤ aku terus menangis, terasa hatiku ditusuk pisau, dari awal tiada sesiapa yang percayakan aku kecuali anaqi, hud, inara, dayyan dan rian. mereka saja yang aku harapkan.

ㅤㅤ "ibu dengar dulu haura cakap, haura can be honest". aku melutut kearah ibu, aku sanggup buat apa sahaja, yang penting ibu percayakan aku, ibu segala galanya untuk aku, maafkan aku ibu.

ㅤㅤ "tak, ibu dan kakak kamu tak percayakan kamu lagi, tak mungkin dituduh tangkap khalwat semata mata" tegas ibu.

ㅤㅤ "jangan sentuh aku!" ibu menolak nolak kakinya yang dipegang oleh aku.

ㅤㅤ aku berdiri, mula bersuara walaupun lututku terasa longgar.

ㅤㅤ "ibu selalu ajar, jangan dengar cakap orang tanpa bukti, tapi sekarang ibu buat perkara yang sama. haura anak ibu, tapi ibu layan haura sampai macam ni sekali"

ㅤㅤ aku mula melihat kearah kak hasya.

ㅤㅤ "kakak selalu cakap, haura boleh percayakan kakak, tapi bila haura diuji, kak hasya terus buang kepercayaan itu. haura ni darah daging kak hasya, kenapa susah sangat nak percayakan haura?"

ㅤㅤ luahan isi hatiku, sakit. sangat sakit dan kecewa, darah daging aku buang dan halau aku begitu sahaja.

ㅤㅤ aku melihat kak hasya dan ibu silih berganti.

ㅤㅤ "haura tahu haura tak sempurna, tapi haura tak patut ditampar hanya sebab ibu tak percayakan haura"

ㅤㅤ PANG!

ㅤㅤ "memang aku tak percayakan kau! sebab kau buat benda kotor belakang aku, jijik aku dapat anak macam kau! berita kau dan jantan belakang kau tu dah tersebar! aku sebagai ibu kau, malu tahu tak!"

ㅤㅤ tamparan kali kedua hingga dipipi aku, aku pejam mata sekuat hati, mengepal penumbuk. cuba untuk bersabar.

ㅤㅤ "kalau ibu percayakan orang lain, kenapa tak boleh bagi peluang kepada anak sendiri? " deraian manik jernih jatuh hebat dipipiku.

ㅤㅤ "kurang hajar!"

ㅤㅤ tangan ibu sudah mendarat dari belakang untuk menampar aku buat kali ketiga. aku diam dan hanya memejamkan mata. aku redha apa yang ibu mahu lakukan padaku.

ㅤㅤ "enough."

ㅤㅤ tenang saja suara hud tetapi cukup memberi amaran. tubuh aku ditarik kebelakang dan inara memeluk bahuku. kini para para jantan yang kacak dihadapanku termasuk dua bala dayyan dan rian.

ㅤㅤ "hey orang tua ganyut! kau sibuk jaga maruah nama kau sendiri, tapi kau tak peduli maruah seorang anak kau, maruah dia pun dah tercalar, tambah pula dapat ibu yang tak sedar diri macam kau" nada suara rian sedikit mengejek.

ㅤㅤ "ha! tulah, betul betul betul, dah nak lepak underground baru nak minta maaf agaknya" celah dayyan.

ㅤㅤ "sampai bila nak jadi hakim yang terus hukum tanpa dengar cerita sebenar? kau tak pernah nak faham, You just know how to blame others dan lari daripada tanggungjawap sebagai seorang ibu." sambung hud.

ㅤㅤ dapat ku melihat rahangnya diketap, tangan disilangkan kedada. nada suaranya tenang tetapi cukup memberi amaran.

ㅤㅤ "kau ingat kau sentiasa betul. tapi kau lupa yang kau manusia juga, manusia yang tak pernah lari daripada kesilapan. salah kau besar sebab kau hancurkan kepercayaan anak kau sendiri" sambung pula anaqi.

ㅤㅤ "awak ibu.. dan awak kakak kepada haura.. kenapa sanggup buat haura macam ni, tak boleh.. saya harap auntie dan hasya fikir betul betul" tutur inara dengan lembut.

ㅤㅤ suaranya begitu lembut dan hormat berbanding jejaka jejaka berbadan tegap depan mata aku ini. tak ada rasa hormat pada orang tua. tapi aku tahu mereka cuba mempertahankan aku.

ㅤㅤ "kakak tak ada nilai, harey punya kakak" rian dan dayyan ketawa serentak. aku hanya menunduk, kemam bibir, cuba untuk menahan ketawa.

ㅤㅤ "kalau kau buang haura, biar aku dan kawan kawan aku yang jaga haura, dah miskin tak sedar diri, one day, you'll regret it and you'll be surprised that Haura will be a useful child after being kicked out of the house" tegas hud.

ㅤㅤ membulat mataku apabila mendengar tutur kata hud.

C l DISEBALIK AL A'RAFWhere stories live. Discover now