ㅤㅤ Dua minggu berlalu sejak malam yang paling menyakitkan dalam hidup aku. Aku dah sihat sepenuhnya sekarang, luka-luka kecil yang dulu perit sekarang hanya tinggal bekas saja.
ㅤㅤ Tapi hati aku masih tak sembuh. Setiap hari aku datang melawat Hud, berharap dia akan buka mata, berharap dia akan bangun, kembali senyum pada aku.
ㅤㅤ Tapi setiap kali aku tengok dia terbaring kaku, hati aku semakin lemah, seperti ada beban besar yang tak mampu aku lepaskan.
ㅤㅤ Hari ini, seperti biasa, aku melangkah masuk ke bilik hospital Hud. Mata aku pandang ke arah katil, tengok Hud masih dalam keadaan yang sama.
ㅤㅤ Kepalanya masih dibalut, dada berbalut penuh dengan alat perubatan, nafasnya masih dikawal oleh mesin. Setiap kali aku tengok keadaan dia, hati aku remuk lagi.
ㅤㅤ Aku melangkah perlahan ke sisi katil, tangan aku mengelus lembut tangannya yang dingin. Dia nampak tenang, tapi hakikatnya tak ada siapa yang tahu apa yang sedang berlaku dalam fikiran dia. Aku tarik nafas panjang, cuba untuk tak menangis seperti biasa.
ㅤㅤ "Abang..." aku bisik perlahan, mata aku tak pernah lepas dari wajahnya.
ㅤㅤ "Bila abang nak bangun...?" Suara aku penuh dengan kerinduan.
ㅤㅤ "Haura rindu sangat dekat abang... rindu nak tengok senyuman abang, dengar suara abang..."
ㅤㅤ Setiap hari, aku ulang kata-kata yang sama, berharap Hud akan dengar, walaupun tak ada tanda-tanda yang dia boleh dengar aku. Aku letakkan kepala aku di sisi katil, menangis perlahan. Rasa sunyi tanpa dia, rasa kosong.
ㅤㅤ Tiba-tiba, aku rasa tangan Hud bergerak sedikit. Aku cepat-cepat angkat kepala, tengok ke arah tangannya. Mata aku terbeliak, jantung aku berdegup kencang.
ㅤㅤ "abang?" Aku sebut nama dia dengan suara penuh harapan. Aku tak pasti sama ada aku berkhayal atau betul-betul, tapi tangan dia memang bergerak!
ㅤㅤ Dalam beberapa saat, kelopak mata Hud mula berkedip perlahan. Aku tak dapat tahan rasa sebak yang datang.
ㅤㅤ "Abang? Abang boleh dengar haura?"
ㅤㅤ Hud perlahan-lahan membuka matanya, seakan-akan baru terjaga dari mimpi panjang.
ㅤㅤ Dia cuba fokus pada persekitaran sekelilingnya, matanya mencari arah, masih kabur. Aku menggenggam tangannya erat, tak mampu menahan air mata yang mula membasahi pipi.
ㅤㅤ "Abang... alhamdulillah... abang dah sedar!" Aku tersenyum dalam tangis, penuh rasa syukur. Tapi Hud hanya merenung aku dengan wajah yang kosong, matanya seolah tak kenal siapa aku.
ㅤㅤ hati aku mula rasa lain, rasa pelik dengan cara dia pandang aku.
ㅤㅤ Dia cuba bergerak sedikit, tapi masih lemah.
ㅤㅤ "siapa? kau.. siapa?" Hud bersuara perlahan, suaranya serak dan lemah.
ㅤㅤ Soalan dia bagaikan petir yang menyambar aku.
ㅤㅤ “Abang... ini Haura... isteri abang...” aku cuba menjelaskan, walaupun perasaan cemas mula meresap ke dalam hati.
ㅤㅤ “Abang tak ingat?”
ㅤㅤ Hud mengerutkan dahi, jelas nampak dia cuba untuk memahami apa yang sedang berlaku.
ㅤㅤ "isteri? Aku ada isteri?" Dia ulang soalan itu, kali ini dengan nada yang lebih bingung. Aku menggigit bibir, rasa panik semakin menguasai.
ㅤㅤ “Ya, abang... kita dah berkahwin... kita dah hidup bersama...” aku berusaha keras untuk bertenang, tapi suara aku bergetar.
ㅤㅤ “Abang mesti ingat...”
ㅤㅤ Hud menggeleng perlahan, matanya penuh kekeliruan.
ㅤㅤ "Aku... aku tak ingat apa-apa. Aku tak tahu siapa kau."
ㅤㅤ Kata-kata itu bagaikan pisau yang mencucuk dalam hati aku. Aku menggeleng, tak mahu percaya dengan apa yang aku dengar.
ㅤㅤ “Tak mungkin, abang... tak mungkin abang lupa semua...”
ㅤㅤ Hud masih tenung aku dengan wajah yang tak menunjukkan sebarang ingatan.
ㅤㅤ “Aku minta maaf... aku tak ingat siapa kau. Aku tak ingat apa-apa. Kepala aku... sakit.” Dia pegang kepalanya, jelas nampak dia sedang bergelut dengan ingatannya yang hilang.
ㅤㅤ Aku terus menggenggam tangan Hud, berharap sentuhan itu akan kembalikan ingatannya.
ㅤㅤ “Abang... kita... kita dah melalui banyak perkara bersama. Kita dah lalui susah senang. Tolong jangan cakap abang tak ingat semua tu…”
ㅤㅤ Suara aku mula tersekat-sekat dalam tangis.
ㅤㅤ Hud hanya menggeleng lagi.
ㅤㅤ "Aku... aku betul-betul tak ingat, aku tak tahu apa-apa..."
ㅤㅤ Aku rasa seluruh dunia aku runtuh dalam sekelip mata. Dia tak ingat aku. Suami aku, orang yang paling aku sayang, tak ingat siapa aku.
ㅤㅤ Mata aku merenungnya, tapi Hud hanya pandang aku seperti orang asing. Rasa sakit itu, tak terungkap dengan kata-kata.
ㅤㅤ Malam itu aku duduk di sisi Hud, menangis dalam diam. Setiap kali aku pandang wajahnya, hati aku semakin remuk. Aku cuba bercakap dengan dia, cuba ingatkan dia tentang kisah-kisah kami bersama, tentang memori yang pernah kami lalui. Tapi tak ada satu pun yang Hud ingat.
ㅤㅤ “Aku minta maaf…” itulah kata-kata terakhir yang dia ucapkan sebelum dia terlena semula. Aku masih di situ, memegang tangan dia erat, berharap keajaiban akan datang, tapi malam semakin gelap dan ingatan Hud tetap tak kembali.
ㅤㅤ Hati aku hancur berkeping-keping. Di hadapan aku, Hud masih hidup, tapi dia bukan lagi Hud yang aku kenal. Aku rasa seperti kehilangan suami aku, walaupun dia masih di sini, di depan mata aku.
YOU ARE READING
C l DISEBALIK AL A'RAF
Romance𝅄 ֺ ⤹ 𝐇𝐔𝐃 𝐀𝐋 𝐀'𝐑𝐀𝐅 𝐥 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐈𝐀[ 2nd story ] "rambut dah la karat, baju lusuh. miskin eh?" - Hud Al A'raf Haura, seorang gadis kampung yang hidup dalam kesederhanaan, tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Hud Al-A'raf d...