ㅤㅤ aku duduk diatas katil bersaiz king. membuka tudung dan membuka apa apa yang berkait dengan barang hiasan.
ㅤㅤ hud juga begitu. semasa didalam bilik, jeda sahaja keadaan, kami berdua selesa diam. diam sebab aku janggal gila. baru ini merasakan berduaan bersama prince charming yang kacak.
ㅤㅤ semasa aku sedang leka duduk dihujung katil, terasa pinggangku dirangkul erat, dagunya terletak dibahuku, nafasnya yang hangat terasa dileherku.
ㅤㅤ "e.. eh awak?" aku menelan air liur dengan kesat. jantung berdegup kencang yang teramat! tolonglah hud, boleh gila aku dengannya.
ㅤㅤ "terima kasih sebab sudi terima aku sebagai suami. you are my biggest blessing, and i am grateful every day to have you by my side. aku janji akan sentiasa jaga kau, love you and appreciate every moment we have together."
ㅤㅤ ujarnya bersama nada suara yang agak menggoda dan serak basahnya. kelip kelip mataku dibuatnya, tak tahu nak jawap apa.
ㅤㅤ "tapi awak bukan ke terima saya sebagai isteri hanya kerana nak tutup kesalahan kita bersama?" soalku. ha ambil kau! soalan karut apa yang aku soal.
ㅤㅤ "awalnya memang begitu dan memang aku kahwinkan kau hanya sebab nak tutup kesalahan, but.. dalam istikharah aku mimpi kau.. aku mimpi yang kau baik untuk aku"
ㅤㅤ "sampai hati.." meleret saja suaraku. saja ingin bawa bergurau. dia juga tertawa.
ㅤㅤ hud mula turun daripada katil dan melutut sebelah kaki kearahku, kemudian tangan sebelah diletakkan didada, sebelah lagi tangan menghulurkan kearahku seperti raja.
ㅤㅤ Dunia bhula ke
Tum se mila hoon
Nikli hai dil se ye dua..
Rang de tu mohe gerua..ㅤㅤ lagu bertajuk gerua dinyanyikan oleh hud yang sedang melutut seraya melihat kearahku. aku faham, faham maksudnya.
ㅤㅤ "dunia bhula ke means forgetting about the words, tum se mila hoon i've met you, nikli hai dil se ye dua this is the prayer coming from my heart. rang de yu mohe gerua colour me with the colour of love."
ㅤㅤ aku menekup mulutku, mengoyakkan senyuman lebar yang betul betul bahagia dan ikhlas, betapa jujurnya dia cintakan aku menggunakan lagu.
ㅤㅤ tiba tiba tubuhku didukung oleh hud, aku menjerit kecil seraya ketawa, merangkul lehernya. kakinya mengorak langkah masuk kedalam bilik air.
ㅤㅤ "today you will be completely mine"
ㅤㅤ meremang aku dibuatnya. miang!
ㅤㅤ Selepas sahaja aku dan hud membersihkan diri dimalam hari, aku menyikat rambut perangku dimeja solek.
ㅤㅤ hud dengan secara tibanya merangkul pinggang rampingku dari belakang, terhinjut bahuku dibuatnya.
ㅤㅤ ada aje benda yang dia nak.
ㅤㅤ "cepat sikit, mama dah panggil makan malam" ujarnya seraya menghirup bau rambutku yang terkena diwajahnya.
ㅤㅤ "pergilah turun dulu nanti saya menyusul" balasku.
ㅤㅤ "manis nye bau kau, my cinnamon"
berkerut seribu dahi aku, dimaksudkan aku manis kemudian dia panggil aku kayu manis, wah wah! kreatif betul suami aku!
ㅤㅤ aku ketawa kecil selepas figuranya menghilang daripada pandanganku. selepas beberapa minit aku merapikan diri, terus kaki mengorak langkah menuruni anak tangga.
ㅤㅤ kelihatan mama, papa beserta suami aku menunggu kehadiran diriku. aku memberikan senyuman nipis.
ㅤㅤ "sorry ma, pa. lama.. baru lepas mandi" ujarku, kemudian melabuhkan punggung dikerusi bersebelahan hud.
ㅤㅤ "tak apa.. papa tahu tengah angau cinta dengan hud tadi, ingat papa tak nampak ke" papa menayangkan wajahnya yang mengusik.
ㅤㅤ aku dan hud ketawa kecil. kemudian hud mula menyendokkan nasi untukku, kemudian barulah mama dan papa.
ㅤㅤ "kenapa tak mama dulu hud? mama ni wanita pertama yang bersama hud, lahirkan hud" bebel mama, aku hanya menunduk kebawah.
ㅤㅤ "ma.. depan rezeki tak baik buat macam tu" celah papa.
ㅤㅤ betul tu papa.. sokong!
ㅤㅤ "bukan apa pa.. tengokla perubahan hud bila dengan perempuan ni, lain betul. mama kalau boleh nak halau dia keluar dari rumah ni. rumah kita bertiga."
ㅤㅤ menusuk kalbu setiap patah perkataan yang dilontarkan oleh mama, terasanya kecewa, ingin menangis dalam diam, tetapi aku cuba tahan.
ㅤㅤ terasa lenganku dipegang erat oleh hud dibawah meja. aku toleh kearahnya, ia menunjukkan bahawa dia cuba untuk menenagkanku dan memberi sokongan.
ㅤㅤ "mama can you stop? bila hud dah digelar suami, hud akan utamakan isteri daripada mama, bukan macam dulu sebab dulu hud bujang, understand?"
ㅤㅤ "dan haura akan utamakan suami barulah ibu bapanya, firman Allah mengatakan. mama I don't ask for much, I just want mama layan haura dengan baik"
ㅤㅤ "apa apa ajelah hud, lepas makan bawa perempuan ni naik atas, mama tak sudi dia buat rumah ni macam rumah sendiri."
ㅤㅤ ayat terakhir mama membuatkan hatiku ingin retak beribu kali, mama tidak sudi aku berada dirumahnya, seolah olah dia tidak sabar ingin aku pergi dari rumah ini.
ㅤㅤ aku yang tadi lapar, jadi kenyang apabila termakan kata kata mama yang menyakitkan hati.
ㅤㅤ Ya Allah, aku tahu mak mentua tak suka aku, tapi aku harap Kau berikan aku kekuatan untuk sabar dan terus hormat dia. aku cuma nak buat yang terbaik sebagai isteri dan menantu. semoga satu hari nanti hati dia lembut dan dia boleh terima aku seadanya. Aku takkan berhenti berusaha untuk kebaikan keluarga ini.
YOU ARE READING
C l DISEBALIK AL A'RAF
Roman d'amour𝅄 ֺ ⤹ 𝐇𝐔𝐃 𝐀𝐋 𝐀'𝐑𝐀𝐅 𝐥 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐈𝐀[ 2nd story ] "rambut dah la karat, baju lusuh. miskin eh?" - Hud Al A'raf Haura, seorang gadis kampung yang hidup dalam kesederhanaan, tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Hud Al-A'raf d...