Sudah dua tahun berlalu sejak Hud pergi, dan sekarang Sofya dah 6 tahun. Seperti biasa, aku teruskan hidup bersama Sofya di rumah kecil kami. Malam tu, aku termenung jauh, pandang keluar tingkap sambil rasa rindu yang mencengkam jiwa. Rindu suara Hud, rindu gurauan dia, rindu bila dia selalu pujuk aku masa aku sedih. Ya Allah, terasa sunyi sangat tanpa dia.
"abang..kalaulah abang masih ada, mesti kita masih bahagia..." Aku bisik sendiri, suaraku hampir pecah sebab tahan tangis.
Tiba-tiba, Sofya datang dekat. Dia genggam tangan aku dengan lembut.
"Mama nangis ke?" dia tanya dengan suara polos, mata dia penuh dengan rasa ingin tahu.
Cepat-cepat aku seka air mata, cuba senyum untuk dia.
"Tak, sayang. Mama cuma rindu sikit je," aku jawab sambil cuba sembunyikan rasa perit dalam hati. Sofya terus peluk aku erat-erat, seakan tahu aku sebenarnya tengah terluka.
Dalam hati, aku bersyukur sangat sebab masih ada Sofya, yang buat aku kuat untuk teruskan hidup walaupun Hud dah tak ada.
Sofya pandang aku dengan mata yang penuh harapan. Dia tanya dengan suara lembut.
"Mama, papa mana? Sofya rindu papa sangat... my boyfriend"
Mendengar soalan Sofya, hati aku rasa macam dihentak batu besar, sakitnya tak tertanggung.
Aku cuba tahan, tapi air mata tetap mengalir laju. Rasa bersalah dan tak berdaya menguasai diri. Aku peluk Sofya erat, cuba sembunyikan kesedihan di sebalik senyum yang palsu.
"Maafkan mama, Sofya... mama tak tahu macam mana nak jawab" bisik aku dalam hati, sambil cuba beri kekuatan pada diri sendiri.
Sofya pandang aku dengan mata sayu, sementara aku masih cuba tahan air mata. Dia tarik tangan aku.
"Mama, kenapa mama nangis? Sofya rindu papa... mama rindu jugak ke?"
Susah betul nak dengar soalan tu dari mulut anak kecil aku. Aku sapu air mata dan senyum hambar, cuba kuat untuk Sofya. Tapi dalam hati, rasa macam tak mampu lagi. Aku peluk dia erat, bisik perlahan.
"Mama rindu... Sofya pun rindu papa, kan? Tapi papa dah tenang kat tempat dia, sayang." Air mata aku makin laju menitis, tak mampu nak tahan.
Sofya hanya mengangguk, dan aku tahu dia tak faham sepenuhnya. Selepas beberapa minit, aku suruh dia tidur, mendodoinya dengan perlahan hingga matanya terlelap. Aku pun ikut tertidur sebentar, sebelum terjaga dengan bunyi ketukan di pintu bilik.
Bila aku buka, mama berdiri di situ bersama kotak di tangannya.
"kenapa nimama, apa tu?" Aku bertanya. dan mama menyerahkan kotak itu padaku.
kotak bertukar tangan. kotak itu berisi baju Hud yang aku kenal sangat, dengan kertas di atasnya.
"Mama jumpa ni dalam bilik sikit masa nak kemas. tak tahu nak buat apa. Nak bakar ke, nak simpan haura?" tanya mama. Aku terus peluk kotak itu erat, seolah-olah Hud masih ada bersama.
"simpan ma.... haura nak simpan.. haura sayang sangat."
Mama terus memeluk aku dengan erat, dan dia berbisik.
"Haura, jangan sedih. Nanti Hud pun ikut sedih. Kalau Haura sayang dia, Haura kena kuat macam hud cakap" Aku hanya mampu mengangguk, tetapi hatiku terasa berat. Dalam pelukan mama, aku berusaha menahan air mata.
"haura tahu dia pergi, tapi The memories are too painful" bisikku. Mama mengusap belakangku lembut, memberikan ketenangan yang sangat aku perlukan saat itu. Aku berjanji pada diri sendiri untuk kuat, bukan hanya untuk Hud, tetapi juga untuk Sofya.
"haura jangan lupa baca surat tu, mama pun tak tahu isi surat tu, untuk haura rasanya."
aku angguk dan mama pamit pergi, aku meletakkan kotak itu dimeja solek. sekali sekala melihat sofya takut terjaga.
Aku lihat surat itu, sudah sedikit terkoyak di tepi dan berhabuk. Rasa berdebar dalam hati, aku mengambil surat itu dan mula membacanya.
Setiap patah perkataan seolah-olah menghidupkan kembali kenangan indah kami. Walaupun surat itu sudah usang, tetapi setiap huruf membawa rasa kasih yang mendalam dari Hud, dan aku berharap dapat merasai kehadirannya semula dalam hidupku.
Saat aku sedang membaca surat itu dengan air mata mengalir, tiba-tiba aku terdengar suara lembut memanggil namaku, seperti suara Hud.
"Abang?"
aku berpaling, harapannya membara seolah-olah Hud ada di situ. Rasa sedih dan kerinduan yang dalam mengelilingi hatiku, dan saat itu, aku ingin percaya bahawa suamiku masih bersama, memberikan semangat dan kekuatan untuk terus hidup demi Sofya. aku menunggu jawapan.
"Abang?" aku memanggil sekali lagi, suaraku bergetar dengan harapan. aku berharap itu bukan sekadar ilusi.
aku merasakan jantungku berdegup kencang, berdoa agar Hud muncul di hadapku, menenangkan semua kesedihan yang membebani hatiku. aku mengusap air mata di pipi, terus memanggil.
"hud, abang! abang kat mana?!"
aku terus berlari keluar dari ruang tamu, tersentak apabila melihat Hud berdiri di situ. Wajahnya yang kacak dan senyuman yang menawan membuatkan hati aku berdebar.
"Abang!" jeritnku. dan tanpa ragu aku berlari memeluk Hud erat-erat. Air mata aku mengalir lagi, tetapi kali ini kerana kegembiraan.
"Abang, betul ke ni? abang tak pergi mana-mana?" Suara aku penuh harapan, seolah-olah tidak percaya yang aku dapat merasakan pelukan suaminya lagi.
Hud membalas pelukan itu dengan lembut, dan dalam hati, aku merasa seolah-olah semua kesedihan dan kerinduan itu lenyap begitu saja.
Hud terus peluk aku tanpa kata apa-apa, dan aku dapat rasakan hangatnya pelukan dia. Dia mengucup dahiku lembut, seolah-olah memberi semangat dan menenangkan hatiku yang penuh kesedihan.
"sayang, Remember, I'm always there for you" bisiknya perlahan. Saat itu, semua rasa kehilangan dan kesedihan aku seolah-olah lenyap seketika. Hanya ada kami berdua, dan aku berasa selamat dalam pelukan hud.
"Abang, haura rindu sangat. Ke mana abang pergi?" tanyaku, suara masih bergetar.
Hud tersenyum kecil, kemudian meletakkan tangannya di dadaku, seolah-olah ingin memastikan jantungku berdegup.
Aku hanya diam, masih tidak paham dengan apa yang berlaku. Air mata masih membasahi pipi, namun hatiku berdebar-debar, berusaha memahami kehadiran dia yang tiba-tiba.
"abang sentiasa ada untuk sayang dan sofya, dua jantung hati abang, ingat tu. isteri abang comel sangat"
hud mula memicit hidungku tanda bergurau, terus aku ketawa kecil.
"haura? haura buat apa tu cakap sorang sorang dekat ruang tamu? kenapa tak tidur lagi?"
Tiba-tiba, Mama datang dan bertanya. Dengan penuh harapan, aku menjawab.
melihat sekeliling yang hud sudah lesap begitu saja."Mama, Hud ada kat sini tadi! Tolong percaya cakap haura!" Aku dapat merasakan emosi yang membara di dalam hati, mencuba untuk meyakinkan Mama tentang kehadiran Hud.
Tetapi Mama hanya memandangku dengan penuh kekhawatiran. Dia menepuk bahuku lembut, seolah-olah berusaha menenangkan aku.
"Sayang, mungkin tu hanya khayalan. Kita semua rindu hud, tapi dia dah tak ada" jawab Mama dengan suara lembut, menyentuh hatiku.
Aku jatuh terduduk, masih tak percaya apa yang baru berlaku. Air mata mengalir tanpa henti. Hatiku terasa berat, seolah-olah dunia ini berputar dengan begitu cepat dan meninggalkan segala kenangan bersamanya.
"abang, kenapa abang tinggalkan haura?" Bisikku dalam hati. Suara Mama kembali memecah lamunanku.
"Haura, bangunlah. Kita perlu kuat. Hud nak kita terus hidup bahagia." Namun, kata-kata itu seolah-olah tidak cukup untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh kehilangannya.
YOU ARE READING
C l DISEBALIK AL A'RAF
Romance𝅄 ֺ ⤹ 𝐇𝐔𝐃 𝐀𝐋 𝐀'𝐑𝐀𝐅 𝐥 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐈𝐀[ 2nd story ] "rambut dah la karat, baju lusuh. miskin eh?" - Hud Al A'raf Haura, seorang gadis kampung yang hidup dalam kesederhanaan, tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Hud Al-A'raf d...